KENGKAWAN

Thursday, January 26, 2012

Love you more than I can say

Last week bebetul mencabar aku emotionally.


Start dari:-


Call/sms berbaur seks dari unknown caller. Bukan sorang dua. Ada lah dekat 10 orang. Turn out, derang bukanlah dapat contact no aku dari website Makeupfreak, tapi dari paper Metro. Kan aritu aku makeup artis Metrowealth untuk paper Kosmo Ahad, Kosmo daily, Pancaindera, Harian Metro & Metro Ahad. Kat paper tu ada tulis nama aku as Makeupfreak makeup artist. Kat situ lah dia dapat contact aku. Harunnn betul. Aku tau pasal ni pun lepas berbalas sms dengan salah seorang dari unknown caller nih.


SMS Unknown caller: Hi boleh berkenalan.
Aku punya SMS: Ko ni laki ke pompuan? Kalau pompuan ok. Gua jantan beb. Geli aku kalau ko ni jantan. Agak-agak la kalau nak "hai-hai" derr
SMS Unknown caller: Lelaki ke? Sory bro. Nama Diana, ingatkan perempuan.
Aku punya SMS: Mana ko dapat no ni bro?
SMS Unknown caller: Ada kat paper
Aku punya SMS: Paper mana bro? bila? Saper pulak bahan aku ni
SMS Unknown caller: Paper Metro. Sory bro, aku tak tahu.


Kih kih kih. Padan muka. Thanks to my Mamoru sebab ajar cemana style orang lelaki bagi sms.. huhuhu.


Aku try nak kumpul gambar-gambar artist yang aku makeup kat paper. Esp yang ada credit nama Makeupfreak. Tapi selalu miss arr. Dapat tahu pun dari orang lain.. tsskk. Takper lah. Janji orang kenal Makeupfreak sudah. Kekalau ada yang sudi scan kan paper-paper tu dan email kat aku, kecik tapak tangan, TV plasma 43 inci aku tadahkan (nak jugakk inform dah beli tv baru hihihi).


Second, tentang Caller A & Caller B dalam ofis aku.


Keje aku kat opis tu memerlukan aku bergaul baik dengan semua orang. Tapi bila orang dah berkali-kali buat taik kat kau, takkan nak buat tak reti aje kan. Aku pun manusia gak. Tahap kesabaran aku bukannya infiniti. Nak bertegur sapa macam biasa memang jangan harap lah. Dengan Caller A, aku memang tak tegur langsung. No big deal. Keje aku tak memerlukan aku liase dengan seketeri macam dia. Kalau ada apa-apa, aku jumpa boss terus.


Caller B pulak, aku bercakap pun atas dasar keje. Lelebih, sorry. Dia dah letak diri dia kat tapak kaki aku. Bukan aku yang letak dia kat situ. So, fullstop.


Sebelum cuti CNY aritu, aku prepare warning memo untuk 'the so-called committee' yang tak attend dept meeting. Memula tu aku nak hantar letter to show cause. Tapi since boss cakap this is their first mistake, kena kasi can. Fine. Kasi can.


Tadi baru dapat info dari boss, makhluk-makhluk ni request kat boss nak transfer dept lain. Bagus lah. Lagi cepat lagi baik. This dept is better off without them. Tu lah, buat taik lagi. Kan dah panas bontot. Perangai kalau camtu, pegi mana pun confirm orang benci. Muka kalau tak cantik tapi hati baik, orang boleh terima. Nih, muka dah lah tak cantik, perangai pulak macam gamps. Kau ingat ada orang nak terima ke?


Third. Tentang Mamoru. I had a fight with him last week. And it was ugly.


