KENGKAWAN

Wednesday, March 28, 2012

Geng ABC dah insaf (Kot?)

Banyak betul keje sekarang ni. Terlalu banyak sampai tak ada masa nak
mengelat update blog taim ofis hour. Nak update masa kat rumah, jangan
harap la kan. Walaupun Ariff ada laptop dia sendiri, dia tetappp lah
nak kacau aku online kat pc satu lagi. Asyik suruh aku join dia
belajar ABC or join dia menyanyi & menari kat youtube. Tak layan kang,
dia merajuk.

Hm, aku rasa aku kena hantar Ariff masuk pre-school. Dia dah mahir ABC
(huruf besar dan huruf kecil). Nombor pun dah hafal. Sekarang Ariff
tengah belajar mengira dan mengeja yang simple-simple.

Aritu, Kak Ina (pengasuh Ariff) hantar anak dia masuk pre-school. Aku
nak masukkan Ariff sekali, so senang sikit Kak Ina nak hantar dan
ambil Ariff dari sekolah. Tapi Kak Ina cakap, sekolah tu just accept
budap umur 4 tahun ke atas je. Ariff 3 tahun pun belum. Tskk.. Nak
cari tempat lain, jauh lah pulak. Kalau aku ni housewife sepenuh masa
boleh lah nak hantar / ambil Ariff dari sekolah. Tambah pulak, Mamoru
jauh nun ke Selatan. Camno?

Alternatif yang ada just continue self study guna youtube dan aku ajar
dia guna apa yang ada kat rumah je.

Seronok tengok Ariff & Amarr study sesama kat youtube. Comel.

Sambung cerita pasal keje:

Remember Kakak A & Kakak B? Sekarang ni, dedua macam dah berubah.
Start dengan Kakak B. Aku tatau lah cahaya keinsafan apa yang dia
dapat sampai setiap kali terserempak dengan aku duk senyum
meleret-leret. Pastu bercakap pulak, punya lah lemah lembut sampai
naik pelik aku dibuatnya.

Tadi sorang colleague aku cakap, Kakak B jumpa dia dan minta maaf.
Katanya, Kakak B dah sedar salah sendiri. Kakak B cakap, dia silap
percaturan sebab terlalu mendengar cakap Kakak A. Ohhh patutlah baik
semacam. Kalau tak, berjalan sebelah aku sure hidung dia ke langit
manjang.

Kakak A? Aritu boss ajak aku meeting dengan boss-boss yang lain.
Discuss pasal "kehebatan" Kakak A. Boss siap cakap nak pecat Kakak A
kalau dia still ganggu staff yang lain. Aku tak banyak cakap pun dalam
meeting tu. Aku tak suka nak api-apikan orang. Kalau boss dah sedar
kesengsaraan yang staff lain rasa, alhamdullilah. Biarlah dia decide
sendiri tindakan yang dia nak amik. Pada aku, tak payah lah sampai nak
pecat bagai. Kesian pulak. Kakak A tu tinggal berapa tahun je lagi nak
retire. Asalkan Kakak A sedar diri dan ubah perangai, cukup lah.

Selain dari Kakak A dan Kakak B, kat sini juga ada Adik C. Aku tak
pernah cerita pasal C sebab dia tak pernah huru-hara kan hidup aku kat
ofis ni. Dia dengan aku ok. Cuma dengan staff lain je perangai dia
macam gamps sikit.

Dulu, A.B dan C adalah sangatttttt kamceng. Pembuli kolar putih
katakan. Bukan buli fizikal. