KENGKAWAN

Wednesday, March 28, 2012

Geng ABC dah insaf (Kot?)

Banyak betul keje sekarang ni. Terlalu banyak sampai tak ada masa nak
mengelat update blog taim ofis hour. Nak update masa kat rumah, jangan
harap la kan. Walaupun Ariff ada laptop dia sendiri, dia tetappp lah
nak kacau aku online kat pc satu lagi. Asyik suruh aku join dia
belajar ABC or join dia menyanyi & menari kat youtube. Tak layan kang,
dia merajuk.

Hm, aku rasa aku kena hantar Ariff masuk pre-school. Dia dah mahir ABC
(huruf besar dan huruf kecil). Nombor pun dah hafal. Sekarang Ariff
tengah belajar mengira dan mengeja yang simple-simple.

Aritu, Kak Ina (pengasuh Ariff) hantar anak dia masuk pre-school. Aku
nak masukkan Ariff sekali, so senang sikit Kak Ina nak hantar dan
ambil Ariff dari sekolah. Tapi Kak Ina cakap, sekolah tu just accept
budap umur 4 tahun ke atas je. Ariff 3 tahun pun belum. Tskk.. Nak
cari tempat lain, jauh lah pulak. Kalau aku ni housewife sepenuh masa
boleh lah nak hantar / ambil Ariff dari sekolah. Tambah pulak, Mamoru
jauh nun ke Selatan. Camno?

Alternatif yang ada just continue self study guna youtube dan aku ajar
dia guna apa yang ada kat rumah je.

Seronok tengok Ariff & Amarr study sesama kat youtube. Comel.

Sambung cerita pasal keje:

Remember Kakak A & Kakak B? Sekarang ni, dedua macam dah berubah.
Start dengan Kakak B. Aku tatau lah cahaya keinsafan apa yang dia
dapat sampai setiap kali terserempak dengan aku duk senyum
meleret-leret. Pastu bercakap pulak, punya lah lemah lembut sampai
naik pelik aku dibuatnya.

Tadi sorang colleague aku cakap, Kakak B jumpa dia dan minta maaf.
Katanya, Kakak B dah sedar salah sendiri. Kakak B cakap, dia silap
percaturan sebab terlalu mendengar cakap Kakak A. Ohhh patutlah baik
semacam. Kalau tak, berjalan sebelah aku sure hidung dia ke langit
manjang.

Kakak A? Aritu boss ajak aku meeting dengan boss-boss yang lain.
Discuss pasal "kehebatan" Kakak A. Boss siap cakap nak pecat Kakak A
kalau dia still ganggu staff yang lain. Aku tak banyak cakap pun dalam
meeting tu. Aku tak suka nak api-apikan orang. Kalau boss dah sedar
kesengsaraan yang staff lain rasa, alhamdullilah. Biarlah dia decide
sendiri tindakan yang dia nak amik. Pada aku, tak payah lah sampai nak
pecat bagai. Kesian pulak. Kakak A tu tinggal berapa tahun je lagi nak
retire. Asalkan Kakak A sedar diri dan ubah perangai, cukup lah.

Selain dari Kakak A dan Kakak B, kat sini juga ada Adik C. Aku tak
pernah cerita pasal C sebab dia tak pernah huru-hara kan hidup aku kat
ofis ni. Dia dengan aku ok. Cuma dengan staff lain je perangai dia
macam gamps sikit.

Dulu, A.B dan C adalah sangatttttt kamceng. Pembuli kolar putih
katakan. Bukan buli fizikal. Tapi buli secara mental. Punyalah ganas
geng ABC ni sampai Boss pun derang tak hormat. Sekarang apa sudah
jadi? Aku dengar aritu, A kutuk B; B mengata pasal C; C bergaduh
dengan B; B duk salah kah A.

Haishh, memacam lah. Derang ni lupa, life bukan selalunya kat atas.
Now, bila memasing tersepit kat bawah, baru nak insaf. Tapi dah
terlambat la kan. Mungkin orang boleh maafkan apa yang derang buat.
Tapi, untuk melupakan?? Susah beb.

