KENGKAWAN

Thursday, December 01, 2011

Bulan terakhir tahun ni

Hari ni dah masuk bulan terahir dalam tahun 2011. Sekejap je kan.
Tau-tau je dah setahun berlalu.

Cuba tanya diri sendiri, apa pencapaian yang kita dah dapat untuk diri
sendiri dan keluarga dalam tahun ni? Adakah hidup kita menjadi semakin
baik? Atau masih di takuk yang lama? Kalau semakin baik,
alhamdullilah. Teruskan usaha untuk mendapat yang lebih baik. Tapi
kalau still tak berubah, muhasabah diri sendiri. Lakukan perubahan.
Mungkin rezeki kita tersekat disebabkan kita taknak ubah diri ke arah
kebaikan?

Bagi aku dan keluarga, tahun nih rezeki alhamdullilahhh. Bisness
Makeupfreak sangat mendapat sambutan. Sampai kami terpaksa tolak
dengan cara baik permintaan client lain disebabkan semua tarikh dah
fully-booked. Dan Makeupfreak tak lama lagi akan melangkah ke satu
fasa baru. InsyaAllah, Makeupfreak Bridal Boutique akan dilancarkan
tak lama lagi! Doakan kami :)

Untuk tahun depan (2012) kami dah mula dapat banyak tempahan untuk
Makeupfreak sehingga ke bulan June 2012. Tapi jangan risau, masih
banyak tarikh kosong untuk tempahan. Book cepat. First come first
serve!

Dan tahun nih juga syukur, alhamdullilah, kami dah dapat kotakan
impian untuk memiliki sebuah semi-D corner lot. Tak termimpi pun nak
beli rumah sebesar nih. Bajet asal nak beli rumah landed biasa-biasa
je. Tapi alhamdullilah murah rezeki anak-anak. Dapatlah beli yang
lebih selesa sikit. Aritu dapat call dari developer. Derang dah start
pasang upgraded tiles yang kami request untuk dalam rumah dan porch.
Tak sabar nak pegi tengok rumah baru kami.

Perkembangan anak-anak:

Amarr dah pandai berjalan. Teruja betul aku & Mamoru tengok dia
berjalan. Senget-senget macam ketam. Pastu giggle-giggle sepanjang
jalan. Comel! Ekceli, masa kat hospital lagi dia dah start berjalan 5
hingga 10 langkah. Tapi dia cepat boring dan prefer merangkak balik.
Seminggu dua lagi insyaAllah, Amarr boleh berjalan sepenuhnya. Take ur
time ok Amarr. One step at a time. Amarr juga dah pandai sebut "Nakk"
bila minta sesuatu. Rasanya, nih perkataan pertama dia kut.

Ariff dah big boy. Cepat merajuk kalau aku tertinggikan suara. Buat
aku rasa bersalah je. So, mummy kena pergi cecepat pujuk. Good things
is, dia senang dipujuk dengan hugs and kisses dari mummy or daddy.
Ariff abang yang protective (kalau kat tempat orang). Ariff akan make
sure Amarr selamat dan dapat main toys yang dia put-aside untuk Amarr.
Dia takkan bagi bebudak lain amik toys tu dari Amarr. Tapi kat rumah,
of coz la dia duk berebut dengan Amarr. Dah takde orang lain kan..
Apapun, Ariff abang yang sangat baik. Selalu mengalah dengan adik.
Mummy so proud of you, sayang.

Early next year will be a good start for us. Mamoru akan mula bekerja
di tempat baru. Dia dah tender 3 months notice kat company sekarang.
InsyaAllah by February 2012, dia akan mula bekerja ditempat baru yang
bebetul dekat dengan rumah baru dan dekat dengan Bridal Boutique kami.
Dah lama dia mengidam nak kerja dengan company baru tu. Akhirnya,
Tuhan makbulkan juga. (Tahniah sayang) Semoga Tuhan murahkan rezeki
Mamoru lagi.

Plan kami untuk tahun depan mostly untuk Makeupfreak Bridal Boutique.
Kena kerja keras dan kerja extra hour demi masa depan kami dan
anak-anak. Dann oh, kena block tarikh untuk vacation juga. Tanaklah
bekerja sampai tak ada masa untuk putera-putera comel kat rumah tu :)

1 comment:

Angah said...

Tahniah dan tumpang happy for all good things bestowed upon u and ur family :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...