Thursday, March 15, 2012

Bila aku dah fade-up

Semalam aku masuk bilik fotostat. Kakak A ada kat situ. Aku buat derk
je lah. Since kes bulan January aritu sampai hari ni aku memang malas
nak layan dia. Bercakap pun hal-hal official je.

Tapi semalam, tetiba dia bercakap dengan aku..

Kakak A: Akak ada mender nak cerita dengan awak ni
Aku: Cerita apa
Kakak A: Adalah.

Sengal kan. Tadi cakap nak cerita something. Pastu main tarik tali pulak.

Aku: Cerita apa.. (Suara aku taim ni dah mula bosan. Pada aku, kau nak
cakap, cakapp. Taknak cakap, aku tak kuasa nak tanya lelebih. Tak
minat nak panjangkan conversation ni)
Kakak A: Akak nak cakap pasal certain staff dalam dept ni yang dapat
promoted. Akak rasa awak pun mesti terkejut kalau dapat tau siapa.
Keje ntahapehapa pun dapat promoted.


Sure dia bajet aku akan tanya dia siapa yang dapat promoted. Instead,
aku just cakap "Ooo" pastu terus amik paper aku dan keluar dari bilik
tu.. huahuahua.

Serious aku bosan dengan orang macam ni. Mulut longkang. Apa point dia
nak cakap camtu? Nak laga-lagakan orang? Pedulik la siapa yang dapat
promoted. For sure that person deserved it. Siapa dia nak persoalkan
decision management. Dan satu lagi, yang dia kecoh nak bagitau orang
pasal ni sebelum dapat black and white, apahal? Takde integriti
langsung.

Aritu Kakak A merempan kat depan aku & colleagues yang lain. Kakak A
ni ada sejenis tabiat yang suka cakap secara memekak-mekak. Kakau
boleh, dia nak semua orang dengar apa yang dia nak ceritakan. Tak
kisah lah dia nak mengumpat ke apa, dia akan cakap kekuat. Seolah
macam tanak tanggung dosa sengsorang kalau tengah mengumpat tu. Biar
semua yang mendengar share dosa sorang sikit, baru adil kekdahnya.

Antara topik pilihan dia hehari;

Kutuk fesyen tudung staff lain. Esp sesiapa yang pakai tudung pasar
malam. Murah dan buruk katanya. Kena ikut style dia, beli tudung selai
harga ratus-ratus. Huh, beli je lah ratus-ratus.. pakainya tidak.

Kutuk staff bila asyik EL pasal anak-anak. Staff pregnant dia cakap
asyik beranak je. Pastu duk kutuk orang pergi Tesco bawak anak
berderet dalam troli. Kena pulak kalau bebudak kecik tadi menangis,
melalak, lagilaaaahh dia merempan tengok. Kata dia, kalau nak pegi
shopping, anak letak kat umah. Orang tak pernah merasa beranak dan tak
ada anak, memang camtu. Takkan faham hati seorang ibu.

Kutuk staff pakai baju komot. Katanya, dia tak pernah pegi ofis tak
iron baju . Dia tatau, kita pun gosok baju jugak. Berkeromot pun sebab
pepagi dukung anak, gomol anak sebelum pegi keje. Setakat baju komot
sebab anak apadehal.

Asyik cakap nak pegi haji tahun depan. Tapi dah berapa kali tahun
depan pun tak pegi-pegi jugak.

Asyik duk bangga duit banyak, saham banyak, setakat bonus 4, 5 bulan
tak heran katanya. Tapi setiap kali keluar lunch asyik laa suruh staff
lain dulukan. Bayarnya idakk.

Kalau dia puasa sunat, dia announce satu dept. Biar orang tau dia
puasa. Marah kalau orang makan depan dia. Pastu bila orang lain puasa
sunat, duk kutuk orang puasa sebab nak diet la, sebab dah tengah bulan
tak cukup duit la.

Bab mengumpat hal orang tak payah cerita lah. Habis luar dalam kain
orang dijajanya. Semua orang masuk dalam list umpat dia, takde
pengecualian. Even cerita laki sendiri & mak mentua pun dia kutuk
gila-gila. Orang camni, korang nilaikan lah sendiri.

Bab buka surat personal orang pun selamba je. Aritu 2 kali courier
yang bertulis nama aku dia bukak. Padahal terang-terang ada tulis P&C.
Pastu simpan sampai berhari-hari baru bagi aku, boleh? Surat agreement
loan rumah aku tu, beb! Sengal. Aku tau dia sengaja baca sebab dia nak
tau aku beli rumah apa, harga berapa? Kepochi sungguh. Member aku yang
lain pun banyak kali terkena dengan dia ni.

Banyak lagi lah. Yang aku tulis ni baru 10% dari perangai buruk dia.
10% ok. Selebihnya.. bayangkanlah sendiri.

Kengkadang aku kesian dengan Kakak A. Aku kesian dengan dia sebab rupa
dia ada iras macam arwah ibu aku. Tapi perangai macam langit dengan
bumi. Jauh beza dari arwah ibu. Aku tak faham kenapa dia perangai dia
camni. Teori aku:

Dia terlalu mengejar perfection
Dia menopaus
Dia takde life
Childhood dia hancus

Pernah sekali dia tak datang ofis 2 hari, semua orang dalam dept ni
hepi gila. Tenang dan damai je. Tak perlu dengar suara perempuan tua
terpekik terpekau umpat orang itu ini. Tapi 2 hari tu je lah yang
tenang. Sebab Kakak A tak pernah amik cuti. MC pun tak pernah. Kompeni
ni peruntukan annual leave 30 hari tapi aku rasa sure tetiap tahun
annual leave dia burn camtu je. Pelik aku dia tak pernah terfikir nak
pergi bercuti ke? Kalau aku takde anak macam dia konpem satu dunia ni
aku pusing.

Hm, rasanya salah satu teori aku betul: Dia memang takde life.

5 comments:

Anonymous said...

Tak lalunya nak berhubung dgn org mcm ni.. ada yg kurang teruk pun dh x lalu, inikan br 10% teruk.. walaweeeh...

Diana AR said...

moga dia diberi hidayah..amin

Anonymous said...

Lawak antarabangsa....
u did cheer up my day.... TQ

Cicada2nd said...

Dia menopaus. i like i like. i can feel ur hangin with that sentences.

JaSmIn said...

ishk2 konfem lah kak org ni xde life..ishk2