Thursday, March 15, 2012

Bila aku dah fade-up

Semalam aku masuk bilik fotostat. Kakak A ada kat situ. Aku buat derk
je lah. Since kes bulan January aritu sampai hari ni aku memang malas
nak layan dia. Bercakap pun hal-hal official je.

Tapi semalam, tetiba dia bercakap dengan aku..

Kakak A: Akak ada mender nak cerita dengan awak ni
Aku: Cerita apa
Kakak A: Adalah.

Sengal kan. Tadi cakap nak cerita something. Pastu main tarik tali pulak.

Aku: Cerita apa.. (Suara aku taim ni dah mula bosan. Pada aku, kau nak
cakap, cakapp. Taknak cakap, aku tak kuasa nak tanya lelebih. Tak
minat nak panjangkan conversation ni)
Kakak A: Akak nak cakap pasal certain staff dalam dept ni yang dapat
promoted. Akak rasa awak pun mesti terkejut kalau dapat tau siapa.
Keje ntahapehapa pun dapat promoted.


Sure dia bajet aku akan tanya dia siapa yang dapat promoted. Instead,
aku just cakap "Ooo" pastu terus amik paper aku dan keluar dari bilik
tu.. huahuahua.

Serious aku bosan dengan orang macam ni. Mulut longkang. Apa point dia
nak cakap camtu? Nak laga-lagakan orang? Pedulik la siapa yang dapat
promoted. For sure that person deserved it. Siapa dia nak persoalkan
decision management. Dan satu lagi, yang dia kecoh nak bagitau orang
pasal ni sebelum dapat black and white, apahal? Takde integriti
langsung.

Aritu Kakak A merempan kat depan aku & colleagues yang lain. Kakak A
ni ada sejenis tabiat yang suka cakap secara memekak-mekak. Kakau
boleh, dia nak semua orang dengar apa yang dia nak ceritakan. Tak
kisah lah dia nak mengumpat ke apa, dia akan cakap kekuat. Seolah
macam tanak tanggung dosa sengsorang kalau tengah mengumpat tu. Biar
semua yang mendengar share dosa sorang sikit, baru adil kekdahnya.

Antara topik pilihan dia hehari;

Kutuk fesyen tudung staff lain. Esp sesiapa yang pakai tudung pasar
malam. Murah dan buruk katanya. Kena ikut style dia, beli tudung selai
harga ratus-ratus. Huh, beli je lah ratus-ratus.. pakainya tidak.

Kutuk staff bila asyik EL pasal anak-anak. Staff pregnant dia cakap
asyik beranak je. Pastu duk kutuk orang pergi Tesco bawak anak
berderet dalam troli. Kena pulak kalau bebudak kecik tadi menangis,
melalak, lagilaaaahh dia merempan tengok. Kata dia, kalau nak pegi
shopping, anak letak kat umah. Orang tak pernah merasa beranak dan tak
ada anak, memang camtu. Takkan faham hati seorang ibu.

Kutuk staff pakai baju komot. Katanya, dia tak pernah pegi ofis tak
iron baju . Dia tatau, kita pun gosok baju jugak. Berkeromot pun sebab
pepagi dukung anak, gomol anak sebelum pegi keje. Setakat baju komot
sebab anak apadehal.

Asyik cakap nak pegi haji tahun depan. Tapi dah berapa kali tahun
depan pun tak pegi-pegi jugak.

Asyik duk bangga duit banyak, saham banyak, setakat bonus 4, 5 bulan
tak heran katanya. Tapi setiap kali keluar lunch asyik laa suruh staff
lain dulukan. Bayarnya idakk.

Kalau dia puasa sunat, dia announce satu dept. Biar orang tau dia
puasa. Marah kalau orang makan depan dia. Pastu bila orang lain puasa
sunat, duk kutuk orang puasa sebab nak diet la, sebab dah tengah bulan
tak cukup duit la.

Bab mengumpat hal orang tak payah cerita lah. Habis luar dalam kain
orang dijajanya. Semua orang masuk dalam list umpat dia, takde
pengecualian. Even cerita laki sendiri & mak mentua pun dia kutuk
gila-gila. Orang camni, korang nilaikan lah sendiri.

