KENGKAWAN

Monday, February 20, 2012

Kelam kabut di pagi hari

Agak kelam kabut sikit.

Mamoru pergi keje dari rumah pagi ni. Terlambat bangun. Menggagau
packingkan baju dia untuk seminggu. Nasib baik dia sempat masuk ofis
on taim. Confirm dia speed atas highway. Jarak rumah ke ofis bukannya
dekat. Makan sejam setengah jugak lah. Haih. Tak suka dia bawak keta
lelaju. Tapi tu lah, salah aku jugak. Siapa suruh tak kunci jam malam
tadi.

Lepas Mamoru gerak pergi keje, aku sambung tidur balik. Pastu sekali
lagi lambat bangun.. huhu. Mencicit packing baju Ariff & Amarr pulak.
Mandipun asal air cecah badan. Pakai singlet je pegi keje (cover
dengan coat) - kes tak sempat gosok baju. Mekap? Pakai bedak aje. Tu
pun syarat je sebab tanak bagi muka nampak berkilat.

Lepas tukar pampers Ariff & Amarr, hantar sorang-sorang naik tingkat
atas ke rumah Kak Ina. Nak kejut suruh jalan sendiri, tak sampai hati.
Dedua still tidur lagi. Nak dukung dedua, pengsan aku nanti.. hihi.
Memang hazab gak la nak bawak beg baju derang, basikal, etc. Tapi anak
punya pasal kan.. semuaaaaaa dibolehkan aje.

Pastu berkejar pegi LRT. Kalau sempat, beli kuih kat tepi LRT buat
breakfast. Kalau tak, tahan je la perut sampai tengahari.

Haih. Nih la life orang jauh dari hubby. Selalu tu taim pagi, aku
rilek gila. Boleh mandi sampai bilik air penuh buih. Boleh spend masa
depan cermin sampai sejam. Bab anak-anak, semua Mamoru handle. Dia
tahu wife dia ni perlukan masa yang lama nak bersiap pegi keje.. huhu

Sekarang, rasainnn.

p/s: Malam tadi jari Ariff tersepit kat pintu bilik. Ariff yang
tersepit, aku yang meraung. Meraung sebab tengok Ariff sakit plus
meraung kena marah dengan Mamoru.. tsskk. Tapi nasib baik takde
apa-apa. Just melecet sikit jari dia. Sapu mintak gamat pastu balut
dengan hansaplast. Kesian anak mummy. Sorry sayang, Mummy tak perasan
Ariff kat tepi pintu malam tadi.

1 comment:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

memang kelam kabut handle anak sorang2.kesiannnya kena pintu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...