KENGKAWAN

Monday, March 05, 2012

Beg aku hilang

Sabtu aritu aku ajak Mamoru pergi breakfast kat area ofis lama aku
dulu (Harvard Business School Alumni - HBS). Macam rindu pulak kan nak
sarapan kat situ. Maklum lah, sebelum ni, 7 tahun aku keje dengan HBS.
Tekak dah terbiasa makan kat area situ.

Dulu masa keje kat HBS, aku jarang keluar lunch (sebab takde geng).
So, aku akan collect semua contact no restoran kat area situ dan call
je suruh derang deliver. Serious pemalas nak turun.. huhu. The good
thing is, even aku order sekeping roti canai pun derang akan hantar
tau. Best kan?

Rindu keje kat HBS. Tapi takper, keje aku sekarang lagi best hihi.

Ok, ekceli aku bukan nak cerita pasal tempat keje. Aku nak cerita
pasal beg aku hilang masa tengah makan kat area ofis tu. Correction,
bukan hilang tapi tertinggal.. tsskk

Yes, uols. Aku dengan selambanya telah meninggalkan beg sling aku kat
restoran depan HBS. Dah sampai rumah baru perasan ok. Berderau darah
aku duk cari dalam keta tak jumpa. Bila teringat aku tertingal beg tu
kat atas kerusi restoran.. terus rasa nak pingsan.

"B, beg tertingga!!! Macam mana ni? Habislah. Macam mana kalau ada
orang amik? Sure ada orang amik! bla bla bla" Meroyan tetiba.

"Diam!!" Marah Mamoru.

Terus akak senyap sunyi duduk dendiam dalam kereta noks.

Ekceli, Mamoru bukan marah. Dia tak suka aku panik. Sebab nanti dia
pun panik sekali.. huhu.

Adalah dalam 15minit nak patah balik ke tempat tu dari rumah kami.
Nasib baik jalan tak jem. Kalau takkk, hazabbbb. Area PJ tuu.

Dalam hati aku tak putus-putus berdoa dan berharap beg aku ada kat
situ walaupun aku tau semua tu mustahil. Terbayang-bayang dalam kepala
aku cleaner yang duk mop lantai kat area ofis tu. Pastu terbayang
pulak orang yang lalu-lalang tepi beg aku. Takkan derang nak pandang
je kan. Rezeki depan mata.

Bila sampai sana, aku terus pergi kat kerusi yang aku duduk. Tapi
halfway, sorang staff restoran tu tahan aku. Beg aku ada kat dia. Dia
tolong simpankan!!

Syukur alhamdullilah. Kuasa Tuhan kan.. sangat miracle. Err.. miracle
dalam bahasa apa ek? Ah pedulik.

Lebih miracle lagi, bila semua yang ada dalam beg aku langsung tak terusik.

Nasib baik staff restoran tu lelaki. Kalau perempuan, memang aku dah
peluk..huhu.

Sebut pasal peluk, semalam aku jumpa sorang member lama: Kak Mai. Lama
tak jumpa dia tau. Kak Mai ni antara orang pertama yang aku kenal masa
aku start mendaki gunung dulu. Last trekking dengan Kak Mai masa
mendaki gunung Ulu Jerneh kat Selama, Perak. Eh bukannnnn.. last trip
masa pergi Trans V2 tahun 2006.

Kebetulan semalam aku ada job makeup pengantin kat area PJ. Masa
tengah drive kat kawasan perumahan kat situ, Mamoru cakap "Tu macam
kak Mai". Aku turunkan tingkap keta tengok Kak Mai tengah sidai baju.
Terjerit aku panggil Kak Mai.. haha.

Berlari aku turun keta pegi kat dia. Yang kelakar tu, eksaited sangat
sampai nak salam pun dah tak reti. Last-last aku peluk je Kak Mai
kekuat. Kak Mai still macam dulu. Comel. Rambut je dah banyak kaler
kelabu. Tapi still, comel.

Tak sempat nak borak lelama. Kak Mai kata, dia still mendaki gunung
cuma dah jarang-jarang. Sekarang dia aktif night-run. Aku dah agak.
Kalau orang outdoor tu, dia akan buat apa je xtvt untuk kekal aktif.

Night-run eh? Sounds like fun! I want to join too!! At least, aku
still boleh aktiff tanpa berjauhan dari Ariff & Amarr. Maksud aku, aku
akan berlari masa derang dah nenyak tidur. So, they won't be missing
me taim tidur kan? Mamoru pun approve dan bagi green light. Dia siap
suggest aku register untuk Energizer Night-run nanti.

Alright then! First, jom cari running-shoes & head lamp. Pastu, lets run!!!

2 comments:

atty's said...

Nasib budak tu jujur, ad kasi ler budak tu present.

imal's said...

Syukur beg akak jumpa balik. Zaman sekarang susah nk jmpa org jujur camtu.. tu lah kuasa doa yg dpat membalikkan hti manusia kan kak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...