Last week, Mamoru memang tetiap malam balik lambat. Reason, nak settlekan keje, nak siapkan tender. Maybe wrong timing kot. Aku pulak stress dengan ofis, stress dengan bloody phone sex caller. Nak off henpon, tak boleh sebab macam mana client aku nak contact aku nanti. Setiap kali nak pick up call, aku jadi stress.
Memang salah aku pun. Aku asyik fikir pasal mender remeh-temeh sampai mender wajib yang patut aku ambil berat, aku abaikan. Tambah buat aku rasa bersalah, bila semalam Mamoru down sebab the stupid company tak nak release dia punya last pay cheque. Baru aku tahu reason Mamoru kosentret buat keje sebab dia nak make sure the company bayar gaji dia since bulan nih bulan last dia kat company tu. Padahal baru minggu lepas Mamoru dengan hepinya bagi tau aku tentang dia berjaya dapatkan tender baru untuk company tu. Tak kenang budi langsung la company tu. Tak appreciate staff. No wonder lah tak banyak company melayu yang maju kat melesia ni - -



Dear Mamoru,


I'm sorry, I love you. This is for you :

I don't want to go another day
So I'm telling you exactly what is on my mind
Seems like everybody is breaking up
Throwing their love away
I know I got a good thing right here
That's why I say

Nobody's going to love me better
I must stick with you forever
Nobody's going to take me higher
I must stick with you
You know how to appreciate me
I must stick with you my baby
Nobody ever made me feel this way
I must stick with you
I don't want to go another day
So I'm telling you exactly what is on my mind
See the way we ride
In our privated lives
Ain't nobody getting in between
I want you to know that you're the only one for me
And I say

Nobody's going to love me better
I must stick with you forever
Nobody's going to take me higher
I must stick with you
You know how to appreciate me
I must stick with you my baby
Nobody ever made me feel this way
I must stick with you

And now
Ain't nothing else I can need
And now
I'm singing 'cause you're so, so into me
I got you
We'll be making love endlessly
I'm with you
Baby, you're with me

So don't you worry about
People hanging around
They ain't bringing us down
I know you and you know me
And that's all that counts
So don't you worry about
People hanging around
They ain't bringing us down
I know you and you know me
And that's, that's why I say


p/s: Next month, Mamoru start keje kat tempat baru.




Thursday, January 19, 2012

Kesabaranku teruji lagi

Lanjutan dari entry semalam...

Pagi tadi keluar rumah, aku dah prepare mentally untuk apa yang bakal jadi hari ni. Kata orang "expect for the worst".

Ok.

But. I'm wrong, totally. This is not worst. Its DISASTER.

Sekali lagi kesabaran aku teruji. Ya Allah, kurniakan lah kesabaran dalam diri ini. Istighfar. Istighfar.

Pagi tadi, ada dept meeting. Semua attend kecuali 'the so-called committee'. Sangat tak professional cara derang ni. Kalau memasing pangkat boss, takper lah. Ni jawatan entry level tapi nak tunjuk rebel macam orang dah kaya. Kena buang keje kang baru tahu langit tinggi rendah.

Puncanya? Pasal derang tak setuju bila 'committee' kena tanggung kos extra dari barang yang dibeli. Pandai pulak nak bangkang. Tapi taim buat pembelian dulu, tak nak beringat. Tak nak consult dengan orang. Buat keputusan macamkan ada share dalam kompeni. Bila dah jadi macam ni, taknak pulak take the responsibility.

Sepatutnya, kalau derang berpelajaran.... Oh silap, derang semua memang berpelajaran. Kalau tak, camne boleh keje sini kan?

Tukar sikit ayat:

Sepatutnya, kalau derang berfikir guna otak, derang akan ikut suggestion aku masuk bilik meeting. Discuss reramai satu dept. Apa-apa yang tak setuju, boleh suarakan. Cari penyelesaian. Ini, dah lah meeting tanak masuk. Pastu korek-korek cerita dari orang lain tentang apa yang dibincangkan dalam meeting. Buat pulak assumtion yang bukan-bukan. Pastu menyalak sesama sendiri. Tak ke bodoh namanya tu? Perangai macam haramm. Bikin semua orang menyampah.

