KENGKAWAN

Wednesday, December 21, 2011

Kelakar gila kot

As expected, team regu kami kalah dengan bergaya.. wohooo.

Dua hari sebelum game, Nana beli baju T-shirt Yonex kaler biru untuk pakai masa tournament. Aku pung beli selai gak. Konon biar matching from top to toe. Baru boleh fefeeling pemain negara kan?. Dari segi gaya, kitaorang memang hebat. Tapi besar gila kot baju tu. Dah serupa pakai selimut gayanya.

Dua jam sebelum start game, aku baru nak baca tengang basic rules main badminton. Panik jugak lah. Tambah haru bila Nana, orang kuat yang aku harap untuk backup aku ponnnn tataw tentang rules game nih. Masaakkkkkkk.

Dua minit sebelum game start:

Referee: Sejuknya tangan? (masa salam dengan aku)

Lambung syiling. Pihak lawan pilih untuk start servis. Kami dapat pilih gelanggang.

Referee: Awak nak pilih sebelah mana?
Aku: (sambil pandang court kiri kanan) Err.. memana pun boleh
Referee: Pilih lah.
Aku: (sambil memalu) Er.. saya tak kisah memana pun.
Referee: PILIH
Aku dengan Nana serentak: Err belah sini lah.. sini.

Memang macam gamps! Boleh la pulak taim tu nak memalu. Sewel. Nervous dowh. Team lawan masuk court dengan confident. Team aku masuk court tunduk kepala sambil seret raket. Aku dah sah-sah lah nervous tak ingat. Nana yang dari tadi duk menyanyi-nyanyi hepi terus senyap sunyi.

Ref suruh warm up. Aku main pass shuttle dengan Nana. Yang buat aku cuak tu, Setiap kali aku pass bola, Nana tak boleh sambut. Ahhh sudahh. Naper dia ni? Dah berjangkit nervous dengan aku ke?

Masa game start, aku dah boleh overcome aku punya nervous. Nih satu dari advantadge yang aku ada. Kalau aku terlalu pressure, hati rasa berdebar segala, otak aku akan take over. So, badan aku akan lebih relaks dan adapt dengan situation. Tak sangka selepas lebih 10 tahun tak pegang raket, aku masih mampu pukul bola dengan bergaya (cewaaahh). At least takde lah bersepah pukulan aku kan..

Nana pulak, memang kesian. Dia still fight dengan perasaan nevous. Sampai tak boleh bergerak nak sambut bola. Banyak kali la aku tengok dia berdiri tegak peratikan bolah jatuh depan dia.. tsskk. Tu tak masuk part dia pukul bola kena referee, pastu kena penonton kiri dan kanan gelanggang.. haish. Pukul bola tak kena pun jangan cakap lah. Sentiasa kot.

Penonton siap sound "Raket bocor ke dik?" Malu beb. Malu.

Tapi setiap kali Nana buat silap, aku tepuk bahu dia.

"Rileks Nana. Good job"
"We can do it"
"Belasah je. Hentammm"

Padahalll muka aku dah tebal 40 inci kot. Ramai ok orang yang tengok game kami. Nak cover malu, aku angkat tangan kat penonton. "Rilek beb, rilek". Pastu buat tanda "Good" tunjuk ibu jari. Motifff??? Muka pulak tersengeh je macam kerang busuk.

Muka lawan kitaorang pulak stress manjang. Maybe derang rasa IQ badminton derang turun 10 point bila terpaksa berdepan dengan pemain macam kami.. huahuahua. Tapi dekat nak last-last game, derang memang sporting. Derang bagi bola lambung je. Supaya kami senang nak smash. Tapi ada aku smash? Nan hado. Aku tak reti laaa camner nak smash. Penonton siap jerit-jeri suruh smash. Nak aje aku berenti main kejap tanya camner caranya.. kahhh kahh.

Ada sekali tu masa pihak lawan tak dapat sambut servis aku, Nana siap lompat-lompat hepi. Siap berhenti kejap bagi hi-5 kat aku. Lawak ok. Apa ingat lawan bola jaring ke apa?

Paling tak boleh tahan, bila referee dengan penonton guide kami bab siapa nak bagi servis. Kekejap aku kang pandang referee. "Saya ke? Bukan? Ooo Nana amik servis? Ok, ok". Serabut aku. Penonton yang dari mula tadi pelik tengok kitaorang main jadi enjoy pulak. Siap sokong kitaorang walaupun tau kitaorang memang akan kalah. Setiap kali kitaorang dapat point, derang punya sorak kuat gila ok. Kalau pihak lawan dapat point semua senyapp je..

Game nih just satu set je. Kalah mati. Kitaorang kalah dengan point 21-7. Ok la kan.. aku bajet kitaorang dapat satu point je.. huhuhu.

Bila dah salam-salam semua, kitaorang siap posing-posing dalam court. pastu. Orang lain semua ingat kami yang menang sebab dapat sorakkan yang paling kuat. Pastu muka hepi sentiasa. Pihak lawan yang menang pulak muka stress. Haha, mau derang tak stress lawan dengan beginner macam kitaorang.

Apa pun, its a good game lah. Malu tu memang lah. Tapi enjoy yang lebih. Dapat ramai kawan. Glamer sekejap.. huhuhu.




Team lawan dengan team regu aku (besar gila baju aku kan? walhal size S tu)


Nana duk perati bola jatuh depan dia


Me in action




5 comments:

Mrs weck said...

Sumpahhhh aku tak berenti gelak sampai supervisa aku siap ckp aku tgh tgk video maharajalawak mega kat pc. Cam hareemmmm..siyes ko mmg zero dowh! kah..kah..kah.. gile ahh..muke nak kaber ayu..ceittt..panjat gunung berganang ganang..badminton bukak buku..wahh..hebat...hebatt...drama queen ye! kelasss ko mariaaaa!!!!

Mrs weck said...

bapak mertua aku kalau tgk ko main agaknya pengsan migrain agaknye..apatah lg aku..muka biru menahan malu dek kerana ko ngan kawan ko..sama2 kayu! miahahahahaha..prektis le dulu sebelum tu. Dak fazi kan pandai..krkrkrkr...

Qaseh said...

Kalah tu adat permainan...tapi tak pe yg penting enjoy the game.

Aku pun dah lama tak main badminton. jom kita together dgn family masing-masing berentap nak...hu huuu,

mrs puex said...

ha'ahh..same la..k.ayang pon bace smbil thn napas nk gelak..kang org tgk gile hape dok gelak2 dpn pc..kikikii...

aD..u mmg ohhsemmm....

NONIE ROSSI AZIZ said...

hahaha...bab gaya tu akak suka...main ke laut belakang kira!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...