KENGKAWAN

Wednesday, September 14, 2011

Baraan raya Kuala Selangor

Suka aku tengok kengkawan kat Kuala Selangor nih. Semangat persahabatan tu memang kuat. Dari derang muda belia derang amalkan baraan (beraya dari rumah-ke rumah) sampailah dah kahwin dan beranak-pinak. Still, derang tetap teruskan amalan baraan ni. Alhamdullilah. Semoga persabatan nih terus kukuh sampai bila-bila.

Cuma terasa sikit perbezaan baraan tahun nih bila kami pergi beraya dirumah yang derang beli / sewa sendiri. Esp, kengkawan yang dah berumah tangga. Kalau dulu, pergi beraya rumah parents memasing, sekarang dah ada rumah sendiri.. hihi. Feel dia lain sikit. Maklum lah, memasing baru nak adjust life. Tapi meriah tetap meriah.

Rumah pertama yang kami pergi, macam biasalah.. rumah Kak Lela. Lupa nak ambil gambar masa kat sana.


Meriah kan? Semua sibuk nak interprem. Mak budak, bapak budak, bakal jadi mak-bapak


Nih depan rumah kedua yang kami pergi. Rumah Talha & Amy (bakal mummy & daddy). Baru beli rumah derang ni hihi.. first time rasmikan. Alhamdullilah, berkat hidup derang. Gambar dalam rumah tak sempat nak ambik. Excited sangat.


Rumah ketiga. Rumah Hafiz & Laila. Dah ada anak sorang derang nih. Aufa (3 bulan taim ni)

Rumah ke 4. Rumah Niza & Azahar. Niza pun dah ada sorang anak. Aryan Irfan nama dia (6 bulan)


Rumah ke 5. Rumah Liza & Azizi. Pun dah ada sorang baby girl; Auni


Port musti amik gambar. Kat tangga rumah Liza.. tetiap tahun mesti bergambar kat sini


Rumah ke 6. Rumah Epul. Aku suka gila rumah dia nih. Tetengah sawah. View best gila (sayang tak amik gambar). Oh, Epul masih bujang.. hihi

Rumah ke 7. Rumah Syafiq & Tuty. Derang dah nak masuk 2 anak (Adriana & baby dalam perut) Tak snap gambar la pulak... Dah penat bebenor kut. Tu yang takde gambar. Nih semua dalam masa satu hari okeh! Rumah Syafiq pun best. View sawah yang superb. Laman rumah Syafiq nih port orang buat penggambaran filem :)

Lepas habis raya rumah Tuty, kami terus gerak balik KL. Penat gila sampai terpaksa berhenti kar RNR semata-mata nak tidur sekejap. Dulu boleh layan beraya sampai ke malam (banyak lagi rumah yang tak pergi tahun ni tau). Tapi bila kena beraya dengan 2 orang budak comel.. huhuhuhu.. penat gila. Tapi best, mission beraya dengan kengkawan accomplished.

Tahun depan mesti teruskan tradisi nih. Turunkan kat anak-anak pulak. Dan tahun depan sure lagi best sebab dah ada tambah baby-baby baru :)



Oh, ni gambar masa 6 tahun dulu dengan derang semua. Kat depan rumah Kubing. Memasing semua single-mingle dan muda belia lagi.. Taim nih baru lepas main meriam buluh ok.. ganas tak ganas memasing. Sekarang dah matured. Dah kawin. Dah ada anak :)

1 comment:

n o h a F i z a said...

wah seronoknya baraan. rumah fiza kat sg besar dah kurang sikit baraan ni compare ngan dedulu... tapi mmg happening lah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...