Lepas meeting:

Caller A: Diana apa u bincang masa meeting tadi hah?!
Aku : Part mana?
Caller A: U jangan buat bodoh lah.
Aku : (Diam. Tengah kontrol diri dari maki perempuan tua ni)
Caller A : Boss nak jumpa u (letak telefon)

Dalam bilik bos:

Boss: Apa isu sebenarnya ni.
Aku: Bla bla bla (explain tentang apa yang dibincangkan dalam meeting)
Boss: Invoice tak dapat lagi? A, patut u selesaikan perkara ni dari dulu. Kenapa jadi macam ni?! (bercakap dengan Kakak A dengan nada marah)
Kakak A: Errr.. (tak terjawab) Eh, Diana, u tak buat keje ke? Kenapa u tak follow up minta invoice (tetiba tuduh aku. nak putar alam la tu)
Aku: Kak A, saya ada proof yang saya ada buat follow up.
Kakak A: Kalau u follow up, kenapa sampai sekarang tak dapat invoice.

$%#&

Hanjjj lah. Mendidih darah aku bila kena accused macam tu. Depan Boss ok!

My boss bukan jenis suka dengar excuse. So, aku pegi depan pc, search balik semua email / communication yang aku dah buat dengan supplier pastu compile dan hantar pada semua boss-boss aku dan cc pada Kakak A.

Biar padan muka dia!

I dont care anymore. If a war she wants then a war she'll get. Pasnih memang aku lawan habis-habisan. Dulu ada staff melawan dia tapi kena transfer. If I were to be tranferred after this, I dont give a damn anymore. Lagi aku suka adalah. Tukar dept adalah seribu kali ganda baik daripada aku menghadap orang yang berhatikan syaitan kat dept tu. Suka hati kau lah, perempuan. Bukan kau yang tentukan rezeki aku.

p/s: Kakak A hanyalah seorang seketeri. Tapi disebabkan dia dah berpuluh tahun kerja dengan kompeni ni, dia adalah sangat berkuasa dan banyak contact. Even Boss pun tak berani tegur dia. Sebenarnya, lebih 10 staff kat sini either kena transfer / resign disebabkan dia. Banyak periuk nasi orang kena tabur pasir disebabkan dia. Buat report pasal dia pun tak guna, cause she can easily get away from it. Semua staff kat sini dah pasrah (including me). Bak kata kawan aku, kita berdoa aje lah. Doa orang teraniaya ni selalunya dimakbulkan Tuhan.

Mark my word, kalau ada 10 orang macam Kakak A keje kat sini, hancurlah kompeni ni.

Dont damn me when I speak a piece of my mind
'Cause silence isnt golden, when I'm holding it inside
I've been what I've been and Ive seen what I've seen
I put the pen to the paper 'cause its all apart of me
..........................GnR....................................

Wednesday, January 18, 2012

Dasarrr!!

Situation 1:

Caller A: Diana, I tak puas hati dengan u. Kenapa u bagi muka orang kat cina tu siap tolong dia orang decorate department (sempena sambutan CNY). Raya Puasa hari tu tak ada pulak u decorate untuk Hari Raya.
Aku: Kak A, tahun lepas dept kita nih tak buat apa-apa celebration untuk memana perayaan pun. CNY takde, Raya Puasa pun takde. So tahun baru nih, kita start buat semula lah. Baru adil.
Caller A: No no. Akak still tak puas hati dengan u (sambil letak phone-putuskan talian)

WTH?? Apa masalah dia nih? Salah ke aku bagi kebebasan untuk bebudak kat department decorate ofis sempena CNY? Tak guna duit department sesen pon. Semua buat decoration guna barang sedia ada dan mengikut kreativiti sendiri. Dan derang bukannya cat dinding ofis jadi merah. Derang just gantung tanglung, tampal sarung angpau, etc je. Kau dah kenapa Kak?



