KENGKAWAN

Friday, November 25, 2011

Hari ke-4 di hospital

Hari ke-4 kat Hospital Pantai, Bangsar.

Malam tadi baru dapat pindah single room. Lega banyakkkkkk. Sebelum ni masa duduk ward double bedded, parents patient katil sebelah duk merungut baby derang tak dapat tidur sebab Amarr jerit-jerit setiap kali amik nebulizer. Menci. But now dah ok. Amarr nak menjerit ke apa dah tak kisah. Ariff nak tawaf satu bilik pun tak heran :p~

Sepatutnya awal lagi aku dah dapat single room. Tapi aku tak tahu lah sistem kat sini macam mana. Masa register admission hari pertama lagi aku dah request untuk single room. Tapi penuh katanya. So, letak Amarr under waiting list. Tapi tunggu punya tunggu, orang lain yang masuk lambat dapat dulu. Aku perasan masa patient katil sebelah Amarr yang masuk duk tukar single room semalam. Aku suruh Mamoru tanya. Nurse kat sini cakap derang tak dapat info apa-apa dari kaunter admission. Haih. Kebetulan semalam ada satu patient dari single room discharge. Tapi almost tengah malam tadi jugak la Amarr pindah masuk single room.

Amarr semakin ok. Aktiff. Batuk kurang. Cuma kahak masih banyak. Hari nih Dr Azam suggest buat physio. We'll see how it goes today.

Hari nih kena berjauhan dengan Amarr. Ada job. Tak boleh nak escape. Adik aku tolong jaga Amarr. Hope everythings ok masa ketiadaan aku. I'll be back on Saturday evening.

Mummy doakan anak-anak mummy sentiasa berada di dalam lindungan Allah swt.







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...