KENGKAWAN

Tuesday, February 28, 2012

Kakak A lagik..

Masih tak sihat. Masuk hari ni dah dua minggu.

Suara masih serak. Kepala berat. Bila batuk kokol datang, mata jadi berair dan mengalir macam tengah nangis. Malu dowh. Esp taim dalam LRT. Semua mata duk pandang pelik kat aku. Haih.

Dari semalam aku rasa macam nak amik MC. Tapi berbelah bagi. So, aku gagahkan juga kaki ni melangkah ke ofis. Siap suruh adik dispatch belikan koyok – tampal kat dahi.

Last Friday, aku MC sehari. Masa tengah terlantar hina kat umah aku dapat call dari colleague aku kat ofis. Dia cakap semua orang tengah kecoh sebab appraisal untuk clerk tak appear dalam sistem padahal aku dah submit semua tu dekat sebulan lepas. Rupanya Kakak A tak masukkan dalam sistem. Gila tak perempuan ni? Sesuka dia je nak jeorpadize periuk nasi orang.

Tu pasal semalam aku gagahkan juga pegi ofis. Aku nak cek sama ada aku yang silap submit atau perempuan tu saja nak dajal staff under aku semata sebab dia kan tengah berangin kat aku.Turn up, boss aku pun tau mender ni salah Kakak A. Tapi aku frust jugak lah sebab takde tindakan yang di ambil keatas perempuan tu. Frust ok. Semua macam malas nak panjangkan cerita since derang manage submit appraisal tu right before the final deadline. So, tutup kes.

Haih. Whats so special tentang seketeri ni eh. She can easily get away with everything.

Salah sorang dari clerk kat ofis akan bertolak ke tanah suci hari ni. Buat umrah. Since dia antara orang yang dianiaya oleh Kakak A, aku suruh dia doa supaya Kakak A diberi hidayah. Biar dia insaf atas segala perkara yang dia dah buat kat semua staff dan ex-staff yang dia pedajal kat sini. Doa orang teraniaya ni makbul tau.

Nabi S.A.W bersabda; "Takutlah kamu kepada doa orang yang teraniaya, kerana ia diangkut di atas awan Allah berfirman: Demi keperkasaan dan keagungan-Ku, Aku pasti menolongmu, walaupun setelah beberapa waktu (waktu yang cukup lama)” Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Thabrani dan Al-Dhiya dari Khuzaimah bin Tsabit dengan sanad sahih.


“Tiga bentuk do’a yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu do’a orang yang teraniaya, do’a orang yang bermusafir dan do’a ibu bapa terhadap anaknya.” Hadis Riwayat Abu Daud.


Ikutkan hati, nak je aku luahkan semua yang Kakak A dah buat kat sini. Tapi nak buat apa mengumpat pasal dia. Bukan ke itu akan merendahkan taraf aku ke level dia.


Apapun, aku harap Kakak A cepat insaf. Usia dia genap 50 tahun ni. Sepatutnya, makin tua ni, makin kita dekatkan diri dengan Tuhan, bukan dengan syaitan. Well, thats unless she intend to go to hell la kan. Lantak situ.

Friday, February 24, 2012

Makeupfreak website updated!

Penatnyaaaaa upload gambar client yang bertimbun kat my Makeupfreak website di www.makeupfreak.net. Nih pun ada banyakkkkkk lagi yang beratur tunggu diupload. Sigh. Sabarr nahh.

Buat bakal pengantin yang sedang mencari makeup artist atau juru makeup untuk majlis pertunangan, pernikahan atau persandingan, jenguk lah website Makeupfreak. Kalau berkenan, boleh contact akak kat sana ok, darling? xoxo

Bawah nih latest client Makeupfreak, Cik Puan Siti Nazariah dari Bank Islam. Nak tengok gambar selebihnya atau gambar in the making, klik www.makeupfreak.net atau search facebook Makeupfreak di sini. We have more thab 12,000 fans already :)



Thursday, February 23, 2012

Cubit anak kena penjara? Tak masuk akal.

