KENGKAWAN

Monday, November 21, 2011

My pets in the office

Apa agaknya korang rasa kalau korang tengah kosentret buat keje tetiba ada anak-anak lipas main kejar-kejar atas meja korang. Atau main sorok-sorok kat cecelah fail. Tak pun, dia ajak korang main peek-a-boo kat cecelah keyboard komputer? Haru tak?

Bukan sekor dua tapi tiga pat ekor dalam satu masa.

Lebih hazabb lagi, bila anak-anak lipas yang sangat manja dan jinak ni main berenang-renang dalam mug atau water dispenser. Lalu tak nak minum? Bab makanan toksah cerita la kan.. memang dia ngendeng je dia ajak share.

Paling aku tak boleh terima, part dia main gelungsur kat betis kaki aku ni hah. Sesuka hati je dia main geletek-geletek. Ingat aku suka la tu.

Nasib baik aku bukan jenis orang yang fobia lipas. Kalau tak, harus aku hilang suara duk terjerit-terlolong dalam ofis selang sesaat.

Ada sorang member aku dulu, sampai sakit jiwa jadinya duk bersilat dengan lipas hehari. Sampai satu tahap, instead of penyet lipas tu kasi mati, dia duk tangkap dan bela dalam balang. Siap kasi makan hehari lagik. Pressure punya pasal.. ish ish ish.

Management kat sini bukan tak buat pest kontrol. Dah selalu sangat buat. Tapi lipas nih jenis tak makan saman beb. Imun kot. Lipas generasi-X. Maklumlah, bangunan lama. Memang port nenek moyang dia.

Staff kat sini pun dah redha je dengan apa yang jadi. Derang dah penat berperang dengan lipas. Semua jenis senjata derang dah guna. Be it, ubat gegat, segala jenama spray serangga, perangkap lipas, etc. Nan adoo yang berkesan.

Sampai satu tahap, aku hanya mampu memerhati saja anak-anak lipas berlari-lari anak kat atas meja. Sesekali, kami main lawan mata. Selalunya aku yang kalah sebab tak lalu nak tenung mender alah tu lelama. Lantok la dia.

Layan kan gambar lelipas yang comel kat bawah ni ya.. enjois.



Sekor lipas yang sedang melawat kawasan.



Hasil tangkapan dari my perangkap lipas untuk seminggu.










Close up..



1 comment:

Biqque said...

banyaknye!!!!!! tu mati ke tu????

*pengsan*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...