KENGKAWAN

Thursday, February 16, 2012

Bila otak dah tepu, hutan adalah penyelesaiannya

Bebudak Kelab Kembara ofis ni, bebalik buat xpdc naik Kinabalu.
Punyalah beratus gunung kat Malaysia ni, bebalik Kinabalu jugak yang
dia hadap. Nak join derang, tapi buat masa ni kalau boleh aku tanak
habiskan masa naik gunung yang sama berkali-kali.

Dulu boleh la. Sekarang bila dah banyak komitmen dan dah ada anak,
masa adalah sangat berharga. Rasa macam tak berbaloi untuk habis kan
cuti berjauhan dengan family semata untuk memenatkan diri melalui trek
yang sama. Kalau trip yang belum pernah pergi tu worth la jugak kan.

Tapi ada gak aku reject trip yang aku tak pernah pergi, contohnya trip
gunung Tahan bebaru ni. Gunung Tahan memang aku tak penah jejak lagi
hihi.. Ramai duk cakap, "ek eleh aD, Tahan tak sampai lagi".. Yer,
kutuk la aku. Tak heran pong. Rilek la beb. Aku berpegang pada motto
save the best view for the last gitu. Cewah.

Aku reject trip Tahan bebaru ni sebab derang buat trip masuk ikut
Merapoh dan keluar pun ikut Merapoh. Ok, memula memang takde hal. Lagi
aku suka sebenarnya - jimat masa. Tapi, bila tengok tentatif program.
Humang ai.. lamanya trip ni amik masa - sampai 7 hari. Kalau lama
camtu, baik aku masuk ikut Merapoh dan keluar ikut Kuala Tahan jer.
Puas hati spend masa lelama dalam hutan ikut route berbeza. Tul dak?
So, reject.

Pastu ada sorang member gunung yang baru aku kenal masa xpdc
Korbu-Gayong aritu ajak pegi gunung Stong. Menarik. Tapi terlalu
santai pulak tripnya. More to caving dan layan air terjun. Lama jugak
ambil masa, hampir 4/5 hari. Kalau lelama camtu baik buat Stong-Ayam
terus. Reject lagi.

Pada aku, kalau buat trip tak banyak ambil masa, biar bebetul straight
to the point. Kalau nak pergi trip yang amik masa lama pulak, biar
bebetul berbaloi. Baru puas. Setakat nak habiskan masa berhari-hari
dalam hutan semata nak berjimba mandi air terjun adalah bukan aku.
Reason being; First, kesian kat anak-anak kena tinggal sebab ko nak
bersukaria. Tapi kalau naik gunung takper sebab ko bukan dapat
bersukaria sangat. Ianya lebih kepada penyeksaan jiwa.. huhuhu.
Second, aku adalah tak pandai berenang :p~

Dan sekarang trip gunung Murud yang aku dah plan nak pergi dari tahun
lepas pun terpaksa aku reject. Murud tu beb. Murud! Yang ni aku reject
sebab Mamoru tak dapat join sama. And theres no way for me to go there
without him. Murud nih gunung last yang tertinggi kat Borneo yang
berada dalam favourite list kami. List KAMI ok, bukan aku sorang.
Kinabalu, Trusmadi, Tambuyukon, Mulu semua dah conquered. Tinggal
Murud je last. So, memang kena pegi sama-sama.

Now aku sangap. Kemaruk nak ke hutan. Asal tengok je view puncak Nuang
dari menara ofis ni, hati jadi rindu. Sayu. Pilu. Ntahapehaper.
Pwfttt.

Dah stop. Jangan dilayan aku hari ni. Mood kehutan.

1 comment:

layar_lara said...

sama la kita.....tapi bab rindu kehutan je....kalau bab conqured2 ni awk lagi adnvenced...congrat ye :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...