Situation 2:

Caller B: Kenapa committee nak kena bear kos beg pulak? Akak tak setuju. Akak tanak bayar. Bla bla bla bla... (aku tak ingat apa dia mengamuk sangat tadi)
Aku: Dah committee yang pepandai buat decision. Kena lah tanggung consequences. Ni salah satu solution yang IR bagi untuk selesaikan kes ni.
Caller B: NO, akak tak nak! Better u discuss dengan committee dulu. Dia orang semua pun tak setuju nak bayar. Bla bla bla... (gila banyak membebel dia ni. Tak nak dengar cakap lak tu)
Aku: Akak B, esok ada dept meeting. Kalau committee or sesiapa saja rasa nak ubah keputusan tu, suarakan je dalam meeting nanti.
Caller B: U faham tak, Akak tak masuk ofis esok. Better u discuss dengan committee dulu. Bla bla bla bla...
Aku: Committee lain kan ada, suruh lah dia orang suarakan dalam meeting esok.
Caller B: U faham tak akak takde kat ofis esok! (terus matikan talian)

F*ck. Kan aku dah mencarut. Kau suka suki membebel kat telinga aku, pastu bila aku nak balas, kau letak phone pulak kan.

Yang aku tak paham tu, tadi beria cakap committee lain tak setuju. Suruh je lah committee lain wakilkan kau cakap tak setuju ke haper dalam meeting esok. Susah ke?

Lagi satu, Committee apa yang kau cuba cakapkan nih???? Didnt you realize that the "COMMITTEE" that you've been talking about is not existed. Kau lupa ke committee yang pernah wujud dulu sebenarnya "TAK SAH!!!" So, apa-apa decision, kena ikut suara majoriti dalam dept. Bukannya kena ikut pandangan comittee illegal tu. Paham?

Dasar makan megi mee banyak sangat. Padan lah duk lupa manjang!

Nih kali kedua aku hangin dengan Kakak B. First time dulu pun dia cari pasal thru phone juga:

Caller B: Diana kenapa u cuti hari ni? Kan akak dah cakap kat u semalam, kita nak buka akaun Staff Fund hari ni.
Aku: Laa, kan semalam akak juga yang cakap nak tukar nama saya kepada nama Kakak A untuk buka akaun dept.
Caller B: No, tak jadi. Akak decide guna nama u dengan nama boss je.
Aku: Tak inform saya pun.
Caller B: Lagi satu, kenapa awak bagi Suzy pegang duit department? (Dah tau salah, dia tukar topik pulak)
Aku: Kan saya cuti hari ni, saya pass pada dia semalam sebab semua committee takde. Tinggal dia sorang je dalam ofis. Kalau saya tak bagi dia, macam mana akak nak buka akaun hari ni. Lagipun Suzy kan one of the committee juga.
Caller B: Sekarang duit ni ada kat akak. U pulak tak datang ofis. Mana akak nak letak duit ni? Akak tanak pegang. Akak nak letak duit ni atas meja u. Kalau hilang, akak tak nak bertanggungjawab!
Aku: Akak letak je lah dalam drawer saya. Kunci akak simpan. Saya kan tengah cuti ni
Caller B: No, akak letak atas meja je. (Apa kes? Sajer kan nak cari pasal)
Aku: Susah sangat, akak pass duit tu pada Suriya. Saya percayakan dia. Dia boleh tolong simpankan
Caller B: NO! U as committee, u yang kena simpan duit nih. Suriya bukan committee. Committee je yang boleh pegang duit ni! (terus letak telefon)

Sesikit letak phone. Sesikit letak phone.

Sakit jiwa beb layan orang macam ni. Apa masalah dia nih hah? Nampak sangat dia saja nak cari pasal dan saja nak kenakan aku kan?

Ayat last tu memang nampakkkkk sangat dia nak cari pasal dengan aku. Kata dia committee je yang boleh pengang duit staff fund. Hello, kat dalam dept tu ada 8 orang committee termasuk aku. Lapan orang ok. Kalau niat dia baik, dia akan suruh committee lain simpankan intead of call aku pastu saja cari pasal.

Aku siap call sorang colleague aku yang lain minta tolong tengokkan dan simpankan kekalau ada duit staff fund yang Kakak B letak atas meja aku. Memang gamps la!

Sakit jiwa bila dapat colleague melayu yang sangatttt suka menjatuhkan sesama melayu.




