KENGKAWAN

Sunday, October 30, 2011

Ariff & Amarr

Lama tak upload gambar putera-putera mummy kat sini kan? Sorry ya sayang. Mummy busy sangat. Lepas ni mummy janji mummy akan update selalu tentang perkembangan putera-putera mummy kat sini.

Sementara tu, mummy upload gambar yang ini dulu.


Next month, mummy dan daddy buat akikah untuk Amarr pula. Dan next month juga usia Amarr genap 1 tahun. Yay! Sekejap betul masa berlalu. Sedar-sedar je semua putera-putera mummy dah besar :)


Amarr dan abang Ariff. Next month juga, usia abang Ariff genap 2 tahun setengah. Semakin cerdik dan suka sangat tolong mummy buat kerja.



Mummy sayangggg putera-putera mummy semua. Mummy sentiasa doakan putera-putera mummy berada dalam lindungan Allah (swt).

Makeupfreak

Ingin wajah anda ditata rias oleh professional makeup artist perempuan di hari pernikahan anda? Hubungi Makeupfreak di www.makeupfreak.net atau join Makeupfreak page di Facebook


Thursday, October 27, 2011

Murah rezeki lagi, alhamdulilah.

Ada satu berita baik yang aku dapat minggu lepas.

 

Tanak share kat sini lah. Kang ada je komen dari orang meroyan. Nak share kegumbiraan kat blog sendiri pun ada yang mendengki. Tak suka jangan baca, boleh?

 

Good news kali nih bukan untuk aku sebenarnya. Tapi akan bagi kesan kat life aku untuk tahun depan dan seterusnya. InsyaAllah, kalau semua berjalan lancar, tahun depan aku akan mintak transfer ke Melaka. Settle down kat sana.

 

Ikutkan hati, berat juga nak tinggalkan KL. Sepuluh tahun aku duduk sini. Kira dah comfort zone dah ni. Kat KL ni sebut je apa nak, semua tersedia depan mata. Just seluk poket keluarkan duit je. Nak shopping, nak tengok movie, nak berjalan, nak cuci mata, memacam lah. Kalau duduk kat Melaka, memang lah memender yang aku sebutkan tadi ada, cuma tersangat limited. Jangan cakap panggung wayang, shopping kompleks pun boleh dikira dengan jari. Err, rasanya sebelah jari pun tak sampai jumlahnya. Tskk..

 

Berdebar nih. Nak mula life kat tempat baru (ayat tak boleh blah). Padahal Melaka tu kampung aku. Sengal kan?

 

Tapi seriyes. Aku memang berdebar. Dan orang yang paling berdebar sekali, adalah Mamoru.

 

Yelah, nak mulakan hidup kat tempat baru (read as menyewa rumah baru), Nak biasakan diri dengan environment baru. Nak cari pengasuh baru untuk anak-anak aku. Haih. Nih satu lagi hal. Rasa macam tak sampai hati pulak nak pisahkan anak-anak aku dengan pengasuh derang sekarang. Kak Ina tu punyalah sayangkan bebudak nih. Mau mengalir air mata kak Ina kalau aku cakap nak pindah ke Melaka. Ariff yang dah dekat nak sama tinggi dengan pinggang dia masihhhh dia dukung macam baby kecik. Manja gila. Kalau orang tanya Ariff, "Ariff anak siapa?". Sure Ariff akan cakap, "Anak Mama" (panggilan yang dia guna untuk Kak Ina). Memula dulu aku jeles gila dengar Ariff cakap camtu. Tapi aku hepi sebab ada orang sayang anak-anak aku sama macam aku sayangkan derang.

 

Life kena goes on. Everything is going to okay. InsyaAllah. We're going to be okay kan Mamoru and putera-putera Mummy?. Kalau Angah boleh selamba tinggalkan KL dan bina life kat Kuantan, kenapa aku tak boleh?

 

Aku dah plan sesiap. Kalau aku pindah nanti, aku just nak bawak barang-barang elektrik dan meja makan je. Barang lain, e.g., Dua katil queen, satu katil single, dua almari baju, divider, rak buku, rak tv sofa, meja solek, etc semua aku kasi kat adik-beradik or jual kat orang. Aku nak fefeeling beli perabot baru bila pindah nanti.. (boleh ke incik Mamoru?).. huhuhuhu

 

Huh, bercakap macamkan esok je aku nak pindah. Lambat lagi beb. Still sempat kalau nak buat farewell party (huahuahua). Secara spesifiknya, tarikh sebenar untuk aku pindah tak tahu lagi. Tapi insyaAllah dalam tahun 2012.