Dalam berita Kosmo arini tulis tentang seorang "Ibu kena jel sebab cubit anak dia dia yang berusia 5 tahun sampai lebam"

Apakah?

Ok, mungkin orang boleh klasifikasi kes tu sebagai dera. Tapi tengok keadaan la jugak. Perempuan tu just cubit je kot. Kalau lebam pun nak kata apa. Budak 5 tahun kan kecik lagi, kalau ko cubit sikit pun dah merah menyala kulit dia. Setakat lebam sikit, apadahal. Bukannya perempuan tu balun anak dia dengan dahan jati (macam aku kena dedulu dengan ayah aku).

Takkan sebab cubit sikit kita nak hukum perempuan ni sampai berhadapan dengan hukuman penjara 10 tahun dan denda 20 ribu ringgit? Gila kau? Ya Allah, mana perginya erti kemanusiaan sekarang nih.

Dah la perempuan tu keje pembantu kedai je. Anak ada 4 orang. Yang bongsu masih menetek ok! Kalau kau jadi perempuan tu of coz la kengkadang kau penat jaga 4 anak kecik. Dah la gaji kecik, mana nak pegi keje, mana nak jaga anak. Masuk akal la kan kalau kengkadang ko geram kat anak-anak sendiri yang nakal. Setakat cubit tu standard la beb.

Aku nak tanya orang bijak pandai yang buat undang-undang kat luar sana, "Apa kau dulu taim membesar tak penah kena cubit dengan mak-bapak ke? Oh, maybe family kau kaya so, boleh amik orang gaji, thats why mak-bapak kau tak perlu nak naik hantu kalau kau buat sepah or nakal kat rumah kan?”. Yelah, ada orang gaji. Cuba kalau perempuan yang kena penjara tu mampu amik orang gaji, confirm dia tak stress jaga anak kat umah kan???

Wei tolong lah. Tolong bukak mata sikit. Perempuan tu ada anak tengah menetek ok. Kalau dia kena jel, siapa nak susukan anak dia? Pastu anak-anak dia yang lain siapa nak jaga? Nak harapkan sedara-mara.. Hello?? Cuba cakap sedara mana yang willing menjaga bebudak 4 orang tu. Apa ingat gaji derang cukup nak jaga anak orang? Ok, mungkin boleh pisah-pisahkan bebudak tu suruh sedara mara lain jaga. Tapi kesian lah beb! Wei, kau takde perasaan ke hah?

Makin lama makin teruk sistem sekarang ni.




Dulu Cikgu rotan murid tak boleh.
Sekarang, mak-bapak sendiri pun tak boleh rotan anak.

Apa kes beb?

Haih, aku tak boleh bayangkan apa akan jadi kat bebeudak zaman akan datang. Ntah jadi orang ke tidak.

Monday, February 20, 2012

Dia semakin pandai

Ariff sekarang sangat suka melekat depan laptop.

Kalau dulu dia akan minta tolong aku atau Mamoru bukakan laptop untuk dia, sekarang tak lagi. Dia dah boleh operate sendiri.

Ok, aku tatau lah anak orang lain. Mungkin lebih advance lagi. Tapi kalau nak compare dengan aku yang celik komputer diusia 19 tahun, berbanding Ariff yang baru 2 tahun 8 bulan. Pencapaian Ariff memang buat aku impress. Rasa kagum je tengok jari kecil dia gerakkan cursor kat laptop (Ariff tak guna mouse).

1. Dari buka dan 'ON' kan laptop
2. Klik Google Chrome
3. Buka Youtube
4. Pilih video yang dia suka.
5. Enlargekan video ke fullscreen
6. Tekan 'Esc' untuk kecilkan semula screen dan tukar video lain.
7. Tekan 'Mute' kalau dia tak suka bunyi dari video tu
8. 'Pause' kan video dengan tekan 'Space' tab kalau dia nak stop minum susu/makan. Pastu playback.
9. Plug kan wire untuk charge bateri kalau laptop dia padam sebab kehabisan bateri.

