KENGKAWAN

Tuesday, January 10, 2012

Berdebar

Berdebar ni. Resah gelisah semua ada.

Bulan ni last Mamoru keje kat KL. November aritu, dia dah tender 3 bulan notis. So, next month dia start keje di Melaka. Tinggallah aku jadi weekend wife. Sedih ok. Mamoru siap nak bawa Ariff dan Amarr sekali duduk di Melaka. Oh, no no no no no, aku tak sanggup. Dah lah berjauhan dengan Mamoru, pastu nak kena berjauhan dengan putera-putera comel pulak? Tak sanggup, tak sanggup.

Tak tau lah macam mana life aku tanpa Mamoru nanti. Selama ni, Mamoru lah tukang bangun tetengah malam buat susu. Sok, bila dia tak ada, confirm aku jadi zombie hehari. Tsskk..

Apa pun, aku berdoa yang terbaik untuk family aku. Harap kami dapat menyesuaikan diri dengan situasi baru. Dan paling penting, aku doakan cinta kami terus kukuh demi masa depan kami bersama. InsyaAllah. Semoga Tuhan tabahkan hati kami, kuatkan semangat kami dan panjangkan jodoh kami bersama. Amin ya Rabbal-alamin.

Me & Mamoru

Bulan depan, genap usia perkahwinan kami yang ke- 4 tahun. Sekejap dah empat tahun. Kami mula kenal masa sesama mendaki gunung Kinabalu 6 tahun dulu. Sesama gila masuk hutan. Orang lain berdating, berjumpa kat shopping kompleks pakai baju kemas, wangi-wangi. Kami pulak, berdating dalam hutan dengan pakaian busuk masam, bermandi peluh, mula sememeh tak bermekap bagai.. haha.

Tapi kata orang, kalau nak kenal perangai orang yang sebenar, ajak lah dia masuk hutan dua tiga hari. Kat situ kita akan tau seseorang itu punya 'true color'. Sama ada dia penyabar, pentingkan diri, boleh tolak ansur, rajin or pemalas, etc. Hutan lah tempat terbaik untuk menguji mental dan fizikal. Kalau jumpa kat shopping kompleks, confirm serba serbi kontrollll kan?

Mamoru is a great husband. Alhamdulillah, aku bersyukur diberikan seorang suami yang sangat memahami dan sangat penyayang. Selalu mengalah dengan aku. Kadang-kadang aku terfikir, apa kebaikan yang aku dah buat dalam hidup ini hingga diberikan suami seperti Mamoru. Haha seriyes. My Mamoru mungkin tak ada rupa, tapi dia ada hati yang sangatttttt bersih. Haha, ok, kena up dia lebih sikit. But its true. Mamoru adalah seorang yang sangattt baik. Aku sentiasa harap anak-anak aku mewarisi kebaikan Mamoru.

Ariff

Sangat penat melayan Ariff sekarang. Moody macam mummy dia juga. Kalau mengamuk, memang susah nak pujuk. Again, ikut perangai mummy. Haih.

Dalam usia 2 tahun lebih, Ariff sekarang pandai guna IT gadjet. Be it Ipad, Touch phone, Laptop. Pandai pulak tu buka game, main games, tukar games, tukar level, resume segala. Aku pun tak reti ok. Kagum aku tengok dia main few games tanpa perlu diberitahu macam mana nak mainkan games tu. Dia suka explore sendiri.

Kalau buka laptop pulak, pandai je dia klik kat youtube, buka lagu, pilih lagu kekanak. Pause video, Mute kan suara video tu kalau tetiba keluar bunyi yang menakutkan. Antara video yang Ariff suka tengok kat youtube; ABC or 123 songs, shapes, colors, transportation, mickey mouse club house, barney, animals, etc.

Ariff pandai count One to Ten pun melalui youtube.. haha. Risau juga aku kekalau Ariff terbuka website yang bukan-bukan. Guess Mamoru kena buat firewall or something untuk block web yang tak diingini.

Amarr

Dah ada 6 batang gigi. 4 kat atas, 2 kat bawah. Sangat comel tengok dia tersenyum dengan gigi-gigi baru.. hihi. Semakin lasak pun iya. Kalau dedua budak comel ni lanyak aku, memang kena berusaha larikan diri cecepat. Boleh pengsan woo.

Amarr suka berjalan. Sejak dapat explore penggunaan kaki dia sebulan lepas, dia dah taknak duduk diam. Dukung taknak, pegang tangan pun taknak. Geremm. Kalau berjalan tu, dia nak jalan sendiri. Kalau boleh jalan straight takper, ni, asyik nak ke longkang je perginya. Aritu bawa berjalan ke tasik. Punyalah lapang kawasan tepi tasik, dalam tasik tu jugak dia nak terjun. Haishh. Sama la perangai dia dengan sepupu kembar dia, Adam.

Bab makan aku still was-was. Compare dengan Ariff, Amarr tak memilih sangat makanan. Cuma tu lah, kena kontrol juga sebab Amarr kan alergi dengan makanan tertentu.

Aku tak tahu kan kenapa hati kecil aku rasa sebenarnya Amarr tak ada apa-apa alergi (despite the blood test result). Aku tak tahu. Itu cuma naluri aku. Or maybe aku cuba nak lari dari kenyataan. Apa pun, aku harap dan berdoa supaya semua alergi tu hilang bila umur Amarr meningkat dewasa nanti. InsyaAllah.


3 comments:

Angah said...

Alah bisa tegal biasa. Insyaallah dipermudahan Allah.

bluelight said...

semoga segalanya dpermudahkan

aD said...

Angah: kan.. harap setabah angah cam dolu-dolu

bluelight: mekaseh ya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...