 

Hebat betul perancangan Tuhan kan. Aku fikirkan, kena tunggu aku bersara baru merasa duduk kat rumah yang aku beli kat Melaka tu. Rupanya, tak lama je lagi :)

 

Ok, now boleh start saving untuk renovation.

 

Tuesday, October 25, 2011

PR1MA

Hari nih, mari bercerita secara ilmiah sikit. Sikit je lah. Aku bukan pandai pun nak cerita mender ilmiah nih. Kita try ek?

 

Rasanya sekarang, ramai orang bersungut harga rumah naik melampau-lampau tingginya. Bak kata adik aku, harga membunuh. Yer, membunuh impian orang nak memiliki sebuah rumah. Kalau orang luar tengok Malaysia nih, sure kagum sebab banyakk betul rumah yang memahal dibina sekarang nih. Padahal, derang tak tahu, gaji orang kat sini lepas tolak belanja, hutang segala sikit lagi nak sampai tahap makan pasir dihujung bulan.

 

Personally aku rasa, harga rumah teres dua tingkat sepatutnya tak melebihi RM200k (bergantung pada keluasan). Tapi sekarang, kat area KL & prime area Selangor harga teres dua tingkat boleh mencecah dan melebihi RM600k. Gila kan? Memang saja nak kasi orang mamfus bayar loan rumah sampai mati pastu sambung hutang ke generasi seterusnya.

 

Aritu masa meeting pasal rumah PR1MA, salah sorang presenter tu cakap, harga rumah kat Malaysia nih melampau tinggi bukan lah sebab keperluan untuk membeli rumah meningkat, TAPI disebabkan trend.

 

Trend sekarang adalah membina rumah harga mahal-mahal. Lagi mahal lagi bagus.Trend la sangat kan. Bagusss. Credit pada trend setter.

 

Bak kata satu lirik lagu "Biar papa asal bergaya?" Hah, ambik kau. Berlagak lagi dengan trend, gaya, mutu, keunggulan. Konon nak high standard, sophisticated segala, pastu sebenarnya tak mampu.

 

Ada sejenis rumah mahal yang aku tak boleh nak terima kewujudannya sampai sekarang: rumah jenis studio atau "studio room". Rumah style nih just ada satu bilik, satu ruang tamu, satu bilik air dan satu dapur simple. Banyakk developer sekarang bina studio room yang fully furnish pastu jual dengan harga tak masuk dek akal - mencecah suku juta. Gila apa? Negara kita nih belum padat sangat penduduk dia sampai rumah macam ni wujud. Jauh lagi nak sampai tahap tu. Tak faham. Tak faham. Apa pekdahnya rumah satu bilik nih?

 

Bila berborak dengan developer baru aku tau yang studio room ni derang bina untuk orang kaya-kaya je. Yelah, senang kalau derang nak stay bila outstation. Ada sorang buyer tu, dia beli studio room khas untuk anak dia stay untuk study kat universiti.. fuhhh.. bertuah badan anak dia. Takper lah, kita tak boleh salahkan orang-orang kaya sebab create trend untuk rumah-rumah camnih, salah kan diri sendiri sebab pemalasss dan tanak berusaha jadi kaya macam dia.. huhu.

 

Kat KL ni, jangan kata gaji tiga ribu, gaji tujuh ribu pun belum tentu dapat beli rumah sebijik. Sebab tu lah, sekarang nih had maksimum gaji untuk beli rumah skim rumah pertama PR1MA nak dinaikkan sehingga tujuh ribu ringgit.

 

Take note ya, skim PR1MA ni hanya untuk pembelian rumah di kawasan bandar maju sahaja (buat masa nih focus kat Putrajaya & KL). Sebabnya? Ramai penduduk kat Malaysia nih tertumpu kat kawasan bandar. Kat kawasan luar bandar, kalau ada penduduk yang susah, ada badan-badan kerajaan yang akan bantu mereka (Dara, Kejora, Ketengah, etc). Tapi kat KL, kalau kau susah nan ado agensi yang menolong.

 

Miskin hardcore                         -           Rumah Mesra Rakyat (Gomen tolong)

Miskin                                       -           Rumah Mampu Milik (Gomen tolong)

Sederhana/pertengahan             -           Nan Ado orang tolong

High income                              -           Tak yah cerita lah kan.. (lebih dari mampu)

 

So, kesimpulannya, PR1MA nih wujud sebab nak tolong golongan berpendapatan sederhana / pertengahan untuk memiliki rumah pertama mereka.