Semua dia buat sendiri ok. Atau kenkadang, kalau penat belajar kat youtube, Ariff akan:

1. Tekan button 'Start' kat bawah skrin monitor
2. Pilih game yang dia suka dan main games

Dulu masa Ariff kekecik aku plan nak kenalkan dia dengan huruf / nombor dari awal. Tapi, bila dah terlalu sibuk dengan kerja, masa aku untuk ajar Ariff sangat limited. Jeles juga bila tengok anak orang yang sebaya Ariff pandai buat macam-macam.

Tapi sejak rumah aku ada unifi pertengahan tahun lepas, Ariff dah start conquer laptop. Mana dia pergi dia angkut laptop. Atas katil, dalam bilik, atas meja makan, sambil baring atas lantai Nasib baik saiz laptop tu kecik. Lagipun Mamoru dah setting wireless connection. Tu yang dia boleh access internet dari seluruh pelusuk rumah.

Dalam masa beberapa bulan duduk melayan laptop:

1. Ariff dah pandai ABC. Lancar. Tapi kalau kita punya version sampai 'Z', Ariff punya sampai "Now you know my ABC, Next time wont you sing with me". Kalau aku baca paper, Ariff sibuk tunjuk dan sebut huruf-huruf kat front page paper.
2. Ariff dah pandai kira nombor 1 sampai 10 (version english la). Kalau naik lift, dia akan sebut no. 3 (three) sambil tekan button lift no 3. Tapi kalau no tu lebih dar 10, misalnya 12, Ariff akan sebut, "One, Two" instead of "Twelve" hihihihi.
3. Jenis warna, Red, Blue, Pink, Black, Brown, White etc
4. Jenis bentuk Square, Triangle, Circle, Hectagon, Oval, etc
5. Jenis binatang, Swan, Whale, Elephant, Alligator, etc.
6. Jenis kenderaan, bangunan, etc.
8. Huruf Jawi. Alif, Ba, Ta, etc

Malam tadi, sebelum jari Ariff tersepit kat pintu, beria Ariff ajak aku main game kat laptop (take note, aku bukan minat main game). Tapi dek kerana Ariff punya enthusiasm, aku layankan jugak.

Aku tatau apa nama game tu tapi game tu tentang cara buat kek. Kau kena siapkan kek sebijik macam dalam gambar yang diberi. Start dari sediakan acuan, pilih perisa, pilih filing, pilih topping, decoration dan masak kek tu. Kalau kek setingkat takper. Nih sampai tiga tingkat ok.

Nampak macam senang, tapi susah beb. Pening kepala aku nak buat kek exactly macam dalam gambar. Ariff asyik marah aku je.

"No. No mummy, noooo.... ni... niiiiii"

Lelama tu baru aku tahu macam mana nak buat. Part yang best tu, bila first time aku dapat create cake yang betul, aku dapat hadiah (point/markah). Punyalah aku terjerit hepii.

Arif pun jerit sama, "Yay! Five, mummy!"

Erkk.. terkesima aku jap. Dah besar dah anak aku. Ariff siap angkat tangan nak 'hi-five' dengan aku.

Video favourite Ariff setakat ni: Alphabet Train, Busybeavers, Mickey Mouse Clubhouse, Tutitu, Pocoyo
Cartoon favourite: Toystory, Cars, Madagascar
Games favourite: Angry Bird, Puzzle, Game Cakes, etc


Perkembangan Amarr

Amarr sekarang 1 tahun 3 bulan. Jalan dah tegap. Suka sangat berjalan. No, bukan berjalan, berlari sebenarnya. Pantang dapat lepas, laju je pergi. Belum pandai bercakap. Tapi adalah few words yang dia boleh sebut dengan jelas, "Nanak, Daddy, Nak, Tu, Ni". Gigi remain 6 batang.

