KENGKAWAN

Thursday, December 15, 2011

Aku main badminton?

Semalam ofis-mate aku, Nana duk cari partner untuk kompeni punya badminton tournament. Dia ajak aku join. Memula tu aku macam, alahai.. aku ada masa je nak join memender ni? Kelab Kembara punya event pun selalu aku turn-down. Ini kan pulak Kelab Sukan.

Nana kata, semua orang dalam department ni tak nak join. Yelah, kat sini ramai yang dah ber-family - semua ada banyak komitmen. Yang single just dia sorang je lah.. hihi.

Haih, kesian pulak aku mendengar. Aku suruh dia bubuh nama aku. Tapi aku warn dia sesiap, aku tak reti sangat main badminton. Last aku pegang raket was like a decade ago kut.. haha. Mati lah. Jangan aku smash kepala dia sudah.

Nana cakap, dia tak kisah. Janji ada partner katanya. Menang kalah belakang kira.

Bagus. Aku suka attitude camnih. Yang penting kita enjoyyy.

Bertuah Nana dapat opis-mate macam aku tau. Aku ni gila-gila sikit. Bab mengarut memang kasi lah kat aku.

Oh, lagik satu. Aku baru je dapat ad-hoc task jadi committee untuk kompeni punya Annual Dinner. Boleh tahan aktif jugak aku kat sini ek? Nasib baik tarikh dinner jatuh on weekday. Kalau weekend, selamat tinggal romeo.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...