KENGKAWAN

Friday, December 30, 2011

There goes 2011

Semalam last episod drama Tentang Dhia. Dah sebulan aku tak tengok cerita ni sebab tv rosak. Tau-tau je dah final. Tu pun baca kat internet. Bila dengar ending cerita ni tak best, aku takde lah rasa rugi tak bila tak dapat tengok. Aku memang nyampah tengok cerita ending sedih-sedih.

Memula aku tengok drama ni dua bulan lepas, aku rasa best. Sebab heroin dia pakai tudung. Ada unsur-unsur keagamaan yang kuat. Tapi bila masuk pertengahan episod, aku dah malas nak tengok. Ntahapehaper jalan cerita dia. Tetiba boleh masuk unsur syirik pulak. Ada hantu, bomoh, santau, histeria, etc. Pastu boleh lah pulak ada ilmu nak buat orang benci.. ilmu nak buat orang jatuh cinta. Apa daa mengarut.

Kalau betul wujud ilmu buat orang benci atau jatuh cinta kat seseorang, dah lama aku buat Robert Pattinson (Edward Cullen - Twilight) jatuh cinta kat aku tau.

Atau kalau ilmu santau ni bebetul ada, kenapa takde orang santau George Bush yang dah banyak buat onar kat umat Islam?.

Tolong lah.. tolong kurangkan adegan syirik dalam cerita romentik macam ni. Kalau nak letak jugak adegan syirik tu, pilih la tajuk cerita "Tentang Hantu" ke.. "Tentang Makhluk Halus" ke.. baru logik.




**********************



Lusa dah masuk tahun baru 2012.

Azam baru? Takde kot. Aku dah dapat semua yang aku nak:

Keluarga yang bahagia
Rumah
Kereta
Kerja tetap
Bisness

Alhamdullilah. Syukur atas rezeki yang diberikan.

Cuma pasnih, nak jaga solat. Tamau ada yang tertinggal... huhu.




p/s: Selamat meyambut tahun 2012... dan selamat tinggal 2011 yang penuh kenangan.







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...