Satu perkara yang aku perasan kat Amarr. Dia sangat rapat dengan aku. Kalau Ariff asyik dengan daddy, Amarr prefer mummy.. hihi.

Sejak Amarr pandai jalan, semua keje jadi senang. Kenkadang kalau Amarr & Ariff bangun awal, aku akan suruh derang berjalan ke rumah babysitter. Berlari-lari memasing pergi ke lift. Amarr ada juga tunjuk minat nak pegang laptop, tapi aku bagi dia main dengan laptop mainan je dulu. Nantilah, bila dia dah value barang, baru aku bagi.


p/s: Remember our new tv Samsung plasma 43 inch yang baru sebulan lebih kami beli hasil dari duit RM2,000 yang Samsung refund aritu? Skrin dia retak. Now dah rosak. Tskkkk. Dalam masa 4 bulan, 2 tv kami rosak beb. Yang first, tatau sebab apa sebab tetiba je takde gambar. Yang kedua, skrin retak sebab Ariff baling dengan keta mainan. Terus takde gambar, suara je ada.. huhuhu. Masa aku tengok tv tu retak, aku hanya mampu terdiam. Nak marah, dia kecik lagi. Bukannya tau apa-apa. Aku hanya mampu nasihat. Walau hakikatnya, aku tatau Ariff faham ke tak apa yang aku cakap. Anw, kos nak baiki skrin adalah sama dengan kos beli tv baru. Tatau lagi sama ada aku akan beli tv baru dalam jangka terdekat ni.

Adik-adik aku datang rumah weekend aritu;

Adik: Tv ko rosak lagi ke. Macam mana kitaorang nak tengok tv ni?
Aku: Apa susah, tengok je lah (tengok tv rosak) huhuhuhu.

Kelam kabut di pagi hari

Agak kelam kabut sikit.

Mamoru pergi keje dari rumah pagi ni. Terlambat bangun. Menggagau
packingkan baju dia untuk seminggu. Nasib baik dia sempat masuk ofis
on taim. Confirm dia speed atas highway. Jarak rumah ke ofis bukannya
dekat. Makan sejam setengah jugak lah. Haih. Tak suka dia bawak keta
lelaju. Tapi tu lah, salah aku jugak. Siapa suruh tak kunci jam malam
tadi.

Lepas Mamoru gerak pergi keje, aku sambung tidur balik. Pastu sekali
lagi lambat bangun.. huhu. Mencicit packing baju Ariff & Amarr pulak.
Mandipun asal air cecah badan. Pakai singlet je pegi keje (cover
dengan coat) - kes tak sempat gosok baju. Mekap? Pakai bedak aje. Tu
pun syarat je sebab tanak bagi muka nampak berkilat.

Lepas tukar pampers Ariff & Amarr, hantar sorang-sorang naik tingkat
atas ke rumah Kak Ina. Nak kejut suruh jalan sendiri, tak sampai hati.
Dedua still tidur lagi. Nak dukung dedua, pengsan aku nanti.. hihi.
Memang hazab gak la nak bawak beg baju derang, basikal, etc. Tapi anak
punya pasal kan.. semuaaaaaa dibolehkan aje.

Pastu berkejar pegi LRT. Kalau sempat, beli kuih kat tepi LRT buat
breakfast. Kalau tak, tahan je la perut sampai tengahari.