Bab buka surat personal orang pun selamba je. Aritu 2 kali courier
yang bertulis nama aku dia bukak. Padahal terang-terang ada tulis P&C.
Pastu simpan sampai berhari-hari baru bagi aku, boleh? Surat agreement
loan rumah aku tu, beb! Sengal. Aku tau dia sengaja baca sebab dia nak
tau aku beli rumah apa, harga berapa? Kepochi sungguh. Member aku yang
lain pun banyak kali terkena dengan dia ni.

Banyak lagi lah. Yang aku tulis ni baru 10% dari perangai buruk dia.
10% ok. Selebihnya.. bayangkanlah sendiri.

Kengkadang aku kesian dengan Kakak A. Aku kesian dengan dia sebab rupa
dia ada iras macam arwah ibu aku. Tapi perangai macam langit dengan
bumi. Jauh beza dari arwah ibu. Aku tak faham kenapa dia perangai dia
camni. Teori aku:

Dia terlalu mengejar perfection
Dia menopaus
Dia takde life
Childhood dia hancus

Pernah sekali dia tak datang ofis 2 hari, semua orang dalam dept ni
hepi gila. Tenang dan damai je. Tak perlu dengar suara perempuan tua
terpekik terpekau umpat orang itu ini. Tapi 2 hari tu je lah yang
tenang. Sebab Kakak A tak pernah amik cuti. MC pun tak pernah. Kompeni
ni peruntukan annual leave 30 hari tapi aku rasa sure tetiap tahun
annual leave dia burn camtu je. Pelik aku dia tak pernah terfikir nak
pergi bercuti ke? Kalau aku takde anak macam dia konpem satu dunia ni
aku pusing.

Hm, rasanya salah satu teori aku betul: Dia memang takde life.

Wednesday, March 14, 2012

Bonus, salary adjustment & annual increment

Tahun ni murah rezeki anak-anak.

Hujung bulan ni dapat bonus.
InsyaAllah follow dengan salary adjustment. Dengar rumours gaji naik
antara 12% - 17%. Once confirm, aku akan dapat kenaikan gaji plus
jumlah lumsum backdated 12 months perbezaan dengan gaji sekarang.
Plusss bulan July ni ada annual salary increment lagi!

Terima kasih ya Allah atas rezeki-Mu

Kena sentiasa beringat untuk bersedekah dan berzakat. Biar rezeki
sentiasa berkat.

Tak sabar nak balik rumah. Nak kiss Ariff & Amarr. Nak kiss daddynya
tak dapat - jauh sangat.. huhu.

Serious tak larat

Aku tak faham kenapa aku ada kat ofis walaupun jiwa dan raga sedang
menanggung sengsara melawan virus selsema yang sangat dasyat.

Malam tadi aku buat prescription sendiri. Instead of makan sebiji
piriton, aku telan sampai 2 biji (tapi dalam jangkamasa selang 3 jam
lah). Kesannya? Sampai pagi ni aku rasa drowsy. Muka stim je tahan
mengantuk. Hingus still tak henti meleleh. Sengal lah.

Serious. Condition aku sejkarang ni adalah tak fit for work. So what
the hell am I doing here?

%^&*

Budak dan Bedak

Layan aje. Aku kalau nampak mender camni jadi, aku buat derk je. Lantak korang la nak buat apa. Nak tegah pun, dah sebotol abis. Biar dia main pepuas. Pastu.. bawak dedua masuk nilik air - mandi.


Corak abstrak yang terhasil.


Muka bebuat tak bersalah


Mandi bedak


"Ariff buat, mummy" Jawab dengan penuh bangga bila aku tanya.

Tuesday, March 13, 2012

Email dari member baru

Tetiba je kena selsema yang teruk. Nih semua gara-gara minum air batu
tengahari tadi. Haih sengal lah. Dah tau sakit tekak nak jugakkkk
minum ais. Sekarang, rasakan kau, aD!