 

Satu info statistik yang aku dapat dari meeting aritu dan aku rasa semua orang patut tahu:

 

Kat Malaysia ada 11.7 juta penduduk yang bekerja DAN mendaftar dengan KWSP. Dari jumlah nih, hanya 1.7 juta sahaja yang membayar cukai pendapatan. Maknanya, balance 10 juta orang lagi berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan! Atau dengan ayat yang lebih mudah difahami, orang yang 10 juta nih rata-ratanya orang yang kurang berkemampuan membeli rumah. Bukan tak mampu ya, tapi KURANG mampu.

 

Yelah, dengan gaji tiga ribu kau ingat senang ke nak kumpul 10% down payment rumah? Kalau ikut statistic kat Malaysia ni, 70% orang hidup dalam financial distress. Takde saving, berhutang, etc.

 

Point aku kat sini, aku just nak inform kat orang-orang yang tak mampu beli rumah (esp cik anoynymous yang meroyan itu hari) atau orang yang mampu beli rumah tapi tak cukup duit nak bayar down payment rumah. Sila grab peluang yang ada nih. Sila alert tentang projek PR1MA yang seterusnya. Berbaloi beb. Rumah yang korang beli tu dijual lebih rendah dari harga pasaran.

 

Jangan risau kalau korang terlepas nak beli rumah PR1MA kat area Putrajaya aritu. Next, derang akan redevelop area Bandar Tun Razak. Tunggu je berita seterusnya dari PR1MA.

 

Next, aku akan bagi tips paling mudah untuk korang beli rumah lebih dari satu (cik Anoynymous kalau nak belajar pun boleh. Gua tak kedekut ilmu)

 

Monday, October 24, 2011

Makeupfreak in action

During the weekends.

Bekerja keras untuk masa depan. Lepas nih weekend aku sure lagi busy. Esp bila Makeupfreak's Bridal Boutique mula beroperate sepenuhnya! InsyaAllah, soon!


Sebelum pergi rumah client, kena sarapan dulu. Baru tenang bila buat keje.


In the making. Tak boleh closeup teknik makeup sangat. Nak belajar, mari menuntut dengan sifu :)


Saja nak close-up stail rambut terbaru. Bila anak-anak dah besar sikit barulah merasa lepaskan rambut. Kalau tak 24 jam asyik berikat je.


Ok, muka customer kena ada sikit. Kang ada yang cakap aku syok sendiri pulak.. huahuahua.

Nak tengok full wajah client aku lepas makeover? Sila klik kat www.makeupfreak.net atau like facebook Makeupfreak. We have almost 11,000 thousand fans already!

Sunday, October 23, 2011

Menjawab soalan Anonymous

Friday, October 21, 2011

Terbekenan dengan rumah lain pulak

Semalam tangan gatal masuk Mudah.com - search property kat area Selangor.
 
Dan... aku terbekenan pulak dengan satu lagi Semi-D.
 
Call Mamoru. Dia ok kan saja. Dia suruh call developer tanya detail.
 
Call developer. Tanya harga, lokasi, loan semua. Explain kat dia yang aku baru je beli rumah. Loan baru approved. Boleh ke nak beli satu rumah lagi. Dia cakap takde masalah. Boleh je.
 
E' eh boleh?
 
So, sabtu nih nak pergi melawat kawasan perumahan kat area Kota Kemuning. Kalau tempat tu best, boleh terus submit dokumen berkenaan.
 
Tapi risau juga ni. Hutang baru belum start bayar dah nak buat hutang lagi.. tsskk. 

Anjung Singgah

Pagi tadi masa lalu kat laluan berbumbung dari LRT Plaza Rakyat ke ofis aku nampak ada sorang perempuan duduk minta sedekah sambil bagi baby dia susu badan. Nih first time aku nampak perempuan ni dengan anak dia. Selalu tu, aku nampak sorang perempuan lain bawak anak (umur dalam 2 tahun ) duduk minta sedekah kat situ.

 

Aku kesian kan baby tu sebenarnya. Kesejukkan, duduk tempat kotor. Sedih la tengok situasi macam ni. Sedih ok. Sedih. 

 

Aku duduk sebelah perempuan tu tanya kenapa dia duduk situ. Kesian kat baby. Aku tanya lagi kot-kot dia takde tempat nak tinggal ke. Dia macam berat nak cakap. Aku nak offer pertolongan lelebih, takut dia ingat aku nih mak ayam nak perangkap orang susah macam dia. Ada rupa mak ayam ke aku ni? Gua muka suci ok.. huahuahua.

 

Aku bagi dia duit dan name card aku. Suruh dia contact kalau dia perlukan pertolongan.

