KENGKAWAN

Thursday, December 22, 2011

Elak dari meroyan taim menopaus

Dah jadi macam situasi biasa bila setiap ofis ada sorang kepochi kan? Aku perasan mostly orang yang kepochi ni terdiri dari perempuan yang berumur 40 tahun ke atas. Bak kata sorang colleague aku kat sini, perempuan dah nak menopaus memang camtu. Kita pun kena hati-hati gak. Bukan berhati-hati dari kepochi tadi. Tapi berhati-hati dengan perkembangan emosi sendiri bila menjangkau usia 40 an. Supaya, kita tak meroyan seperti mereka-mereka ini.. Banyakkan makan suplemen atau bersenam supaya minda dan tubuh kita sentiasa sihat dan tak mental bila usia makin bertambah.

Ok, aku bukan nak bercerita tentang tips menghadapi menopaus.

Tadi aku pergi ofis pakai kasut sekolah pengawas yang aku beli sempena nak main badminton aritu. Nampak macam agak rugged la bila dipadankan dengan seluar dan kemeja. Kena pulak aku pakai jam bracelet yang ada rupa rocker sikit. Bertambah-tambah la ke-rugged-an aku.

Ekceli, kalau ikut mata orang lain, takde lah rugged mana pun. Macam biasa je kot. Dah memang hehari aku pakai style gini. Cuma jam dengan kasut je lah ikut mood. Selalu tu aku pakai jam Suunto. Jam ni memang takde jenis kecik. Bila aku pakai memang nampak lain sikit la sebab biasa orang perempuan kan suka pakai jam kecik-kecik. Masa memula aku pakai jam Suunto, dia ada tegur jugak "You pakai jam aper ni?"

Bab kasut pulak, memang jarang aku pakai high heels. Aku suka kasut tumit tinggi. Tapi untuk orang yang pegi keje naik LRT macam aku nih, plus kena jalan dekat 500 meter dari LRT ke ofis, heels memang tak sesuai. Buat sakit kaki je. Nak pulak kalau terlambat keluar rumah pastu nak kena berlari kejar masa. Boleh terpeleot kalau pakai heels. Selalu tu aku pakai selipar je. Heels simpan kat ofis. Dulu aku pakai sport shoes kena tegur. Hari ni aku pakai kasut pengawas sekolah kaler hitam pun dia tegur. Rajin betol mata dia duk perati dressing aku hehari.

Tadi dia datang kat tempat aku pastu duk bertazkirah cakap aku ni nak puas enjoy life sebab tu lah aku duk dressing pelik-pelik (pelik pada mata dia je kot). Kata dia lagi, sepatutnya, orang dah beranak dua macam aku nih pakai baju yang menampakkan ciri kematangan dan kewanitaan. Baru sesuai dengan status orang beranak dua.

Aku senyum je lah dengar ceramah dia. Koser nak bertegang urat. Lantak ler nak kutuk dressing aku ke apa. Ada aku kesah?

Yang dia tu, umur dah dekat 50-an. Tapi kenapa dressing macam 20-an. Tu dah puas enjoy life sangat la tuu ek? Sengal.




Jam Fossil bracelet yang aku pakai hari ni.


Kasut pengawas All America.. hhu

5 comments:

Anonymous said...

hahahaha

Lini Aziz said...

kak AD ada FB x?nak add

~ez~ said...

assalamualaikum kak ad,

first time kot komen kt cni tp selalu je baca blog akak nih.. :)

mcm2 hal manusia yg busy body tak kena tempat nih.. org meroyan kalo dilayan kita pon sama meroyan kak

hehe

Cik Qemm said...

haha klaka. seb baik bab dressing mmg tak pernah kena tegur lagi..

sgt concern la itu makcik kt akak :P

aD said...

Lini Aziz: ada, search Makeupfreak kat facebook :)

IZYAN: setujuuuuuu sesangat...

cik Qemm: gitu la orang takde keje.. hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...