Ok takder mender pun just saja nak share email yang aku dapat dari
kawan baru. Lama dah tak dapat email camni.. hihi. Maybe sebab aku dah
jarangg jaranggg update blog macam dulu.. tskk.

"Salam Ad!

Just to say hi and salam perkenalan la kate kannn.. Nama aku Deana.

Actually aku follower blog outdoorfreak ko tu.. Aku suke baca segale
entry update ko sume tu..
Aku follow since aku membrowsing blog2 / website taim aku nak panjat
Gng Kinabalu dulu.. as a persiapan la kan.. and skali pop up la blog
ko..
since that la aku dok syok mem follow outdoorfreak! And now aku da
member outdoorfreak..
Secara tak langsung aku membrowse la jugak perkembangan makeupfreak!
manariks!! i loike.. hehe

Ok la, tu dulu la buat mase ni.. harap ko sudi ber friend2 ngan aku..
sebab aku rase aku mempunyai minat utama yg sama mcm ko iaitu.. Hutan
& Gunung + Makeup + Bergambar.. hehe cume aku kureng terror membaking
and memasak cam ko sebab aku ade 1 minat lain yg tak brape same ngan
ko iaitu aku minat sukan permotoran.. Aku follow MOTOGP.. Thats about
me!

Salam perkenalan!
Regards,
Deana"


MotoGP?? Motor tu aku tau. Aku pun ada sebijik kat umah. Tak penah
naik pun. Mamoru tak bagi. Dari dia beli motor tu tahun 2009 sampai
tahun 2012 ni, tak sampai 10 kali dia naik motor tu. Purata setahun 2
kali je dia naik motor. Selebihnya, tersadai kat bawah umah sampai
sekarang. Tak faham aku motif Mamoru beli motor kalau setakat nak
biarkan berhabuk bawah rumah. Itu pun, ada hati dia nak beli motor
lagik besar. Motiff beli kalau tak bawak?

Tapi GP tu aku tataw. Apa tu? Haha, ketinggalan betul aku ni. Kena
google kejap lagi.

Anw, salam perkenalan Deana. Aku memang suka ramai kengkawan ni.
Lelebih lagi bebudak outdoor. Terima kasih jugak sebab sudi baca
luahan merapu aku kat sini.. hihi. Kalau nak masuk hutan tu, ajak la
aku sekali ya?

Sorang satu laptop

Zaman sekarang, bebudak dah guna iPad. Anak aku masih guna laptop.. hihi. Alah, sama je kot fungsi dia. Cuma, iPad or tablet lain senang diguna untuk main games. Aku tak gemar sangat ajar bebudak ni main games. Kalau games yang berfaedah (e.g., mengeja, mengira) takpe. Yang bagusnya bila Ariff dah pandai guna laptop / desktop, dia takde problem pun pakai iPad / iPhone or tablet pc yang lain.

Masa memula guna laptop tahun lepas, Ariff agak janggal jugak lah. Dia asyik sentuh skrin laptop. Maybe dia ingat macam guna iPad kut.. huhu. But now, dia dah pandaiiii!! Dia dah terer macam mana nak guna laptop sendiri tanpa bantuan sesiapa!


Ariff khusuk layan Mickey Mouse kat youbute. Update program kekanak yang Ariff suka: Charlie and the numbers & Agent OSO. Amarr tak pandai guna laptop lagi. Dia suka dengar lagu / tengok video kartun je. Tapi kena pasangkan laptop untuk dia juga sebab nanti dia kacau Ariff study.


Port study derang. Kat meja tv. Ohh.. itu lah Tv Samsung Plasma 43 inch yang dah retak skrin dia kena balingan toys Ariff. Tak sampai sebulan usia tv ni tau. No more tv buat masa ni. They can survive with laptops.

Cuma Mamoru je lah yang asyik duk pujuk beli tv baru. Tunggu dulu ya sayang. aD masih trauma mengenangkan dua tv LCD & Plasma kita yang rosak dalam tempoh 4 bulan.. tsskkk.

Monday, March 12, 2012

Dah jumpa, tapi..

