KENGKAWAN

Monday, March 12, 2012

Dah jumpa, tapi..

Sambungan dari entry Nurul Nadirah, budak 5 tahun yang hilang di Johor.

Baca berita tadi, polis dah jumpa. Tapi, jumpa rangka je. Itu pun dah hangus terbakar. Sedih kan. Apa lah dosa budak usia 5 tahun tu. Ternganga mulut aku aku sekejap bila baca berita online ni.

Kalau sebelum ni aku teringin nak ada anak perempuan, sekarang aku macam takut. Ok aku tahu tak semua kekanak yang hilang tu perempuan. Ada juga yang lelaki. Tapi trauma laa bila fikir kekanak perempuan lebih terdedah pada memacam risiko.

Lindungi keluarga kami ya Allah. Lindungi anak-anak kami dari jenayah penculikan yang berleluasa ni. Lindungi mereka dari segala perkara yang tak diingini..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...