Tuesday, January 17, 2012

Stupid horny man

My day was brilliant today until I received a few unwanted call and sms from this stupid horny man.

Bencinya!

Wait till I tell Mamoru about this!

I know, my phone number is all over the internet. But I couldnt help that 'cause its for my Makeupfreak's business. I do my marketing via internet.

This things really caught me off guard. I really freak out when he said "Baby, Im horny.. u're so beautifull bla bla".. I cant remember the rest of it. I cut the line after I heard his heavy horny breathing!

And then his sms "Saya peminat Diana. Saya jadi terasa terlalu ghairah bila tengok Diana. Saya minta maaf kalau pengakuan saya ni buat Diana jadi tak selesa"

Damn! Who is this guy?????????????

How the hell he know my name is "Diana?". Most people call me 'aD'. If he got my number from Facebook or my Makeupfreak website, he will address me as Adlyana (my full name). Only people close to me call me Diana. Or yeah, my colleagues also call me Diana too.

God, who is this guy?!!

I dont know whether this is the right to do. But I dont care. As much as I dont like he frightened me with his calls, I hope as a return he will receive a lots of threatening call from other people. This is his number:013-6361820. Do whatever u want.



Monday, January 16, 2012

Progresive rumah baru

Last week ada job kat Melaka. Singgah jab tengok progresive rumah yang kami beli aritu. Whoa.. tak sangka laju betul. Dah siap uols. Tiles dalam rumah dah complete. Tiles kat porch pun tinggal sikit lagi nak siap. Impress. Impress.





Pose depan rumah. Ours, yang hujung sekali tu.





View rumah kami dari depan





View dari tepi. Aku still takde idea nak decorate camne tanah lapang ni. Yang pasti, nak bubuh satu gazebo letak kat sudut depan rumah.



Pose kat bahagian tengah rumah :)



Pose kat dining area berdekatan dapur. Aku dah ada idea untuk renovate dapur. Aku nak konsep open kitchen. Nak buat island :)



Separuh dari tiles kat porch yang belum siap sepenuhnya. Tiles porch dan dalam rumah aku dah upgrade (Kos untuk tiles sahajor dah RM10 ribu tsskk). Untuk dalam rumah, aku pilih polished tiles saiz 24' x 24'. Untuk porch, 2 ft x 1 ft tiles. Warna tiles memang saja pilih warna cerah. Biar rumah nampak bersih dan luassss. Dalam bilik air pulak, aku upgrade tiles tinggi sampai ke bumbung.. huhuhu.



Macam ni la porch kami bila dah siap nanti. Aku amik gambar kat rumah contoh :)




Me at living area.



View keseluruhan dari depan.



Layour kawasan perumahan. Unit rumah kami B37. Kaler pink tu rumah banglo. Ada 2 unit je. Aritu masa aku nak beli, dedua rumah banglo ni dah ada orang booked. So, aku redha je lah dengan Semi-D. Bila loan dah lulus, baru aku dapat tau salah satu unit banglo tu available pulak sebab loan pembeli banglo tu tak lepas. Haihh.. melepas aku tau. Geremm je. Tapi takperlah. Saiz rumah + tanah yang kami beli pun (6555 sq ft) dah sama besar dengan saiz rumah + tanah unit banglo (kes pujuk atiii).




Puan aD, sila bersyukur dengan apa yang ada.




Pasnih just tunggu developer siapkan jalan depan rumah dan kerja-kerja pembersihan. Tak sabarnya nak renovate rumah pulak pasnih :)







Friday, January 13, 2012

Ahlan wa sahlan

As promised, hakak upload gambar hakak transform jadi penggembala unta. Sila gelak sambil guling-guling.

Ramai tanya kenapa aku pilih untuk dress up ala-ala pak sheikh. Walhal, aku adalah seorang yang lembut dan lebih ke arah keperempuanan.