Sambungan dari entry Nurul Nadirah, budak 5 tahun yang hilang di Johor.

Baca berita tadi, polis dah jumpa. Tapi, jumpa rangka je. Itu pun dah hangus terbakar. Sedih kan. Apa lah dosa budak usia 5 tahun tu. Ternganga mulut aku aku sekejap bila baca berita online ni.

Kalau sebelum ni aku teringin nak ada anak perempuan, sekarang aku macam takut. Ok aku tahu tak semua kekanak yang hilang tu perempuan. Ada juga yang lelaki. Tapi trauma laa bila fikir kekanak perempuan lebih terdedah pada memacam risiko.

Lindungi keluarga kami ya Allah. Lindungi anak-anak kami dari jenayah penculikan yang berleluasa ni. Lindungi mereka dari segala perkara yang tak diingini..

Charles & Keith warehouse sale

Aku tatau pun Charles & Keith buat warehouse sale (its their first warehouse sale sebenarnya), not until hubby forward email tentang warehouse sale ni kat aku Jumaat rituh.

Apakah maknanya kalau incik suami forward email camni? Memang dia cari nahas la kan.. huhu. Maknanya, dia bersedia untuk keluar duit poket extra untuk bulan ni.. hihi

So, sabtu pagi aritu, aku, ditemani dengan Mamoru, Ariff & Amarr telah pergi ke tempat warehouse sale ni. Masa aku sampai, orang boleh dikira dengan jari.

Mamoru suruh aku masuk sorang. Dia dan the kids tunggu dalam kereta. So nice of him. Or maybe, dia takut kami hilang anak bila aku start hilang akal tengok kasut yang cecantik yang dijual.

Turn up he's right. Tempat macam ni memang tak boleh bawak budak kecik. Setengah jam lepas tu orang ramai gila. Crowded gila sampai aku pun tak selesa. Dah la sales buat kat basement. Panassss ok.

Anw, I got myself six gorgeous pair of shoes! Total semua tak sampai RM250! In which, kalau aku pergi outlet C&K, aku hanya boleh dapat sepasang atau dua pasang kasut je dengan jumlah duit yang sama. Penat, tapi its worth every cent.


6 pairs heels. Dont know la when I'm going to wear this since I prefer wearing flip-flop or sport shoes to office. Scared they might end up under my office table.. hihi. Maybe I'll try one of those whenever I'm on a date with Mamoru. I always wanted to be beauty and sexy in his eyes :)



Are'nt these shoes gorgeous?

Friday, March 09, 2012

Karangan pendek di hari Jumaat

Jumaat. Hari yang dinanti-nanti bagi long distance wife macam aku.

Malam tadi sampai ke Subuh aku mengemas rumah. Nak sambut incik hubby
punya pasal. Ekceli bab mengemas tu sekejap je. Yang lamanya bila
tengah sidai selai baju, Ariff terjerit-jerit panggil aku duduk
sebelah dia layan ABC atau apa-apa lagu yang dia rasa nak nyanyi.
Pastu nak sidai lagi sehelai, kena panggil lagi nyanyi sama-sama.
Haih. Penat, tapi layankan aje sebab dia sangat enthusiastic untuk
belajar.

Ariff sekarang dah rajin menulis. Dia suka kalau aku duduk sebelah dia
pastu ajar dia tulis huruf / nombor. Pasni kena remind Mamoru belikan
buku latihan menulis ABC untuk Ariff sebab aku dah penat nak buat
garisan dot-dot-dot bentuk huruf untuk Ariff sambungkan.. huhuhu.

Amarr? Senang sangat nak jaga dia sekarang ni. Tak banyak ragam. Masih
tak pandai bercakap tapi dah faham apa yang orang cakap pada dia.
Setakat ni, alhamdullilah, dia tak kena food alergi macam dulu. Of cos
aku amik pre-caution dengan jauhkan segala makanan yang berbahaya
untuk dia (e.g., peanut). Tapi yang lelain, aku bagi juga dalam
kuantiti yang seminimum yang boleh. So, far tak ada lah dia collapse
macam dulu. Kulit dia pun tak ada rashes bila consume makanan yang ada
dalam senarai alergy list. Dia pun dah boleh share susu yang sama
dengan Ariff (Enfagrow). Aku harap sangat allergy dia hilang bila usia
dia semakin meningkat. Kesian lah kan kalau itu tak boleh makan, ini
tak boleh maka. Bila usia dia masuk 2 tahun dalam bulan Nov nanti, aku
nak bawa jumpa Paed. Buat blood test lagi.

