KENGKAWAN

Tuesday, February 28, 2012

Kakak A lagik..

Masih tak sihat. Masuk hari ni dah dua minggu.

Suara masih serak. Kepala berat. Bila batuk kokol datang, mata jadi berair dan mengalir macam tengah nangis. Malu dowh. Esp taim dalam LRT. Semua mata duk pandang pelik kat aku. Haih.

Dari semalam aku rasa macam nak amik MC. Tapi berbelah bagi. So, aku gagahkan juga kaki ni melangkah ke ofis. Siap suruh adik dispatch belikan koyok – tampal kat dahi.

Last Friday, aku MC sehari. Masa tengah terlantar hina kat umah aku dapat call dari colleague aku kat ofis. Dia cakap semua orang tengah kecoh sebab appraisal untuk clerk tak appear dalam sistem padahal aku dah submit semua tu dekat sebulan lepas. Rupanya Kakak A tak masukkan dalam sistem. Gila tak perempuan ni? Sesuka dia je nak jeorpadize periuk nasi orang.

Tu pasal semalam aku gagahkan juga pegi ofis. Aku nak cek sama ada aku yang silap submit atau perempuan tu saja nak dajal staff under aku semata sebab dia kan tengah berangin kat aku.Turn up, boss aku pun tau mender ni salah Kakak A. Tapi aku frust jugak lah sebab takde tindakan yang di ambil keatas perempuan tu. Frust ok. Semua macam malas nak panjangkan cerita since derang manage submit appraisal tu right before the final deadline. So, tutup kes.

Haih. Whats so special tentang seketeri ni eh. She can easily get away with everything.

Salah sorang dari clerk kat ofis akan bertolak ke tanah suci hari ni. Buat umrah. Since dia antara orang yang dianiaya oleh Kakak A, aku suruh dia doa supaya Kakak A diberi hidayah. Biar dia insaf atas segala perkara yang dia dah buat kat semua staff dan ex-staff yang dia pedajal kat sini. Doa orang teraniaya ni makbul tau.

Nabi S.A.W bersabda; "Takutlah kamu kepada doa orang yang teraniaya, kerana ia diangkut di atas awan Allah berfirman: Demi keperkasaan dan keagungan-Ku, Aku pasti menolongmu, walaupun setelah beberapa waktu (waktu yang cukup lama)” Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Thabrani dan Al-Dhiya dari Khuzaimah bin Tsabit dengan sanad sahih.


“Tiga bentuk do’a yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu do’a orang yang teraniaya, do’a orang yang bermusafir dan do’a ibu bapa terhadap anaknya.” Hadis Riwayat Abu Daud.


Ikutkan hati, nak je aku luahkan semua yang Kakak A dah buat kat sini. Tapi nak buat apa mengumpat pasal dia. Bukan ke itu akan merendahkan taraf aku ke level dia.


Apapun, aku harap Kakak A cepat insaf. Usia dia genap 50 tahun ni. Sepatutnya, makin tua ni, makin kita dekatkan diri dengan Tuhan, bukan dengan syaitan. Well, thats unless she intend to go to hell la kan. Lantak situ.

5 comments:

Biqque said...

i kan support one of the bank kat mesia ni, mmg tahap sekretari ni prangai diorang mmg camtu tau...rasa superior abis kat sume orang. tah pape! i penah visit ceo, dia ok, sekretari dia cam gampang! i diri dpn dia mcm balaci ok...

orang2 camni mesti penah kena dera or kutuk dulu2 kot, tu yg jadi belagak tak hengat tu hahaha!

aJa said...

semoga cepat sembuh.

sabar banyak2 eh aD

aJa said...

get well soon. sabar bnyk2 aD

Anonymous said...

Mane2 company pun ade je kot org perangai macam ni.. ko saba je la Ad.. mungkin dia nak attention.. huhuhuh..

Ied @ May said...

saya pun berharap org2 mcm ni akan dpt hidayah. mmg kat mana2 pun akan ada org2 yg mcm ni. even kat opis saya pun ada. gomen biasa la. hari2 saya doa supaya saya dpt pertukaran segera. Alhamdulillah doa saya makbul 1 mac ni mula kerja tempat baru. kalau tak mesti penilaian prestasi saya dpt paling rendah sbb saya suka lwn apa dia ckp.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...