Haih. Nih la life orang jauh dari hubby. Selalu tu taim pagi, aku
rilek gila. Boleh mandi sampai bilik air penuh buih. Boleh spend masa
depan cermin sampai sejam. Bab anak-anak, semua Mamoru handle. Dia
tahu wife dia ni perlukan masa yang lama nak bersiap pegi keje.. huhu

Sekarang, rasainnn.

p/s: Malam tadi jari Ariff tersepit kat pintu bilik. Ariff yang
tersepit, aku yang meraung. Meraung sebab tengok Ariff sakit plus
meraung kena marah dengan Mamoru.. tsskk. Tapi nasib baik takde
apa-apa. Just melecet sikit jari dia. Sapu mintak gamat pastu balut
dengan hansaplast. Kesian anak mummy. Sorry sayang, Mummy tak perasan
Ariff kat tepi pintu malam tadi.

Friday, February 17, 2012

Someting to kill time

Mamoru dah bagi jadual kerja dia kat ofis baru. For a start, seems like he will be spending more times in the new office. More means, he has to work on Saturday (once a month) and that doesn’t include his induction program, teambuilding, etc, etc.

Haih. Nak buat camno. Pasrah je lah.

As for me, guess I have to make myself extra busy at night (selain dari melayan karenah anak-anak). So that, I won’t be feeling so lost/empty. Err.. what to do there at night eh? Belajar menjahit manik? Hahaha. That doesn’t sounds like me.

Nak join group xtvt lasak? Wall climbing? Bolehhhh. Tapi, I’m not sure if I’m willing to leave my kids at home at night. I don’t even sure if I’m able to leave them at all just to fill my time trying a new hobby.

Cannot think right now. We’ll see how it goes.

Thursday, February 16, 2012

I love Ninakimi Leather Flip Flop

Dah 3 hari aku tunggu parcel dari Ninakimi Handmade Leather Footwear. Akhirnya pagi ni sampai jugak. Pos office la delay. Kalau tak dah lama dah dapat.

I bought 2 unique leather flip-flop from Ninakimi for myself & Mamoru! Best!

First aku dapat tau pasal Ninakimi dari FB. Masa dia tag gambar handmade leather foorwear. Biasanya kalau orang tag gambar, aku akan remove dari profile aku tanpa bother nak buka link gambar tu pun. Tapi, bila tengok je gambar yang Ninakimi tag, aku terus jatuh cinta. Haiceh.

Seriously, semua design leather footwear dia adalah awesome! Sangat unik dan comel.

Memula aku beli leather flip-flop ni aku bajet, sure aku akan amik masa nak sesuaikan dengan kaki. Yelah takut melecet ke haper sebab kulit kan keras. Tapi bila dah dapat, persepsi aku terus berubah. Tali kulit yang diguna kat flip-flop nih adalah lembut dan sangattt selesa. First time pakai terus Suka. Suka. Suka.




The parcel :)




This is MY leather flip flop. Ada rama-rama yang comel. I LIKE! Size 4. The smallest for ladies, I think.



This one Mamoru punya. Hopes he like it. And hope the size is right for him ngeee.. Its size 8



Dan extra best bila Ninakimi turut bagi aku free leather bangle. OMG I'm lovin it! Tenkiuuu Ninakimi.



I think the design suit for man/woman.Oh, I'm so gonna promote this.


U guys/gals out there, I'd recommend you Ninakimi. Take a look at their leather collection. They got fabulous design with very affordable price!. You can visit them here:

www.ninakimi.com or search Ninakimi Handmade Leather Footwear in FB.

They got design for kids too!




Bila otak dah tepu, hutan adalah penyelesaiannya

Bebudak Kelab Kembara ofis ni, bebalik buat xpdc naik Kinabalu.
Punyalah beratus gunung kat Malaysia ni, bebalik Kinabalu jugak yang
dia hadap. Nak join derang, tapi buat masa ni kalau boleh aku tanak
habiskan masa naik gunung yang sama berkali-kali.

Dulu boleh la. Sekarang bila dah banyak komitmen dan dah ada anak,
masa adalah sangat berharga. Rasa macam tak berbaloi untuk habis kan
cuti berjauhan dengan family semata untuk memenatkan diri melalui trek
yang sama. Kalau trip yang belum pernah pergi tu worth la jugak kan.