 

For info, in case kalau orang lain tak tahu tentang ni, kita ada banyak saluran dan agensi untuk bantu mereka yang tak berkemampuan. Cuma sedihnya, orang kurang dapat info tentang kewujudan agensi macam nih.

 

Contoh: Anjung Singgah yang start beroperasi dalam bulan April 2011 bawah naungan Shahrizat Jalil. Kalau cari kat internet info tentang Anjung Singgah ni, memang takde lah. Aku pun tak faham kenapa tak ada website direct untuk Anjung Singgah. Mungkin dalam pembinaan. Tapi kalau nak tahu lebih lanjut, kena buka website ni www.ykn.gov.my

 

Anjung Singgah nih ditubuhkan untuk orang-orang yang tak berumah (Home for the homeless). Kalau korang perasan, memang banyak NGO atau agensi yang bantu orang homeless nih TAPI rata-ratanya agensi Kristian.

 

Aku dah pernah pegi melawat Anjung Singgah. Terletak dekat dengan LRT Masjid Jamek (bebetul depan kolej Segi sebelah Public Bank). Tempat nih terbuka menerima sesiapa sahaja yang perlukan bantuan tempat tinggal dan makanan. Tapi kalau yang datang tu penagih dadah, mereka akan consult orang tu ke tempat pusat pemulihan dadah.

 

Konsep Anjung Singgah nih simple. Sesiapa yang datang ke situ akan diberi tempat tinggal (bilik dia terletak kat bahagian atas pejabat Anjung Singgah), pakaian, perubatan dan makanan secara PERCUMA untuk dua minggu. Pegawai di Anjung Singgah takkan tanya atau paksa mereka yang tinggal disitu bercerita tentang masalah yang menyebabkan mereka terpinggir dari masyarakat. Tapi kalau mereka memerlukan khidmat kaunseling, ia akan diberi secara percuma. Dalam tempoh dua minggu juga, pegawai di Anjung Singgah akan cuba mendapatkan kerja untuk mereka atau hantar mereka ke tempat yang betul (e.g, pusat kemahiran, rumah ibu tunggal, rumah warga tua, etc).  Anjung singgah juga ada buat agihan makanan secara percuma kepada pengemis/gelandangan setiap hari Selasa, Rabu & Sabtu (lunch hour) kat depan pejabat mereka.

 

Ni contact untuk Anjung Singgah: 03-20260264 (open 24 hrs). Pegawai in charge kat situ nama dia Daniel (orang Islam). Kalau terjumpa orang takde rumah, esp orang perempuan, suruh derang contact Anjung Singgah. Manalah tau, dengan infomasi yang korang bagi dapat mengubah hidup mereka.

 

Be a good Malaysian, ppl. Be a good Muslim. At least kita tau, agihan makanan dari Anjung Singgah ni halal kalau nak compare dengan agensi Kristian lain.

 

Rindu ke hutan

Rindu dah datang lagi.

 

Tak boleh tahan dah. Sampai sesak nafas ni dibuatnya.

 

Hujung tahun ni ada xpdc ke gunung Chamah & gunung Ulu Sepat. Amik masa 6 hari perjalanan dalam hutan. Tapi aku tak dapat join sebab cuti tinggal sehari je lagi. Itu pun bajet-bajet gak. Tak boleh sesuka hati nak amik. Mana lah tau ada emegency ke apa. Gila ah. Ada masa dua bulan lagi sebelum masuk tahun baru. Tapi cuti dah habis! Aperdaa.. kompeni bagi annual leave 24 hari setahun pun tak cukup.

 

Haih. Sedih bila terpaksa lepaskan xpdc kali ni. Takper lah, at least, tahun nih aku dapat conquered gunung Korbu & Gayong. Bersyukur dengan apa yang ada.

 

Tahun depan dalam bulan 6, insyaAllah aku & Mamoru akan mendaki gunung Murud kat Sarawak. Lama dah idam xpdc nih. Patutnya dah lama aku conquer Murud. Tapi disebabkan aku pregnant lepas tamat xpdc gunung Trusmadi & Tambuyukon tahun lepas, terus tertangguh trip ke Murud. InsyaAllah tahun depan aku akan berjaya juga tawan gunung ni dan sekaligus tamatkan senarai G5 kat Sabah & Sarawak. Yey!

