KENGKAWAN

Saturday, February 11, 2012

Rumet aku zaman universiti dulu

Hebat kan kuasa Facebook. Kau boleh jumpa siapa je kat situ.

Kawan zaman tadika, sekolah rendah, menengah, universiti. Malah kau punya first crush pun boleh jumpa kat situ. Haha, yang tu serious malu. Kalau boleh tamau add.

Aku jumpa FB Rumet aku zaman kat universiti dulu. Shahrizad Sulaiman nama dia. Gila lama tak jumpa dia nih. 10 tahun beb. Sepuluh tahun ok!

Aku panggil dia Sha. Tapi kengkawan lain panggil dia Ijad. Sangat sweet dan bersopan santun orangnya.

Aku kenal dia masa first semester tahun 1999 kat UUM, Sintok. Kitaorang duduk sebilik kat Blok E, Kolej Proton. Masa first year, kitaorang berkongsi bilik dengan 2 student lain kat tingkat 2 (Kak Chik & Yanie). Masa second year, dah jadi senior sikit, aku dapat bilik untuk 2 orang kat tingkat 4 dengan Sha.

Aku banyak terhutang budi dengan Sha. Dari dia la aku belajar macam mana nak guna komputer. Aku dulu buta komputer okeh. Pegang keyboard pun tak reti (seriyes). Zaman aku dulu, bilik siapa yang ada komputer, memang kira mewah habis (Taim ni laptop belum ada lagi). Sha nih kira dari keluarga yang berkemampuan jugak lah. Aku menumpang komputer dia buat assignment hehari.

Dari Sha jugak lah aku tahu macam mana nak guna internet. Dulu takde broadband waima wifi. Nak guna internet kena lah masuk lab. Sha lah orang pertama yang create email acct untuk aku. Dulu email yang fofular adalah Hotmail tau.

Sha nih punya lah baik sampai pernah datang beraya ke kampung aku bawak satu family dia sekali. Terharu dowh. Dah la family aku jenis nan hado. Memang family Sha ni jenis down to earth.

Aku start terpisah dengan Sha nih bila tercampak ke Kolej lain masa tahun ketiga kat U. Sha aktif kat Kolej, so dia dapat stay situ sampai final year. Aku kan jenis terpencil. Tau pegi-balik kelas-kolej-library. Memang wajib la kena tuko kolej.

Disebabkan jarak Kolej kediaman baru aku jauh dari Kolej Proton, memang langsung tak berjumla la kan. Course kami pun berlainan. Sah-sah lah fakulti tak sama. Kelas pun lelain. Sudahnya sampai ke hari nih tak penah berjumpa.

Tima kaseh la kat FB yang telah menjumpakan kami semula. Dah kawen dah Sha. Anak pun dah tiga (2 kembar). Hebat.

Oh, tujuan aku berceita pasal Sha, sebab nak tolong dia promot biznes tempahan langsir yang dia buat secara sambilan. Cantik langsir yang Sha buat. Kot-kot korang nak tempah untuk apa-apa occasion pun, contact lah ex-rumet aku, Shahrizad Sulaiman ya!

Buat Sha, terima kasih yang tak terhingga sebab banyak tolong dan ajar aku guna komputer. Ekceli, Sha tak ajar secara direct. Aku belajar indirect dengan cara tengok dia menaip kat Words, Excel, Powerpoint, etc. Malu woo nak mengaku buta komputer.. haha. Apa pun, tima kasih Sha, sebab bagi aku ber-eksperimentasi dengan komputer dia. Dan komputer dia jugak aku jadikan port layan citer Kuch-kuch hota hai masa citer tu glamer dulu.

Dan hari nih, disebabkan cerita tu main kat tv, aku teringatkan Sha. Teringatkan aku lenjan PC dia layan hindustan sampai bilik kena spotchek sebab CD adalah dilarang bawak masuk kampus. huahuahua.

Sha, u're the best rumet I ever had. Cherish the memories!





1 comment:

Deqna said...

keciknya dunia... sharizad ni kawan sekolah saya masa sekolah rendah dulu..... n she is my fb fren oso:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...