KENGKAWAN

Tuesday, December 27, 2011

Sweet love of mine

Perkembangan Amarr.

Amarr dah pandai berjalan! Dah dekat sebulan jugak. Comel je tengok dia jalan kedek-kedek. Masa sambut birthday dia kat hospital aritu, dia just boleh jalan dalam 5 ke 10 langkah. Sekarang dah laju. Tapi kalau lantai tak rata atau ada halangan, dia jatuh juga lah.

Memanjat toksah cerita lah kan. Meja, sofa, dinding. Asalkan boleh je. Pastu taim turun, kaki tersangkut lah, kepala turun dulu la, etc. Lasak. Apa yang abang dia buat, semua dia nak ikut. Bab teamwork memang kuat. Sesama berganding bahu dengan abang dia buat keje: Melambakkan semua koleksi buku/magazine aku & Mamoru atas lantai. Bina gunung dari longgokkan baju yang nak dilipat, cabut semua kusyen kat sofa untuk dibuat tempat melompat-lompat.. haihhhhhh. Nasib baik aku blok jalan antara ruang tamu ke dapur. Kalau tak, mau pinggan mangkuk aku derang buat boomerang.

Amarr dah ada 5 batang gigi. Tiga kat atas, dua kat bawah. Gigi atas (sebelah kanan) yang tumbuh dulu, lepas dedua gigi atas tumbuh baru gigi bawah pulak.

Paling comel bila Amarr dah pandai bercakap. Ayat yang dia suka guna:

"Nak".. cakap sambil hulur tangan mintak sesuatu.
"Nanak".. sambil geleng-geleng kepala
"Daddy".. anak-anak aku dari Ariff sampai ke Amarr, semua pandai cakap "Daddy" dulu.

Suka gila incik Mamoru. Siap berlagak cakap Ariff & Amarr sayang daddy derang lebih dari mummy.. haha.

Haih. Kejap je anak-anak aku dah besar :)




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...