KENGKAWAN

Friday, December 30, 2011

Harga sebuah kemiskinan

Kasih seorang ayah

Tadi baca paper tentang 2 beradik kena gari dalam rumah ditinggalkan bapa derang yang keluar bekerja sejak sebulan lalu.

Perkataan pertama yang keluar dari mulut aku bila baca artikel tu memang semuanya berunsur makian terhadap bapa tersebut.

Tapi bila aku baca semula. Tak ada satu ayat pun tulis tentang penderaan. Bebudak tu cuma dikurung dan dirantai.

Aku cuba fikir apa yang membuat bapa tadi terdesak sampai bertndak menggari anak sendiri:

Dia terpaksa keluar bekerja cari rezeki
Takde orang sanggup jaga anak-anak dia since wife dia lari sebulan lalu (mungkin wife dia pun tak tahan hidup miskin)
Dia takde sedara-mara kat situ yang boleh jaga anak-anak dia
Dia takde duit nak upah orang jaga anak dia.



Punca dia terpaksa menggari anak-anak dia dan letakkan kerusi untuk mereka duduk dalam toilet:

Dia risau bebudak tu keluar merayau-rayau dan hilang
Dia risau bebudak tu panjat balkoni dan jatuh
Dia risau bebudak tu main-main dengan benda bahaya dalam rumah
Memudahkan anak dia pergi buang air. Especially anak dia yang 2 tahun tu sure kerap buang air. Nak beli pampers mungkin tak cukup duit.



Pada aku, kalau bapa tersebut jahat nak mamfus:

Dia takkan sanggup jaga bebudak tu lepas wife dia tinggalkan derang sebulan yang lepas.
Dah lama dia tinggalkan bebudak tu kebuluran dan tak bother nak balik rumah langsung
Tak perlu dia nak gari bebudak tu. Lantak la bebudak tu nak merayau ke, nak terjun flat ke.
Dera bebudak tu sampai lebam-lebam.
Jual bebudak tu kat black market
Tinggalkan bebudak tu kat memana tong sampah.

Ok. Ok. Aku tau, tak kira berapa banyak alasan yang aku beri kat sini, tindakan bapa tersebut TETAP salah. Tapi jangan lah terlalu menghentam orang. Bak kata satu lirik lagu GnR "Dont jugde a book by its cover and read what we want between selected lines".

Ini semua desakan hidup. Aku sendiri pernah berdepan dengan situasi macam ni masa aku darjah 5 dulu. Taim tu ayah aku single parent (lepas bercerai dengan dengan arwah ibu). Ayah terpaksa tinggal kami kat rumah untuk keluar bekerja. Tapi takde lah kena gari segala. So, pepandai kita orang adik beradik lah nak jaga diri sendiri. Nasib baik kami duduk kawasan kampung. Takde lah risau nak jatuh balkoni ke haper.

Back to the stori.

Bila aku fikirkan balik nasib yang akan menimpa bapa kepada dua beradik tadi, aku rasa sedih. Dah lah dapat caci maki dari satu Malaysia. Kena tangkap/penjara pula. Pastu hilang hak untuk jaga anak-anak dia.

Haih.

Nak buat macam mana. Itu lah harga yang dia terpaksa bayar akibat kemiskinan. Kalau dia berduit, tentu takkan jadi macam ni.











4 comments:

Titanickaram said...

Kesian jugak cerita tu. Kesian kt bebudak dan bapa mereka. Sesiapa pun tiada
untuk menolong. Saudara,jiran,ahli masjid,jkkk,jkm dan masyarakat sekeliling.
Bila dah jadi mcm nih,tiada org lain selain bapa yg disalahkan. Didenda dan dipenjara.
Mereka nampak budak-budak yg kelaparan..tapi mungkin bapa sendiri pun berlapar bersama-sama. Tapi keluar bekerja utk mendapat upah waktu petang dan membeli makanan utk dimakan bersama-sama diwaktu mlm.

yaNa said...

syukur dengan nikmat yg Allah swt beri..
apa2 yg jadi kenangan menjadi ikhtibar dlm hidup kita.. ;)

Iirakuu Miiraii said...

i stuju ngn pendpt u. in fact, i was thinking of the same thing. dia xnk anak2 dia cedera etc kalo dibiar berlegar dlm rumah...

aD said...

kan uols.. kengkadang tajuk kat paper tu je melebih-lebih. cerita sebenar takde apa pun..

p/s: must think outside the box

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...