 

Tapi lambat gila lah nak tunggu bulan 6 tahun depan. Tsskk. Nak buat camner, aku folo trip orang. Nak organize sendiri,  takde masa pulak. Bukan senang nak buat trip. Kena banyak buat research pasal tempat kita nak pergi, kena buat booking, kena arrange timing bagai. Semua kena perfect. Paling penting, line up kena bagi kerjasama. Kalau organizer je kena keluar duit booking pastu line up tarik diri, risiko jugak kan? Esp trip yang ber-costing tinggi macam ni. Aku dah merasa semua tu masa buat trip ke Mulu / Trusmadi &Tambuyukon dulu. Penat. Kali ni aku nak duduk goyang kaki. Sampai masa je aku tahu, aku just perlu bawa haversack masuk hutan.

 

Sementara tu, aku nak layan trip daypack je.

 

"Aperdaa, takkan daypack je kot, kata outdoorfreak"

 

Komitmen beb. Gua banyak komitmen.

 

Komitmen keje

Komitmen bisness

Komitmen family (husband, anak-anak)

 

Bila dah jadi mummy, nak tinggalkan anak-anak untuk pergi hutan adalah satu penyeksaan mental dan fizikal. Sakit woo rasa tu. Dah la kau terseksa layan trek yang azab. Jasad dalam hutan, jiwa kat rumah dengan anak-anak. Kalau tak kuat memang dah lama kena bersara masuk hutan.

 

Cuma tu lah, aku bertuah sebab dapat husband yang memahami.

 

Haih. Tak sabar nak tunggu anak-anak besar. Nak share hobby sesama :)

 

Thursday, October 20, 2011

How to make roti ala Subway

Teringin makan sandwich ala Subway tapi payah bebenor nak pergi kedai dia? Yelah, bukannya banyak sangat outlet Subway nih kat tempat kita kan? Kalau ada outlet dia depan rumah, takkan nak pergi hehari pulak. Mahal dowh.

Sekali makan untuk dua orang kat Subway dah dua, tiga puluh inggit melayang. Bukan makan apa, roti jer pun. Kalau pilih slice daging sendiri konpem lebih empat puluh ringgit. Kalau ajak nenek aku makan kat Subway, sure dia istigfar banyak kali - roti cekik darah katanya.. huhu.

Ok, hari ni aku nak ajar cara berjimat dengan buat sendiri roti ala Subway:



Bebahan yang diperlukan, slices daging dan ayam pelbagai rasa (ada slices blacpepper / garlic / peanut, etc)



Roti panjang. Aku beli roti jenis gardenia.. lembuttt... bila masuk dalam oven.. ohh rangupnyaa. Ops, sila sapu roti nih dengan marjerin. Dalam gambar atas nih agak pelik sikit marjerin aku sebab keras baru keluar fridge.



Susun daging slices / meatloaf atas roti. Ikut kretif. Nak bubuh cheese + sayur pun boleh. Aku tak bubuh sebab takde stok dalam fridge. Pastu masukkan dalam oven dalam 3-5 minit. Suhu biar tinggi. Tips nak tau daging tu dah masak atau belum: Warna daging akan berubah sikit. Sikit je tau. Dan daging tak basah macam baru keluar fridge. Tapi jangan sampai terlalu garing pulak. Nanti rasa tak sedap.



Pastu bubuh lah sos / mayonis / etc. Sedapppppp.. Subway pun tak leh challenge tau.. Sedap kalau dibawak bekal untuk breakfast kat ofis :)

Selamat mencuba sambil berjimat.

Adik no.5 nak kahwin

Aku sekarang nih tengah bizi dengan persiapan perkahwinan adik lelaki no.5

 

11/11/11 bulan depan, majlis akad nikah kat rumah pengantin pompuan kat Labis, Johor. Gedik kan adik aku? Tarikh kahwin nak yang cun-cun aje. Dah la tarikh tu jatuh hari Jumaat. Tak pepasal aku kena menghabiskan satu-satunya cuti terakhir aku dalam tahun nih untuk dia. Tsskkk. Pasnih takde cuti lagi. Kalau ada emergency, kena amik MC je lah.

 

Belah family aku pulak buat hari Ahad, 13/11/11 Kitaorang sekalikan dengan majlis akikah anak aku Amarr dengan dua orang sepupu Amarr yang lain; Adam & Ashraff. Kita orang beli lembu seekor untuk akikah. Share sorang 2 bahagian. Lembunya awal-awal lagi dah dibeli. Ada kat rumah ayah. Dia bela sementara nak tunggu hari langsung. Kata ayah, kalau beli dedekat nak majlis nanti, harga lembu lagi mahal sebab taim tu ramai orang beli lembu untuk Raya Haji. Besar gila lembu yang kita orang beli. Garang pulak tu.

