KENGKAWAN

Monday, November 21, 2011

Photographer cilik

My lil Ariff dah nak masuk usia 2 tahun setengah. Makin besar, makin comel. Ariff sekarang suka sangat ikut apa yang daddy dia buat. Lately, dia asyik la nakkan camera daddy dia. Asal daddy pegang kamera je, dia merengek nak pengang dan snap gambar jugak. Bukannya dia larat angkat kamera tu pun. Berat ok. Aku pun boleh lenguh tangan kalau amik gambar guna kamera Mamoru lebih 5 minit.

Nak berkongsi minat dengan anak punya pasal, Mamoru beli satu kamera untuk Ariff. Kamera nih untuk aku sebenarnya. Tapi Ariff yang conquer. Dah jadi hak dia sekarang nih.. huhu.

Layan kan je lah photographer cilik nih in action


Canon G9. Best kamera nih. DSLR jenis compact.


Cantik juga gambar yang Ariff amik. Berbakat :)


Mamoru siap beli Canon speed lite kecit untuk attach kat kamera nih. Semata untuk samakan dengan kamera dia. Nasib baik bateri grip takde. Kalau tak sebijik macam kamera daddy dia.


Ariff yang teruja tengok gambar yang dia snap


Daddy in action dengan Canon 5D dia. Guess dua beranak nih akan jadi geng kamceng bila besar nanti. Nasib baik Amarr kecik lagi. Kalau tak, pengsan daddy nak cari kamera untuk Amarr pulak.. huhuhu

Termasuk dedua kamera nih, Mamoru ada satu lagi kamera Canon 30D. Dia memang pengumpul dan penggila DSLR Canon.

1 comment:

aJa said...

Waaa..berbakat sungguh..

sama mcm anak sedara kita http://arifpictures.blogspot.com

suka sgt kacau bapak dia...heheehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...