Tapi ada gak aku reject trip yang aku tak pernah pergi, contohnya trip
gunung Tahan bebaru ni. Gunung Tahan memang aku tak penah jejak lagi
hihi.. Ramai duk cakap, "ek eleh aD, Tahan tak sampai lagi".. Yer,
kutuk la aku. Tak heran pong. Rilek la beb. Aku berpegang pada motto
save the best view for the last gitu. Cewah.

Aku reject trip Tahan bebaru ni sebab derang buat trip masuk ikut
Merapoh dan keluar pun ikut Merapoh. Ok, memula memang takde hal. Lagi
aku suka sebenarnya - jimat masa. Tapi, bila tengok tentatif program.
Humang ai.. lamanya trip ni amik masa - sampai 7 hari. Kalau lama
camtu, baik aku masuk ikut Merapoh dan keluar ikut Kuala Tahan jer.
Puas hati spend masa lelama dalam hutan ikut route berbeza. Tul dak?
So, reject.

Pastu ada sorang member gunung yang baru aku kenal masa xpdc
Korbu-Gayong aritu ajak pegi gunung Stong. Menarik. Tapi terlalu
santai pulak tripnya. More to caving dan layan air terjun. Lama jugak
ambil masa, hampir 4/5 hari. Kalau lelama camtu baik buat Stong-Ayam
terus. Reject lagi.

Pada aku, kalau buat trip tak banyak ambil masa, biar bebetul straight
to the point. Kalau nak pergi trip yang amik masa lama pulak, biar
bebetul berbaloi. Baru puas. Setakat nak habiskan masa berhari-hari
dalam hutan semata nak berjimba mandi air terjun adalah bukan aku.
Reason being; First, kesian kat anak-anak kena tinggal sebab ko nak
bersukaria. Tapi kalau naik gunung takper sebab ko bukan dapat
bersukaria sangat. Ianya lebih kepada penyeksaan jiwa.. huhuhu.
Second, aku adalah tak pandai berenang :p~

Dan sekarang trip gunung Murud yang aku dah plan nak pergi dari tahun
lepas pun terpaksa aku reject. Murud tu beb. Murud! Yang ni aku reject
sebab Mamoru tak dapat join sama. And theres no way for me to go there
without him. Murud nih gunung last yang tertinggi kat Borneo yang
berada dalam favourite list kami. List KAMI ok, bukan aku sorang.
Kinabalu, Trusmadi, Tambuyukon, Mulu semua dah conquered. Tinggal
Murud je last. So, memang kena pegi sama-sama.

Now aku sangap. Kemaruk nak ke hutan. Asal tengok je view puncak Nuang
dari menara ofis ni, hati jadi rindu. Sayu. Pilu. Ntahapehaper.
Pwfttt.

Dah stop. Jangan dilayan aku hari ni. Mood kehutan.

I wish

I wish, right now, I were at the top of the mountain. Lying in my sleeping bag while watching the stars.

I wish. I wish. I wish

Misses Mamoru so much. I know I shouldnt say this.. but I hate the distance between us. I miss u b.. Missing u so bad.

I want to conquer another mountain. And I wanna do it with Mamoru

Wednesday, February 15, 2012

Musim demam

Musim demam.

Hero-hero kecil tak sihat. Mummy dia pun sama.. tssk.

Next week ada BBQ kat Sg Chilling. Chua yang organize. Ekceli trip dia
include trekking ke kawasan air terjun Chilling. Tapi aku just lepak
kat port bawah je. Aku plan nak bawak hero-hero kecil. So, tak berani
nak amik risiko bawak derang harung sungai semata nak ke kawasan air
terjun. Kalau derang dah pandai berenang, boleh lah kut. Lagipun,
Ayang pun ada join sekali. Dia tengah pregnant second baby. Ada la
geng yang meneman aku kat bawah nanti.