 

Macam biasalah, bila adik-beradik kahwin, aku jadi tukang buat hantaran. Kali nih special sikit, bukan setakat hantaran je yang aku tolong buatkan, pelamin dan baju-baju untuk sanding semua aku sediakan sendiri. Khas dari Makeupfreak's Bridal Boutique. Yes, uols tak silap baca, "Makeupfreak's Bridal Boutique". Tak boleh brag pasal butik nih sekarang. Still dalam proses nak membangun. Dah official buka kedai nanti, aku jemput korang semua datang rasmikan nahh :)

 

Anw, kelasss kan adik aku. Dapat pakai baju baru lagik. Fully sponsored by your akak tersyayang gitu.. huhu.

 

Thursday, October 13, 2011

Cerita disebalik beli rumah

Ahad ni nak pergi jumpa developer. Sign S&P plus nak intai rumah baru. Sales agent cakap, derang dah start plaster dinding. Lepas habis plaster derang nak pasang tiles. So, kena settlekan payment untuk upgrade tiles secepat mungkin.

Duit untuk upgrade tiles kena bayar cash. Kos upgrade tiles seluruh rumah + tiles area porch hampir RM10k jugak lah. Aku bajet lambat lagi nak bayar duit tiles nih, tapi developer dah remind suruh bayar cepat. Rumah dah nak siap katanya. Laju betul derang buat keje. Aku belum ready nak pindah lagi laaa..

Ramai gak yang tanya aku beli rumah kat mana. Aku beli kat Melaka jer. Gila kau nak beli Semi-D kat area KL? Harga juta-juta? Rentikan la angan-angan tu. Harga rumah kat Melaka boleh tahan lagi lah. Tapi since Ali Rostam launch motto "Melaka Maju" tahun lepas terusss lajuu harga rumah naik. Harga rumah yang aku beli ni RM304k. Monthly payment RM1600 untuk 20 tahun. Biar cepat habis bayar sebelum umur aku 50 tahun. Aku nak bersara dengan tenang tanpa beban hutang :)

Dah lama aku survey rumah nih. Semua tempat aku dah survey dengan Mamoru. Banyak mender kami consider:

Apartment / condo : Kalau boleh aku tamau la duduk rumah tetinggi.

Teres double story: Memang antara yang ada dalam list aku. Tapi market price kat KL or Selangor's prime area melampau sangat la harga dia. RM600k ke atas. Rumah takde lah besar mana pun. Standard saiz lebih kurang 22 x 70. Tak berbaloi la berhutang bebanyak untuk sebuah rumah kecik. Dengan harga yang sama aku boleh dapat 2 biji rumah kat tempat lain tau.

Semi-D / Banglow: Macam yang aku cakap tadi. Lupakan. Harga kat KL nih main juta-juta jer beb.

Pulak tu, kebanyakkan rumah sekarang "leasehold". Maknanya, selepas habis tempoh perjanjian, kita tak ada hak mutlak kat rumah yang kita beli. Pemaju atau owner tanah kawasan rumah tu yang akan decide sama ada nak terus bagi pembeli stay atau nak buat pembangunan lain kat situ. Kalau ikutkan, memang lah perjanjian 99 tahun tu lama dan kita sebagai pembeli dah mati kut taim tu. Tapi kesian lah kat anak-anak atau waris kita yang kena bayar premium kalau nak stay situ lepas tempoh perjanjian tamat walaupun hakikatnya, loan rumah dah habis kita bayar.

Pasu bila dah jumpa rumah yang kami berkenan dan sesuai dengan bajet kat Melaka, still kena ding dong ding dong lagi:

Raya hari tu lah punya cerita. Orang kat Melaka sibuk cakap ada satu perumahan baru dalam pembinaan. Rumah besar lah, cantik lah segala. Aku dengan Mamoru pun aper lagi, pergi lah tengok.

Cantik tu memang lah cantik, tapi aku tanak sebab rumah single storey. Aku cari yang double storey.

Sekali nenek aku sound, "Buat apa ko cari rumah dua tiga tingkat. Sok dah tua macam aku nih hah, payah nak turun naik mengemas"

Logik jugak.

Patutlah nenek jarang naik kat serambi rumah dia. Orang tua kan mana suka nak memanjat tangga segala. Lemah lutut. Tangan pun bukan kuat nak paut kat pagar tangga. Even adik aku dengan kengkawan yang beli rumah dua tingkat pun cakap; derang kengkadang malas nak turun naik tingkat atas. Walaupun master bedroom kat atas, derang prefer bentang tilam tido depan tv kat bawah.