Oh, aku pun nak buat personal appointment dengan doktor juga. Nak
check pasal lump kat bawah underarm sebelah kanan. Kecik je dalam
0.5mm saiz dia. Dah lama dah mender tu ada kat situ. Rasanya lebih 10
tahun. Aku tak rasa mender lah tu bahaya (minta dijauhkan Allah). Tak
sakit pun. Tapi, no harm kan untuk aku check dan buat minor surgery
untuk buang. Lagipun, kompeni provide unlimited medical benefit pegi
untuk memana hospital yang aku suka. So, better guna dengan sebaiknya.

My Deuter Exp 6 :)

As planned, tengahari semalam Deuter Exp 6 yang comel dah jadi milik aku.

Nana cakap beg tu terlalu rugged untuk dibawa ke ofis. Yup, she's
right. Mamoru pun mentioned mender yang sama. Tapi knowing me yang
memang aci sarung je apa yang boleh, derang tak terkata apa. Aku bukan
kisah pun nak pakai ofis attire dengan beg ni. Kalau nak suruh aku
pakai kurung dengan kasut sports pun, aku takde hal. I've done it all
the time, beb. Pedulik sama itu fashion police. Biarkan dia meroyan..
huhuhu

Dah ada beg ni, terasa macam terdengar-dengar panggilan untuk suruh
aku pergi trip daypack.. huahuahua.

Kak Lily Freelance ada ajak ke gunung Bujang Melaka kat Kampar, Perak.
Sorry kak, aku tak dapat join. Schedule dah penuh. Plus aku dah penah
pegi gunung ni. Nak merasa trek gunung lain pulak.. hihi.

Sham Castello pun ada invite ke gunung Yong Belar - Carlie Pondok - 3
Boundaries. Pun tak dapat join. Plus semua gunung ni aku dah
conquered.

Pastu ada satu lagi team yang aku tak berapa nak kenal pun ada ajak
pergi trip 6 hari hari ke gunung Chamah-Ulu Sepat. Yang ni memang aku
teruja sikit. Dah 7 tahun dedua gunung ni ada dalam wishlist aku beb.
Menariknya trip ni, derang kata hanya open untuk perempuan sahaja.
Hmm, aku tatau lah sama ada guide pun perempuan (I doubt it). Kalau
betul semua perempuan, aku konpem nak join.. (dengan harapan, takdelah
aku rasa bersalah masuk hutan tanpa Mamoru) hihihi.

Now tengah tunggu kot-kot ada team yang sudi buat trip ke gunung Bunga
Buah or weekend trip ke memana gunung dalam bulan April ni. Jangan
lupa invite aku eh.

Thursday, March 08, 2012

Minta tolong: Budak 5 tahun hilang

Dapat sms Nur Alert pagi ni. Aku tolong upload kat sini. Minta tolong
dari korang semua sebarkan ya.

Budak ini didapati hilang pada 1 Mac 2012 berdekatan dengan,
Blok A Pangsapuri Sri Delima
Bandar Seri Alam
Masai, Johor

Nama : Nurul Nadhirah bt Abdullah
Unur : 5 Tahun

Kepada sesiapa yang terjumpa/ternampak budak perempuan ini, sila
hubungi no di bawah.
Hubungi: 07-2254422

Wednesday, March 07, 2012

Nak beli beg baru


Mamoru dah registerkan nama aku untuk Energizer Night-Race 2012. Tapi yang sedihnya, derang letak nama kami under waiting list. Dah penuh uols. Fun Race 5.5km dah penuh, Race untuk 15.5km pun dah penuh. Kalau ada kosong pun, untuk Race 42km. Untuk beginner macam aku, takde maknanya lah kan nak lari sampai 42km dalam masa 6 jam. Mau tercabut segala tulang sendi aku nanti. Kalau nak paksa aku masuk 42km tu jugak, memang boleh, tapi mungkin aku ambil masa 12 jam nak complete semua.. huhuhuhu.