Nih last minit ok. Aku cadang nak pakai jubah kelawar kaler merah tapi takde headwear yang sama kaler dengan baju. So, aku sentap. Nak keluar duit semata untuk bergaya di annual dinner adalah bukan cara aku. Dari habis ratus-ratus kat outfit, better simpan duit tu dalam akaun anak aku. Ada pekdah.

So, aku jawab; sebab nak jimattttt. Baju, aku rembat baju Mamoru (boss dia hadiah dari Mekah. Aku jahit kasi pendek sikit.. huhu). Turban, aku guna pashmina. Solekan, aku just lukis guna celak sahajorr. Tiada sesen duit yang perlu dikeluarkan.

Menariknya masa dinner ni, ramai gila yang tarik aku ajak bergambar.. esp yang pompuan lah. Siap suruh hakak buat pose gedik gatal kat derang.. haishh, akak bukan pengkid dik nonn.


Hakak dikelilingi jelitawan dari Maybankstan


Pose kat khemah badwi


Dan lagik..


Hakak cakap kat kawan hakak ni.. "Kita nih macam Akhil Hayy dengan Waheeda kan? Kebetulan nama kawan akak yang ni pun Wahidah. Gelak guling-guling kawan hakak ni :)


Gambar full body. Jubah tu hakak sarung je. Kat dalam still kemeja keje dengan seluar. Tak sampai 5 minit dah siap pakai costume ni. Kengkawan hakak yang lain.. fuhhh 4 jam amik masa nak buat rambut + makeup + dress up.. hihihi. Penat teman derang ni tau.. hihi


Pose sebelum kena grab oleh emcee yang interview akak malam tu. Satu dewan (1700 orang) tengok muka hakak kat skrin. Nasib baik derang susah nak cam hakak. Kalau tak, memang kecok satu bangunan opis.

p/s: Akak suka gila Amy Search nyanyi lagu 'Kerja Gila' malam tu! Tetiba akak jadi pengembala unta yang Rockkkk-uuuuuuu! Matilah lari tema.



Thursday, January 12, 2012

Annual Dinner Costume


Dah dekat pukul 1.00 pagi by time aku start tulis entry ni. Dah tengah malam buta ok.

Mata dah mengantuk gila ni. Tapi otak tengah risau. Esok ada annual dinner. Theme Arabian. Kalau tak kenangkan aku committee dinner, memang aku malassssss nak attend. Koser lah nak dress up ikut theme-theme ni. Nak pulak kompeni punya dinner. Halaaaa tak suka. Tak suka.

Tahun lepas, tema bollywood. Aku pregnant taim tu. So, memang ada excuse terbaik untuk tanak ikut tema. Tapi, member ofis aku siap bawak baju punjabi suruh aku pakai. Memuat lak perut aku yang macam belon taim tu. Dah orang sesusah payah bawakkan, aku pakai je lah.

Tahun ni, memember kat ofis semua dah siap sewa baju segala. Yang beli baju khas untuk dipakai taim dinner pun ada.

Aku? Seperti selalu -Nan hadoo prepare apa-apa. Aku rasa cam tak sesuai je tema Arabian dengan diri aku. Aku ni sempoi je. Nak pakai baju ala-ala belly dancers or geanie in the bottle, memang idak la kan. Aku bajet nak pakai baju jubah yang sedia ada dalam lemari.

Tapi.. tssskkk.. Aku takde matching headwear untuk dipakai dengan baju tu. Nak pakai tudung or selendang biasa, boleh jer. Tapi kang kesian kat memember ofis aku. Derang beria suruh aku pakai ikut tema. Kang kecik ati pulak. Haih.

Pikir punya pikir. Selongkar punya selongkar, aku jumpa jubah Mamoru. Aku try matchingkan dengan headwear yang aku create dari 2 helai pashmina. Macam cunn je. Pastu aku try lak mekapkan diri sikit. Fuhhhh.. ok gak ni.

Lepas siap-siap solek semua, aku keluar kejutkan Mamoru suruh dia komen. Terkejut badak Mamoru tengok aku tau. Ada ke dia kata dia sedang mengalami nighmares. Cis.

