Wednesday, December 07, 2011

Anak adalah anugerah

Anak adalah anugerah Tuhan yang amat besar pada aku & Mamoru.

Anak adalah pengikat kasih sayang. So true.

Anak adalah sumber kekuatan. Hilang semua penat lelah bila menatap muka anak.

Anak adalah sebab utama kami berusaha keras mengubah kehidupan ke arah masa depan yang lebih baik.

Aku tak boleh hidup tanpa anak-anak dan Mamoru.

Aku tak boleh terima sebarang bentuk penyiksaan terhadap kanak-kanak

Aku tak boleh tengok orang minta sedekah bawak anak kecil.

Aku tak boleh baca email atau cerita sedih tentang penderitaan kanak-kanak akibat penyakit atau penderaan.

Aku selalu delete email yang mengandungi cerita-serita sedih tentang kanak-kanak malang.

Aku selalu ignore dari baca paper atau tengok cerita tentang perkara sedih membabitkan kanak-kanak.

Aku selalu berdoa agar anak-anak aku sentiasa dilindungi Allah (swt), dipanjangkan umur, dijauhkan dari sebarang penyakit yang berbahaya, dilindungi dari sebarang perkara yang tak diingini. Dan aku juga berdoa agar aku & Mamoru dipanjangkan usia agar dapat mendidik dan membesarkan anak-anak kami dengan penuh kasih sayang.

Aku tak pernah merasakan kasih sayang seorang emak dalam hidup aku. Mamoru lebih lagi. Dia tak pernah merasakan kasih sayang dari kedua emak dan ayah dia sejak berusia 6 tahun lagi. Life kami agak kusut dan kelam kabut semasa kecil. Dan sebolehnya kami tak nak anak kami merasakan kepayahan dan kepedihan yang pernah kami rasakan dulu.

Kami tak ada pengalaman dalam mendidik anak-anak. Tapi kami akan sentiasa berusaha untuk berikan yang terbaik untuk mereka. Semoga Tuhan makbulkan permintaan kami. Dan beri peluang kepada anak-anak kami satu peluang yang kami tidak pernah dapat semasa usia kecil kami.


p/s: Agak emosi sikit hari ni. Pls jangan forward email sedih kat aku. Aku tak kuat.




1 comment:

JaSmIn said...

sedeynye entry ni..samalh kitap on tkde mak dr 9 thn huhhuu ;/ phm prasaan akak