Monday, February 20, 2012

Dia semakin pandai

Ariff sekarang sangat suka melekat depan laptop.

Kalau dulu dia akan minta tolong aku atau Mamoru bukakan laptop untuk dia, sekarang tak lagi. Dia dah boleh operate sendiri.

Ok, aku tatau lah anak orang lain. Mungkin lebih advance lagi. Tapi kalau nak compare dengan aku yang celik komputer diusia 19 tahun, berbanding Ariff yang baru 2 tahun 8 bulan. Pencapaian Ariff memang buat aku impress. Rasa kagum je tengok jari kecil dia gerakkan cursor kat laptop (Ariff tak guna mouse).

1. Dari buka dan 'ON' kan laptop
2. Klik Google Chrome
3. Buka Youtube
4. Pilih video yang dia suka.
5. Enlargekan video ke fullscreen
6. Tekan 'Esc' untuk kecilkan semula screen dan tukar video lain.
7. Tekan 'Mute' kalau dia tak suka bunyi dari video tu
8. 'Pause' kan video dengan tekan 'Space' tab kalau dia nak stop minum susu/makan. Pastu playback.
9. Plug kan wire untuk charge bateri kalau laptop dia padam sebab kehabisan bateri.

Semua dia buat sendiri ok. Atau kenkadang, kalau penat belajar kat youtube, Ariff akan:

1. Tekan button 'Start' kat bawah skrin monitor
2. Pilih game yang dia suka dan main games

Dulu masa Ariff kekecik aku plan nak kenalkan dia dengan huruf / nombor dari awal. Tapi, bila dah terlalu sibuk dengan kerja, masa aku untuk ajar Ariff sangat limited. Jeles juga bila tengok anak orang yang sebaya Ariff pandai buat macam-macam.

Tapi sejak rumah aku ada unifi pertengahan tahun lepas, Ariff dah start conquer laptop. Mana dia pergi dia angkut laptop. Atas katil, dalam bilik, atas meja makan, sambil baring atas lantai Nasib baik saiz laptop tu kecik. Lagipun Mamoru dah setting wireless connection. Tu yang dia boleh access internet dari seluruh pelusuk rumah.

Dalam masa beberapa bulan duduk melayan laptop:

1. Ariff dah pandai ABC. Lancar. Tapi kalau kita punya version sampai 'Z', Ariff punya sampai "Now you know my ABC, Next time wont you sing with me". Kalau aku baca paper, Ariff sibuk tunjuk dan sebut huruf-huruf kat front page paper.
2. Ariff dah pandai kira nombor 1 sampai 10 (version english la). Kalau naik lift, dia akan sebut no. 3 (three) sambil tekan button lift no 3. Tapi kalau no tu lebih dar 10, misalnya 12, Ariff akan sebut, "One, Two" instead of "Twelve" hihihihi.
3. Jenis warna, Red, Blue, Pink, Black, Brown, White etc
4. Jenis bentuk Square, Triangle, Circle, Hectagon, Oval, etc
5. Jenis binatang, Swan, Whale, Elephant, Alligator, etc.
6. Jenis kenderaan, bangunan, etc.
8. Huruf Jawi. Alif, Ba, Ta, etc

Malam tadi, sebelum jari Ariff tersepit kat pintu, beria Ariff ajak aku main game kat laptop (take note, aku bukan minat main game). Tapi dek kerana Ariff punya enthusiasm, aku layankan jugak.

Aku tatau apa nama game tu tapi game tu tentang cara buat kek. Kau kena siapkan kek sebijik macam dalam gambar yang diberi. Start dari sediakan acuan, pilih perisa, pilih filing, pilih topping, decoration dan masak kek tu. Kalau kek setingkat takper. Nih sampai tiga tingkat ok.

Nampak macam senang, tapi susah beb. Pening kepala aku nak buat kek exactly macam dalam gambar. Ariff asyik marah aku je.

"No. No mummy, noooo.... ni... niiiiii"

Lelama tu baru aku tahu macam mana nak buat. Part yang best tu, bila first time aku dapat create cake yang betul, aku dapat hadiah (point/markah). Punyalah aku terjerit hepii.

Arif pun jerit sama, "Yay! Five, mummy!"

Erkk.. terkesima aku jap. Dah besar dah anak aku. Ariff siap angkat tangan nak 'hi-five' dengan aku.

Video favourite Ariff setakat ni: Alphabet Train, Busybeavers, Mickey Mouse Clubhouse, Tutitu, Pocoyo
Cartoon favourite: Toystory, Cars, Madagascar
Games favourite: Angry Bird, Puzzle, Game Cakes, etc


Perkembangan Amarr

Amarr sekarang 1 tahun 3 bulan. Jalan dah tegap. Suka sangat berjalan. No, bukan berjalan, berlari sebenarnya. Pantang dapat lepas, laju je pergi. Belum pandai bercakap. Tapi adalah few words yang dia boleh sebut dengan jelas, "Nanak, Daddy, Nak, Tu, Ni". Gigi remain 6 batang.

Satu perkara yang aku perasan kat Amarr. Dia sangat rapat dengan aku. Kalau Ariff asyik dengan daddy, Amarr prefer mummy.. hihi.

Sejak Amarr pandai jalan, semua keje jadi senang. Kenkadang kalau Amarr & Ariff bangun awal, aku akan suruh derang berjalan ke rumah babysitter. Berlari-lari memasing pergi ke lift. Amarr ada juga tunjuk minat nak pegang laptop, tapi aku bagi dia main dengan laptop mainan je dulu. Nantilah, bila dia dah value barang, baru aku bagi.


p/s: Remember our new tv Samsung plasma 43 inch yang baru sebulan lebih kami beli hasil dari duit RM2,000 yang Samsung refund aritu? Skrin dia retak. Now dah rosak. Tskkkk. Dalam masa 4 bulan, 2 tv kami rosak beb. Yang first, tatau sebab apa sebab tetiba je takde gambar. Yang kedua, skrin retak sebab Ariff baling dengan keta mainan. Terus takde gambar, suara je ada.. huhuhu. Masa aku tengok tv tu retak, aku hanya mampu terdiam. Nak marah, dia kecik lagi. Bukannya tau apa-apa. Aku hanya mampu nasihat. Walau hakikatnya, aku tatau Ariff faham ke tak apa yang aku cakap. Anw, kos nak baiki skrin adalah sama dengan kos beli tv baru. Tatau lagi sama ada aku akan beli tv baru dalam jangka terdekat ni.

Adik-adik aku datang rumah weekend aritu;

Adik: Tv ko rosak lagi ke. Macam mana kitaorang nak tengok tv ni?
Aku: Apa susah, tengok je lah (tengok tv rosak) huhuhuhu.

1 comment:

WNA said...

terbayang2 kecomelan amarr and ariff bile baca entry akak ni :)