Aku baru perasan satu mender. Muka aku masa memula aktif naik gunung
dulu agak tembam ek? Sebab bila compare dengan gambar sekarang, aku
tengok tulang pipi aku agak ketara berbanding dulu.. huhu. Patutlah
bila jumpa memember gunung semua cakap aku makin kurus. Adakah sebab
faktor usia? Mungkin kut. Tahun ni, umur aku 33 tahun. Ngeee..
takotnya tengok nombor yang makin banyak ni.

Monday, February 13, 2012

Kesian anak mummy

Aritu masa tengah sidai baju, Ariff datang berdiri kat tepi aku. Macam
biasa lah, layan soalan-soalan comel dia.

Ariff: Mummy buat apa ni?
Aku: Mummy sidai seluar.
Ariff: Seluar apa mummy?
Aku: Mummy sidai seluar daddy.
Ariff: Seluar daddy? (sambil tenung seluar yang baru aku sidai)

Pepelan Ariff pergi dekat seluar Mamoru yang tergantung kat ampai
pastu tarik dedua belah kaki seluar tu dan peluk.

Aku: ...................

Luruh hati aku tengok Ariff buat camtu. Sebak ok. Rindu sangat agaknya
Ariff kat Mamoru.

Maklumlah, Mamoru start keje tempat baru. Berjauhan dari kami.

Kesian anak mummy. Sabar ya sayang. Semua ni untuk masa depan kita..

Saturday, February 11, 2012

Rumet aku zaman universiti dulu

Hebat kan kuasa Facebook. Kau boleh jumpa siapa je kat situ.

Kawan zaman tadika, sekolah rendah, menengah, universiti. Malah kau punya first crush pun boleh jumpa kat situ. Haha, yang tu serious malu. Kalau boleh tamau add.

Aku jumpa FB Rumet aku zaman kat universiti dulu. Shahrizad Sulaiman nama dia. Gila lama tak jumpa dia nih. 10 tahun beb. Sepuluh tahun ok!

Aku panggil dia Sha. Tapi kengkawan lain panggil dia Ijad. Sangat sweet dan bersopan santun orangnya.

Aku kenal dia masa first semester tahun 1999 kat UUM, Sintok. Kitaorang duduk sebilik kat Blok E, Kolej Proton. Masa first year, kitaorang berkongsi bilik dengan 2 student lain kat tingkat 2 (Kak Chik & Yanie). Masa second year, dah jadi senior sikit, aku dapat bilik untuk 2 orang kat tingkat 4 dengan Sha.

Aku banyak terhutang budi dengan Sha. Dari dia la aku belajar macam mana nak guna komputer. Aku dulu buta komputer okeh. Pegang keyboard pun tak reti (seriyes). Zaman aku dulu, bilik siapa yang ada komputer, memang kira mewah habis (Taim ni laptop belum ada lagi). Sha nih kira dari keluarga yang berkemampuan jugak lah. Aku menumpang komputer dia buat assignment hehari.

Dari Sha jugak lah aku tahu macam mana nak guna internet. Dulu takde broadband waima wifi. Nak guna internet kena lah masuk lab. Sha lah orang pertama yang create email acct untuk aku. Dulu email yang fofular adalah Hotmail tau.

Sha nih punya lah baik sampai pernah datang beraya ke kampung aku bawak satu family dia sekali. Terharu dowh. Dah la family aku jenis nan hado. Memang family Sha ni jenis down to earth.

Aku start terpisah dengan Sha nih bila tercampak ke Kolej lain masa tahun ketiga kat U. Sha aktif kat Kolej, so dia dapat stay situ sampai final year. Aku kan jenis terpencil. Tau pegi-balik kelas-kolej-library. Memang wajib la kena tuko kolej.

