KENGKAWAN

Thursday, October 27, 2011

Murah rezeki lagi, alhamdulilah.

Ada satu berita baik yang aku dapat minggu lepas.

 

Tanak share kat sini lah. Kang ada je komen dari orang meroyan. Nak share kegumbiraan kat blog sendiri pun ada yang mendengki. Tak suka jangan baca, boleh?

 

Good news kali nih bukan untuk aku sebenarnya. Tapi akan bagi kesan kat life aku untuk tahun depan dan seterusnya. InsyaAllah, kalau semua berjalan lancar, tahun depan aku akan mintak transfer ke Melaka. Settle down kat sana.

 

Ikutkan hati, berat juga nak tinggalkan KL. Sepuluh tahun aku duduk sini. Kira dah comfort zone dah ni. Kat KL ni sebut je apa nak, semua tersedia depan mata. Just seluk poket keluarkan duit je. Nak shopping, nak tengok movie, nak berjalan, nak cuci mata, memacam lah. Kalau duduk kat Melaka, memang lah memender yang aku sebutkan tadi ada, cuma tersangat limited. Jangan cakap panggung wayang, shopping kompleks pun boleh dikira dengan jari. Err, rasanya sebelah jari pun tak sampai jumlahnya. Tskk..

 

Berdebar nih. Nak mula life kat tempat baru (ayat tak boleh blah). Padahal Melaka tu kampung aku. Sengal kan?

 

Tapi seriyes. Aku memang berdebar. Dan orang yang paling berdebar sekali, adalah Mamoru.

 

Yelah, nak mulakan hidup kat tempat baru (read as menyewa rumah baru), Nak biasakan diri dengan environment baru. Nak cari pengasuh baru untuk anak-anak aku. Haih. Nih satu lagi hal. Rasa macam tak sampai hati pulak nak pisahkan anak-anak aku dengan pengasuh derang sekarang. Kak Ina tu punyalah sayangkan bebudak nih. Mau mengalir air mata kak Ina kalau aku cakap nak pindah ke Melaka. Ariff yang dah dekat nak sama tinggi dengan pinggang dia masihhhh dia dukung macam baby kecik. Manja gila. Kalau orang tanya Ariff, "Ariff anak siapa?". Sure Ariff akan cakap, "Anak Mama" (panggilan yang dia guna untuk Kak Ina). Memula dulu aku jeles gila dengar Ariff cakap camtu. Tapi aku hepi sebab ada orang sayang anak-anak aku sama macam aku sayangkan derang.

 

Life kena goes on. Everything is going to okay. InsyaAllah. We're going to be okay kan Mamoru and putera-putera Mummy?. Kalau Angah boleh selamba tinggalkan KL dan bina life kat Kuantan, kenapa aku tak boleh?

 

Aku dah plan sesiap. Kalau aku pindah nanti, aku just nak bawak barang-barang elektrik dan meja makan je. Barang lain, e.g., Dua katil queen, satu katil single, dua almari baju, divider, rak buku, rak tv sofa, meja solek, etc semua aku kasi kat adik-beradik or jual kat orang. Aku nak fefeeling beli perabot baru bila pindah nanti.. (boleh ke incik Mamoru?).. huhuhuhu

 

Huh, bercakap macamkan esok je aku nak pindah. Lambat lagi beb. Still sempat kalau nak buat farewell party (huahuahua). Secara spesifiknya, tarikh sebenar untuk aku pindah tak tahu lagi. Tapi insyaAllah dalam tahun 2012.

 

Hebat betul perancangan Tuhan kan. Aku fikirkan, kena tunggu aku bersara baru merasa duduk kat rumah yang aku beli kat Melaka tu. Rupanya, tak lama je lagi :)

 

Ok, now boleh start saving untuk renovation.

 

6 comments:

Diana AR said...

dok melaka best jugak..walaupun shopping kompleks tak banyak cam kat kl..tapi okla drpd Seremban ni ha. Hahahaha..saya dulu lahir kat Melaka..rumah mak ayah pun ada kat Melaka tu sewakan kt org tu yg feeling2 cam org Melaka gak hihi

Hidayati said...

Bestnyer dapat pindah ke rumah sendiri. Rezeki & ketentuan Allah, takda sapa yang tahu. Semoga gembira ditempat baru nanti.

Cik Qemm said...

happy for you kak! :D

Takatoo31 said...

Bebaik dimana2 saja, baik gunung mahupun kehidupan.

Bonne CHance..!!!

Angah said...

Wah nama I diseru haha..memulakan idop baru di tempat baru memang sangat payah. tapi nikmat diam di rumah sendiri dengan suami dan anak2 tu priceless!

sedih bila nak ajar anak adapt ngan tempat baru, kawan baru, nursery baru..dan tinggalkan semua kebiasaan lama. Took them few months to adjust.

Lepas setahun lebih ni..I am content with my life lah kiranya.

Dan sekarang bila pegi KL /lembah klang..sangat syukur dah tak duduk sana. Serabut ngan jem/tol and such. Feel blessed dapat duduk tpt tenang mcm kuantan ni. tempat pelancongan pun kan haha..

believe me..Ad pun akan rasa camtu nanti. Nak lepas anak keliling kawasan perumahan pun rasa ok lagi.

i.z.m.a said...

syok la dok melaka. pernah merasa keje kat sana 2 tahun. aman damai je kepala otak. yang penting, sy sangat suka ikan bakar kat melaka.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...