Tapi Mamoru cakap okeh. Lain dari yang lain. Cuma Mamoru pesan bawak tongkat sebagai prop. Baru ada rupa pengembala unta kat tanah arab.. huhuhu.


Nak tau cemana rupa aku? Tengok gambar bawah ni. Harap, boss aku tak sakit jantung tengok costume aku nanti.


Nak tengok full dress, tunggu malam esok. Itupun kalau aku tergamak nak upload kat sini.. tsskk





Tuesday, January 10, 2012

Berdebar

Berdebar ni. Resah gelisah semua ada.

Bulan ni last Mamoru keje kat KL. November aritu, dia dah tender 3 bulan notis. So, next month dia start keje di Melaka. Tinggallah aku jadi weekend wife. Sedih ok. Mamoru siap nak bawa Ariff dan Amarr sekali duduk di Melaka. Oh, no no no no no, aku tak sanggup. Dah lah berjauhan dengan Mamoru, pastu nak kena berjauhan dengan putera-putera comel pulak? Tak sanggup, tak sanggup.

Tak tau lah macam mana life aku tanpa Mamoru nanti. Selama ni, Mamoru lah tukang bangun tetengah malam buat susu. Sok, bila dia tak ada, confirm aku jadi zombie hehari. Tsskk..

Apa pun, aku berdoa yang terbaik untuk family aku. Harap kami dapat menyesuaikan diri dengan situasi baru. Dan paling penting, aku doakan cinta kami terus kukuh demi masa depan kami bersama. InsyaAllah. Semoga Tuhan tabahkan hati kami, kuatkan semangat kami dan panjangkan jodoh kami bersama. Amin ya Rabbal-alamin.

Me & Mamoru

Bulan depan, genap usia perkahwinan kami yang ke- 4 tahun. Sekejap dah empat tahun. Kami mula kenal masa sesama mendaki gunung Kinabalu 6 tahun dulu. Sesama gila masuk hutan. Orang lain berdating, berjumpa kat shopping kompleks pakai baju kemas, wangi-wangi. Kami pulak, berdating dalam hutan dengan pakaian busuk masam, bermandi peluh, mula sememeh tak bermekap bagai.. haha.

Tapi kata orang, kalau nak kenal perangai orang yang sebenar, ajak lah dia masuk hutan dua tiga hari. Kat situ kita akan tau seseorang itu punya 'true color'. Sama ada dia penyabar, pentingkan diri, boleh tolak ansur, rajin or pemalas, etc. Hutan lah tempat terbaik untuk menguji mental dan fizikal. Kalau jumpa kat shopping kompleks, confirm serba serbi kontrollll kan?

Mamoru is a great husband. Alhamdulillah, aku bersyukur diberikan seorang suami yang sangat memahami dan sangat penyayang. Selalu mengalah dengan aku. Kadang-kadang aku terfikir, apa kebaikan yang aku dah buat dalam hidup ini hingga diberikan suami seperti Mamoru. Haha seriyes. My Mamoru mungkin tak ada rupa, tapi dia ada hati yang sangatttttt bersih. Haha, ok, kena up dia lebih sikit. But its true. Mamoru adalah seorang yang sangattt baik. Aku sentiasa harap anak-anak aku mewarisi kebaikan Mamoru.

Ariff

Sangat penat melayan Ariff sekarang. Moody macam mummy dia juga. Kalau mengamuk, memang susah nak pujuk. Again, ikut perangai mummy. Haih.

Dalam usia 2 tahun lebih, Ariff sekarang pandai guna IT gadjet. Be it Ipad, Touch phone, Laptop. Pandai pulak tu buka game, main games, tukar games, tukar level, resume segala. Aku pun tak reti ok. Kagum aku tengok dia main few games tanpa perlu diberitahu macam mana nak mainkan games tu. Dia suka explore sendiri.

Kalau buka laptop pulak, pandai je dia klik kat youtube, buka lagu, pilih lagu kekanak. Pause video, Mute kan suara video tu kalau tetiba keluar bunyi yang menakutkan. Antara video yang Ariff suka tengok kat youtube; ABC or 123 songs, shapes, colors, transportation, mickey mouse club house, barney, animals, etc.

