Tuesday, December 06, 2011

Makeupfreak Bridal Boutique

Kepenatan melanda Mrs Outdoorfreak sekarang ni.

Haih. Pening kepala memikirkan baju yang dah bertimbun menunggu untuk dibasuh kat rumah. Gamaknya malam nih kena buat overtime basuh baju. Tak boleh tunggu wiken sebab every wiken juga adalah hari bekerja untuk aku. Nak buat guano, nak cepat kayo gini la caranya.. huahuahua.

Aku tahu proses nak set-up sebuah butik adalah sangat-sangat memenatkan. Never thot it will be this PENAT. Memacam mender nak kena consider. Bajet pun bukan seciput. Rasa lajuuu je duit keluar:

Buat renovation, deco
Beli pelamin
Beli Baju
Etc

Pasal baju pun satu hal. Aku nih jenis pentingkan qualiti. Aku tanak lah main rembat baju pengantin borong yang ada kat pasaran. Tak nak lah design baju aku sama je macam butik lain. Aku sukakan kelainan. Baru ada kelebihan. Buat masa nih aku memang berhabis duit kat baju sebab semua baju dalam koleksi Makeupfreak Boutique direka oleh designer terkenal. Designer ni banyak ambil job untuk design baju artis. Nanti aku reveal nama designer nih. Dan aku juga akan upload semua gambar baju yang aku ada kat Makeupfreak's website. Oh, yang nih juga satu hal. Kena cari model untuk gaya kan semua baju ni. Siapa nak volunteer jadi model aku? Kalau aku buat offer macam ni kat Facebook Makeupfreak, sure penuh inbox aku dengan resume. Anw, pada yang berminat, syarat penyertaan adalah:

Ketinggian melebihi 160cm
Bentuk badan yang menarik
Mempunyai wajah yang bersih dan senyuman yang menarik

Penyertaan juga dibuka kepada model lelaki ya. Cuma aku nak tekankan kat sini, photoshoot akan dibuat pada tarikh yang akan ditentukan oleh pihak Makeupfreak dan tiada bayaran akan diberi kepada para model. Tapi uols akan dapat free satu cd gambar untuk dijadikan portfolio dan pengalaman modeling :)

Dan ohh, Makeupfreak tengah buat promotion gila babas khas untuk 3 pasangan pengantin tahun 2012 untuk mendapatkan Pelamin Persandingan Exclusive dengan harga RM799!! Penjimatan sebanyak 55% dari harga asal. Berminat? Sila klik sini www.makeupfreak.net

p/s: I was thinking of designing one wedding dress ala Bella Swan macam dalam filem Twilight - Breaking Dawn. Serious GRAND!!!. Siapa berminat untuk pakai? *wink*



3 comments:

WNA said...

haha model tu mmg da kena tolak tepi jauh2 memang tak cukup tinggi :P

pelamin? tempting. hehehe. butik kak ad kt Melaka kan so open pasangan pengantin kat Melaka la ek?

Angah said...

tahniah in advanced!!

nak suggest sikit ni..it would be very awsome kalau aD boleh cater baju pengantin untuk bakal pengantin yang berbadan besar. Tak semua fesyen baju pengantin sesuai potongannya untuk yang plus size macam kami2 nih. sure lagi ramai yang menjengah nanti :)Most often than not kan..memang nampak cantik bila yg kurus pakai tapi bila try the same fesyen kat kami..aduhai...hazabbb

*boleh la angah plak feeling2 jadi model pengantin plus size..mode perasan activated hahaha*

mim said...

ada lg ke offer model ni? i mmg based di melaka