So, now kena tunggu je lah. Kalau ada kosong, dapatlah we ols join. Kalau takde pun takpe, still banyak night-race lain yang boleh dijoin.

Tengahari tadi, aku hampir kebuluran gara-gara nak beli beg punya pasal sampai tak sempat nak makan taim lunch hour.

Plan asal, nak cari sling bag yang lebih kurang serupa dengan beg aku kat Sogo. Tapi takde yang berkenan. Semua design beg macam saja nak memudahkan keje peragut merembat beg kat tepi jalan. Aku tak faham apa fungsi handbag / clutch cecantik yang nampak comel sangkut / kepit kat bahu tapi tak begitu selamat untuk dibawak berjalan. Berlambak lak design camtu kat market. Cuba lah buat design yang un-raguttable or anti-peragut (bahasa apakah?).

Disebabkan tak jumpa beg yang dicari, aku keluar dari Sogo lintas jalan ke Pertama. Nasib baik aku jalan sengsorang. Kalau bawak member ofis tadi, memang tersangkut kat Sogo jelah. Ada sales pulak tuu. Pheww.. nasib baik.

Kat Pertama, aku pegi kedai yang jual rucksack/haversack. Belek punya belek, aku terbekenan pulak kat Deuter small bagpack. Nampak comellll je pada pandangan mata aku. Kira boleh lah kalau aku nak guna bawak gi ofis hehari. Boleh ganti sling bag aku yang dah hazabbb tu.

Akan tetapiiii... gua tak bawak duit beb! Ada sepuluh ringgit je dalam poket. Debit kad takde, ATM kad takde, IC pun takde. Yer.. aku kalau berjalan taim lunch memang bawak seploh inggit je. Dah terbiasa. Sebab kalau bawak lebih, memang belanja pun lebih la kan.

So, esok kena repeat semula ke Pertama Kompleks beli beg tu. Tapi esok maybe aku tak pegi sorang. Member ofis aku awal-awal dah sound nak ikut.

Nana: Tadi hang pi mana?
Aku: Cari beg kat Sogo. Beg sekarang ni dah hazabb sangat rupanya.
Nana: Ha'ah lah. Dari aritu lagi saya nak tegoq. Beg hang burukkkk. Nama je keje bank, bawak beg buruk.
Aku: Huk aloh. Straight to the point betul la hang ni.. hahaha.
Nana: Dah beli ka?
Aku: Belum, tadi lupa bawak duit. Esok pegi beli kut
Nana: Nak ikottttt.

Sengal lah opismate aku ni. Mulut takde insurans.. hahaha.

Takper, layankan aje. Lagipun, statement dia adalah sangattt jujur.

Aku suka orang macam ni :)

Nih la beg sling yang dah 3 tahun jadi peneman setia setiap kali aku ke opis.


Kesan koyak dan gelembung yang makin ketara.


Beg yang aku nak beli.. hihihi Deuter EXP 6 (SL). Agak-agak sesuai tak kalau nak bawa ke ofis? Mau meroyan Kakak A tengok aku angkut beg ni masuk ofis kan? Dia tu polis fashion ok.. *letak dedua tangan atas bahu, mata pandang atas sambil buka mulut sikit*

Monday, March 05, 2012

Beg aku hilang

Sabtu aritu aku ajak Mamoru pergi breakfast kat area ofis lama aku
dulu (Harvard Business School Alumni - HBS). Macam rindu pulak kan nak
sarapan kat situ. Maklum lah, sebelum ni, 7 tahun aku keje dengan HBS.
Tekak dah terbiasa makan kat area situ.

Dulu masa keje kat HBS, aku jarang keluar lunch (sebab takde geng).
So, aku akan collect semua contact no restoran kat area situ dan call
je suruh derang deliver. Serious pemalas nak turun.. huhu. The good
thing is, even aku order sekeping roti canai pun derang akan hantar
tau. Best kan?

