KENGKAWAN

Monday, November 28, 2011

Celebrate birthday Amarr di hospital

Nih gambar masa celebrate birthday Amarr yang ke-1 tahun di hospital Pantai, Bangsar.

Meriah juga lah. Terima kasih buat semua adik-beradik, ipar duai dan semua nurse ward C5 sebab sudi datang ke hospital untuk sambut birthday Amarr. Last minit punya plan.. hihi.

Ekceli, tak terfikir nak celebrate camnih. Lewat petang tu, kami empat beranak just celebrate kecik-kecilan dengan beli dua slices kek kat Starbucks (kat lobby hospital). Pastu duduk-duduk minum kat situ. Sedih.

Tetiba Mamoru suggest kami pegi beli kek kat Mid Valley. Boleh buat proper celebration sikit. Kalau takde orang lain nak sambut sama, boleh ajak nurse kat situ join sekali. Derang pun dah kenal Amarr (ye lah, dah seminggu Amarr kena tahan kat situ).

Memula tu aku macam, eh boleh ke bawak keluar Amarr? Mamoru cakap kejap je. Dekat sangat kot Mid Valley dengan hospital. Aku apa lagik, terus bersemangat.

Sampai Mid Valley, terus menonong ke Baskin Robbin. Aku suka kek kat situ sebab colourful! Dan kami dapat beli kek yang palinggggg comel pada mata aku!

On the way balik hospital, aku call adik-adik lain kalau derang nak datang sambut birthday Amarr. Aku tak bajet ramai nak datang sebab plan last minit kan.. Thanks again kat semua yang datang!

Selebihnya, layan gambar je lah ek :)


Kek nih dah cair masa nak potong. Tulisan Amarr pun dah hampir melorot ke bawah hihi. Tapi still comellll


Kek perisa choc chip dan ada 6 scoop perisa lain yang di buat bentuk muka clown. Suka sangat!


Separuh dari yang datang malam tu.


Nasib baik kami duduk dalam single room. Kalau tak, susah jugak lah nak gather camnih.


Amarr yang still tak faham erti birthday. Leka pandang orang yang datang. Maybe dia pelik apesal ramai sangat yang datang..


Acara tiup lilin dan potong kek ais krim :)


Eksaited semua :)


A kiss from mummy!!


Baru nak senyum!


Bawah nih gambar-gambar lain semasa di wad.


Ariff yang suka duduk dalam baby cot teman Amarr


Melayan anak-anak


Uncle Uj yang jadi penyelamat jaga Amarr untuk 2 hari bila mummy keluar buat keje


Ariff dan Amarr tidur tengahari


Mummy update blog bila semua tengah tidur :)

Alhamdulillah, Amarr dah check out pada hari ke-6 (hari Sabtu lepas). Kesihatan Amarr semakin ok. Tapi masih kena pegi follow-up next month. Terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan Amarr. Terima kasih pada kakitangan hospital dan Doc Azam coz sangat baik dalam menjaga Amarr. We love you!

p/s: Gambar daddy tak ada dalam ni sebab daddy tukang amik gambar.. Sedihnya. Next time kena suruh orang lain amikkan gambar dalam acara penting macam ni.






1 comment:

Mrs weck said...

alaaa..pic aku x de..hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...