Disebabkan jarak Kolej kediaman baru aku jauh dari Kolej Proton, memang langsung tak berjumla la kan. Course kami pun berlainan. Sah-sah lah fakulti tak sama. Kelas pun lelain. Sudahnya sampai ke hari nih tak penah berjumpa.

Tima kaseh la kat FB yang telah menjumpakan kami semula. Dah kawen dah Sha. Anak pun dah tiga (2 kembar). Hebat.

Oh, tujuan aku berceita pasal Sha, sebab nak tolong dia promot biznes tempahan langsir yang dia buat secara sambilan. Cantik langsir yang Sha buat. Kot-kot korang nak tempah untuk apa-apa occasion pun, contact lah ex-rumet aku, Shahrizad Sulaiman ya!

Buat Sha, terima kasih yang tak terhingga sebab banyak tolong dan ajar aku guna komputer. Ekceli, Sha tak ajar secara direct. Aku belajar indirect dengan cara tengok dia menaip kat Words, Excel, Powerpoint, etc. Malu woo nak mengaku buta komputer.. haha. Apa pun, tima kasih Sha, sebab bagi aku ber-eksperimentasi dengan komputer dia. Dan komputer dia jugak aku jadikan port layan citer Kuch-kuch hota hai masa citer tu glamer dulu.

Dan hari nih, disebabkan cerita tu main kat tv, aku teringatkan Sha. Teringatkan aku lenjan PC dia layan hindustan sampai bilik kena spotchek sebab CD adalah dilarang bawak masuk kampus. huahuahua.

Sha, u're the best rumet I ever had. Cherish the memories!





Friday, February 10, 2012

4th Anniversary

Nak celebrate sesama, kena tunggu weekend je lah. Weekday, tak boleh jumpa. Incik hubby keje jauhhh. Dia dah start keje kat kompeni baru.

8/2/08 - 8/2/12 Genap usia perkahwinan kami yang ke-4 tahun. 2006 Kenal masa xpdc mendaki Kinabalu. 2007 Bertunang. 2008 Kahwin.




Dapat teddy bear + choc bouquet deliver to my opis :)




Sent him sunflower bouquet to his new office (gambar ni Mamoru hantar via hphone).. sure dia terkejut. Baru dua hari keje kat tempat baru dah dapat bunga. Apa, ingat aku tataw alamat kompeni baru dia.. huhu. Tu nasib baik aku kasi 5 kuntum bunga. Kalau aku kasi 12 kuntum, confirm tak lalu nak bawak. Sunflower kan besauu.. sekuntum je lebih besar dari tapak tangan.

Mengagau aku cari kedai bunga online yang boleh deliver sunflower tau. Susah nak cari taim nih sebab dah dedekat dengan Valentine day. So, semua kedai bunga duk jual Rose sesajer. Nak hantar rose boleh, tapi common sangat.

Naper pilih sunflower? Sunflower = Sunshine = Mamoru :)

Thank u flower2u.com deliver my bouquet all the way from KL to ....!


Wednesday, February 08, 2012

Dah 4 tahun

Happy 4th Anniversary dear Mamoru. Love you more than I can say. This song is for you and only you.

My only wishes is to grow old with you. To hold your hand everyday when we walk to the nearest surau in our beautiful little house area. To take care of each other. To fill our old days with simple and sweet things while waiting for our grand-kids to come over during their holidays.

I love you Hubby. You complete me.


Looks like we made it
Look how far we've come my baby
We might took the long way
We knew we'd get there someday

They said "I bet they'll never make it"
But just look at us holding on
We're still together still going strong

(You're still the one)
You're still the one I run to
The on that I belong to
You're still the one I want for life
(You're still the one)
You're still the one I love
The only one I dream of
You're still the one I kiss good night

Ain't nothin' better
We beat the odds together
I'm glad we didn't listen
Look at what we would be missin'
They said "I bet they'll never make it"
But just look at us holdin' on
We're still together still goin' strong
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...