Rindu keje kat HBS. Tapi takper, keje aku sekarang lagi best hihi.

Ok, ekceli aku bukan nak cerita pasal tempat keje. Aku nak cerita
pasal beg aku hilang masa tengah makan kat area ofis tu. Correction,
bukan hilang tapi tertinggal.. tsskk

Yes, uols. Aku dengan selambanya telah meninggalkan beg sling aku kat
restoran depan HBS. Dah sampai rumah baru perasan ok. Berderau darah
aku duk cari dalam keta tak jumpa. Bila teringat aku tertingal beg tu
kat atas kerusi restoran.. terus rasa nak pingsan.

"B, beg tertingga!!! Macam mana ni? Habislah. Macam mana kalau ada
orang amik? Sure ada orang amik! bla bla bla" Meroyan tetiba.

"Diam!!" Marah Mamoru.

Terus akak senyap sunyi duduk dendiam dalam kereta noks.

Ekceli, Mamoru bukan marah. Dia tak suka aku panik. Sebab nanti dia
pun panik sekali.. huhu.

Adalah dalam 15minit nak patah balik ke tempat tu dari rumah kami.
Nasib baik jalan tak jem. Kalau takkk, hazabbbb. Area PJ tuu.

Dalam hati aku tak putus-putus berdoa dan berharap beg aku ada kat
situ walaupun aku tau semua tu mustahil. Terbayang-bayang dalam kepala
aku cleaner yang duk mop lantai kat area ofis tu. Pastu terbayang
pulak orang yang lalu-lalang tepi beg aku. Takkan derang nak pandang
je kan. Rezeki depan mata.

Bila sampai sana, aku terus pergi kat kerusi yang aku duduk. Tapi
halfway, sorang staff restoran tu tahan aku. Beg aku ada kat dia. Dia
tolong simpankan!!

Syukur alhamdullilah. Kuasa Tuhan kan.. sangat miracle. Err.. miracle
dalam bahasa apa ek? Ah pedulik.

Lebih miracle lagi, bila semua yang ada dalam beg aku langsung tak terusik.

Nasib baik staff restoran tu lelaki. Kalau perempuan, memang aku dah
peluk..huhu.

Sebut pasal peluk, semalam aku jumpa sorang member lama: Kak Mai. Lama
tak jumpa dia tau. Kak Mai ni antara orang pertama yang aku kenal masa
aku start mendaki gunung dulu. Last trekking dengan Kak Mai masa
mendaki gunung Ulu Jerneh kat Selama, Perak. Eh bukannnnn.. last trip
masa pergi Trans V2 tahun 2006.

Kebetulan semalam aku ada job makeup pengantin kat area PJ. Masa
tengah drive kat kawasan perumahan kat situ, Mamoru cakap "Tu macam
kak Mai". Aku turunkan tingkap keta tengok Kak Mai tengah sidai baju.
Terjerit aku panggil Kak Mai.. haha.

Berlari aku turun keta pegi kat dia. Yang kelakar tu, eksaited sangat
sampai nak salam pun dah tak reti. Last-last aku peluk je Kak Mai
kekuat. Kak Mai still macam dulu. Comel. Rambut je dah banyak kaler
kelabu. Tapi still, comel.

Tak sempat nak borak lelama. Kak Mai kata, dia still mendaki gunung
cuma dah jarang-jarang. Sekarang dia aktif night-run. Aku dah agak.
Kalau orang outdoor tu, dia akan buat apa je xtvt untuk kekal aktif.

Night-run eh? Sounds like fun! I want to join too!! At least, aku
still boleh aktiff tanpa berjauhan dari Ariff & Amarr. Maksud aku, aku
akan berlari masa derang dah nenyak tidur. So, they won't be missing
me taim tidur kan? Mamoru pun approve dan bagi green light. Dia siap
suggest aku register untuk Energizer Night-run nanti.

Alright then! First, jom cari running-shoes & head lamp. Pastu, lets run!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...