Satu lagi mender yang buat aku lupakan terus niat nak beli rumah double storey:

Pasal cerita malam sebelum raya. Kan aku beraya kat rumah nenek Mamoru. Malam tu aku dengan Mamoru plan nak mengemas rumah nenek. Tapi nak tunggu hero-hero kecil nih tido punyalah hazabb. Kalau derang tak tido payah nak buat keje. Tunggu punya tunggu sampai aku dengan Mamoru tertidur sekali. Tapi nasib baik pukul 3.00 pagi tu aku terjaga. Kalau tak sampai pagi raya rumah tak berkemas!

Masa aku nak ke dapur, aku nampak nenek Mamoru termenung atas kerusi. Aku tanya kenapa, dia cakap takde apa-apa. Pastu bila aku dengan Mamoru sibuk mengemas, meng-vacuum segala, nenek duk menangis. Tersedu-sedu dia cakap terima kasih kat Mamoru dengan aku sebab tolong kemas rumah dia. Rupanya dia sedih sebab dia nak mengemas tapi tak larat nak turun-naik serambi rumah. Aduyai.. Dengan aku-aku pun sekali sedih pagi tu. Macam ni lah gamaknya bila aku tua nanti. Harap belas anak-cucu tolong uruskan rumah. Moral of de story, beli rumah takde tangga.

Masa dah decide nak beli rumah, Mamoru cadangkan kami ambil 2 lot rumah Semi-D skaligus. Mamoru buat loan satu rumah, aku buat loan rumah yang sebelah lagi. Fe-feeling bila combine nanti, rumah jadi besar gila la kan.

Tapi bila fikir balik, since kami dedua keje kat KL, better beli satu lagi rumah kat area KL or Selangor. Yelah, dari menyewa sampai RM800 per month kat KL nih better gunakan duit tu untuk bayar instalment rumah sendiri. Kira rumah kat KL untuk masa bekerja, rumah kat Melaka pulak untuk lepas bersara. Lagi puas hati.

So, our next wishlist, another landed house in KL! Usia sekarang nih memang perfect sangat untuk kumpul harta. Masa memuda dulu duit tak cukup. Tapi kang kalau tunggu sampai tua, bank susah nak bagi loan pulak.

Bawah nih gambar rumah yang Mamoru ambik masa raya aritu:


View dari depan. Besar kan corner lot nih? Aku takde idea nak buat apa dengan tanah seluas ni. Buat padang futsal boleh?


View dari belakang.

Official result blood test Amarr


Official report dah keluar.



Banyak betul mender yang Amarr tak boleh makan.



Ada jenis makanan yang dia boleh makan sikit (dalam erti kata sekadar merasa). Contoh macam ayam. Amarr tak boleh makan ayam bebanyak. Setakat secubit dua je boleh. Kalau dia makan sampai seketul ayam, kulit dia akan melecet.



Ada jugak jenis makanan yang dia tak boleh sentuh langsung. Kalau dia makan atau termakan, boleh menyebab kan dia collapse, susah bernafas or even worse ...(nauzubillah minzalik). Contoh macam kacang, roti, etc.



Tak sure sama ada alergy reaction ni bersifat sementara atau kekal sampai dia besar. Buat masa ni memang kena pantau semua makanan untuk Amarr.



Next month kena pergi Hospital Pantai, Bangsar lagi. Ambil satu lagi medical report yang explain apa yang menyebab kan Amarr kena alergy macam ni.



Update: Still tak jumpa Epipen Jr untuk Amarr :(


Tuesday, October 11, 2011

Housing loan dah approved

Satu lagi berita gumbira.


Loan rumah dah approved. Alhamdullilah.


Our very first house:

Semi-D 40 x 80

Corner Lot (tanah tepi besar gila. boleh bina satu lagi semi-D atas tanah tu)

Freehold (Ini penting.. hak milik kekal)

Non-Bumi (harga mahal sikit dari Bumi Lot tapi kalau nak jual akan datang memang senang dan untung)


Gambar nanti aku upload :)


Bank dah called suruh sign letter of offer (LO). Developer pun dah suruh datang sign sales & purchase agreement (S&P). Aku amik staff housing loan kat tempat aku keje nih jer. Jimat banyakk ok:


Interest fixed at 3.5% sampai loan habis.

Lawyer fees pun dapat diskaun 50% (khas untuk staff)

Loan dapat pergi 95% + 5% MRTA

Jimat gila sampai aku hampir tak perlu bayar deposit 10% lepas tolak diskaun segala.