Ariff pandai count One to Ten pun melalui youtube.. haha. Risau juga aku kekalau Ariff terbuka website yang bukan-bukan. Guess Mamoru kena buat firewall or something untuk block web yang tak diingini.

Amarr

Dah ada 6 batang gigi. 4 kat atas, 2 kat bawah. Sangat comel tengok dia tersenyum dengan gigi-gigi baru.. hihi. Semakin lasak pun iya. Kalau dedua budak comel ni lanyak aku, memang kena berusaha larikan diri cecepat. Boleh pengsan woo.

Amarr suka berjalan. Sejak dapat explore penggunaan kaki dia sebulan lepas, dia dah taknak duduk diam. Dukung taknak, pegang tangan pun taknak. Geremm. Kalau berjalan tu, dia nak jalan sendiri. Kalau boleh jalan straight takper, ni, asyik nak ke longkang je perginya. Aritu bawa berjalan ke tasik. Punyalah lapang kawasan tepi tasik, dalam tasik tu jugak dia nak terjun. Haishh. Sama la perangai dia dengan sepupu kembar dia, Adam.

Bab makan aku still was-was. Compare dengan Ariff, Amarr tak memilih sangat makanan. Cuma tu lah, kena kontrol juga sebab Amarr kan alergi dengan makanan tertentu.

Aku tak tahu kan kenapa hati kecil aku rasa sebenarnya Amarr tak ada apa-apa alergi (despite the blood test result). Aku tak tahu. Itu cuma naluri aku. Or maybe aku cuba nak lari dari kenyataan. Apa pun, aku harap dan berdoa supaya semua alergi tu hilang bila umur Amarr meningkat dewasa nanti. InsyaAllah.


Sunday, January 08, 2012

Check Kosmo Ahad (hari ini)

Check paper Kosmo Ahad front page (hari ni). Cover story tentang Mon Ryanti.

Makeup and hair by makeupfreak :)

credit photo: www.kosmo.com.my

www.makeupfreak.net

Thursday, January 05, 2012

Makeupfreak melangkah setapak lagi

Tak sempat nak draf entry untuk semalam.

Akak busy dik non.

Semalam, sekerat hari akak tercongok dekat Utusan. Ada makeup makeover untuk photoshoot Pancaindera & Kosmo. Akak makeup Mon Ryanti & Zul Handyblack (camtu ke eja?). Rebecca Nur Islam pun ada. Derang buat promo untuk filem MIG "Keramat".

Akak dapat tiket free filem Keramat uols (tenkiu Eeqa, PR MIG). Jom pi tengok launch filem Keramat 12 January ni! Dengar cerita dari Zul & Mon, macam best jer!

Owh, incik Mamoru adalah sangat suka tengok Neelofa lenggok-lenggok masa kena interview depan dia semalam. Haipp.

Tapi takper, Mamoru kata, akak lagi chanteks dari Neelofa (hahaha.. akak tau dia tipu). I lap u for your lie hubby.. xoxo.

Ok lah. Hari ni akak ada makeup photoshoot kat NSTP untuk Harian Metro pulak. Bubbye.

p/s: eiyy, gediknya hakakkkk.. koser nyah.

Tuesday, January 03, 2012

HFMD and Amarr

On EL.

At home.

Amarr kena HFMD (Hand Fot & Mouth Disease). Kena isolate. So, tak boleh hantar rumah babysitter. Infection still mild. Hope tak teruk. InsyaAllah. Tamau masuk hospital lagi. Paling penting, harap tak berjangkit kat Ariff.

Semalam sampai nangis-nangis aku bagi dia susu. Yer, aku yang nangis sebab kesian tengok dia susah nak minum/makan sebab ada ulcer dalam mulut. Poor baby.

Esok dan lusa kena cari orang babysit Amarr kat rumah. Aku ada job. Tak boleh escape.

Mummy sory sayang.

Mummy love you.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...