KENGKAWAN

Friday, November 04, 2011

Jom raya!

Selamat Hari Raya.

Raya Haji ni kami balik Melaka. Sambut dengan family belah aku pula. Raya Puasa aritu dah celebrate dengan family Mamoru. Gilir-gilir gitu. Rasa excited pulak nak balik Melaka lately nih. Ada banyak reason buat aku eager nak balik Melaka:

1. Nak jumpa ayah, berkumpul dengan adik & ipar. 
2. Nak tengok progresive rumah yang aku beli sambil fefeeling buat draf design untuk renovation.. huhu.
3. Nak pre set-up my Makeupfreak's Bridal Boutique.
4. Nak buat final preparation untuk wedding adik lelaki no.5
5. Nak beli door gift untuk  majlis akikah Amarr dan cousins dia.

Tak lama lagi usia Amarr genap satu tahun. Alang-alang dah berkumpul, boleh celebrate sekali tapi nanti lah. Kena bincang dengan Mamoru dulu.

Ada banyak entry nak publish kat sini. Tapi terbantut pulak. Minggu ni busy dengan budget planning segala. Maklumlah, kompeni nak tukar  current financial year kepada normal calendar year. So, banyak keje sikitlah. Tapi the good news is, there will be another bonus in March next year! Yay! Rezeki anak lagi. Alhamdullilah. Kena transfer dalam akaun Amarr & Ariff lebih sikit kali ni :)

Anw, buat semua readers dan bloggers yang rajin singgah sini, Selamat menyambut hari raya Aidiladha. Aku sambut ala kadar je. Takde beli baju pun. Recycle baju raya puasa aritu je laa. Kena berjimat cermat sekarang nih. Saving untuk renovation rumah, saving untuk anak-anak, saving untuk jenjalan, saving untuk memacam lah.

Pada yang balik kampung tu, berhati-hati dijalan raya. Jauhkan jarak kenderaaan anda. Sayangi nyawa sendiri dan jangan ambil nyawa orang lain. Renung-renungkan.. (cewah)

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...