Duit EPF pun, kalau ikutkan tayah keluarkan. Tapi aku decide nak keluarkan gak. Aku nak guna duit EPF untuk upgrade semua tiles dalam rumah dengan tiles kat area porch. Biar sekali harung developer tu pasangkan.


Rumah dah 70% siap. Dinding, bumbung semua dah naik.


Excited gila nih. Maklum lah, first time beli rumah.. haha. Tahap kegembiraan adalah melampau-lampau disitu.


Memiliki rumah sendiri adalah list terakhir dalam wishlist tertunggak dalam tahun 2010. Dah hampir hujung tahun 2011 baru wishlist nih jadi kenyataan. Dekat nak setahun gap pencarian rumah ni tau. Akhirnya dapat jugak. Hepi beb!


Maka dengan ini, tamat lah sudah senarai wishlist tertunggak tahun 2010.


Pasnih boleh start wishlist baru: Beli landed property yang kedua pulak.. hihihi. Aku bagi tempoh 2.5 hingga 3 tahun dari sekarang untuk tunaikan wishlist baru nih (tuuu bukan wishlist, tuu tamakkk namanya).


Bukan apa, bila anak dah dua, rumah pun kena ada dua. Senang nak tinggalkan wasiat. Takde lah berebut nanti.. huhu. Betul tak Mamoru sayang?

Monday, October 10, 2011

Big ones!

Alhamdullilah.
 
Another good news.
 
Rezeki anak-anak.
 
Kena usaha keras lagi lepas nih kan? Mamoru?
 
Senyumm...

Thursday, October 06, 2011

Result blood test Amarr

Dr Azam dari Hospital Pantai call siang tadi. Result dah dapat. Dia cakap Amarr ada banyak alergi pada makanan. Cara dia cakap tu macam dia suprise dengan result blood test Amarr. Aku jangan cakap lah kan. Bukan setakat suprise, dah tahap stress dah nih.

Doktor suruh aku datang jumpa dia kat hospital. Nak discuss detail. Kebetulan pulak esok Amarr ada follow up check up dengan dia, sekali jumpa je lah. Senang keje.

Setakat yang aku dengar tadi, Amarr alergi pada:

Gandum
Soya
Putih telur
Ayam
Habuk
Kacang

Selebihnya aku tak ingat.. Doktor call masa aku tengah bizi kat ofis. Tunggu full result esok aje lah.

Haih.

Aku still tak jumpa epipen junior untuk Amarr. Epipen untuk adult ada lah. Itu pun harga dekat RM400 untuk satu pen (satu suntikan). Gila mahal. Untuk kes emergency, aku perlukan at least 3 epipen junior.

Satu letak kat rumah,
Satu letak kat rumah babysitter
Satu letak dalam beg pack Amarr (sepanjang masa)

Mano den nak gagaukan nih?

Tuesday, October 04, 2011

Airr.. airr..

Kehausan yang teramat sangat.

 

Ada water cooler machine kat dalam ofis ni. Tapi dek kerana dah dua tiga kali lipas buat kuak lentang dalam water dispenser tu, tak lalu derr aku nak minum. Walaupun mesin tu dah berapa kali dicuci pun aku tetap takkan amik air dari situ. Kembang tekak makk uols, esp bila tengok colleagues yang lain selamba je teguk air dari situ. Nehii. Lipas kat ofis nih memang berlambak. Nasib baik aku bukan penggeli lipas. Kalau tak, confirm aku hantar resignation / transfer letter.

 

Nak minum mineral water dalam botol pun ada. Ofis nih memang ada sediakan berbotol-botol mineral water Ala Fonte untuk staff dia. Tapi dek kerana tekak aku nih tekak kampung, aku tak boleh terima air mineral memahal jenis Ala Fonte / Perrier water nih. Semacam je payau dia. Konon rasa mineral la sangat.. bluek. Air sungai bersih yang aku teguk kat tengah hutan pun takde lah rasa sepayau tu. Ntahapehape.

 

Tadi turun kat lobby. Konon nak beli Starbak (tadi kata tak minum air mahal.. apa kes? huhu). Cadang nak beli air coklat blended (ntah apa nama dia). Aku tak minum kopi / teh so, mender yang berkaitan dengan coklat ber-blended ni je la yang tekak aku lalu nak telan. Sekali bila sampai lobby, gua tak bawak duit pulak beb. Haruuunn betul. Malas aku nak turun bawah lagi. Tunggu taim balik je lah. Minum air kat dalam peti ais kat rumah lagi sedap (statement jimatt).
 
Hausss. Aduyai. Biar padan dengan muka ni. Minum pun nak memilih. Rasakan.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...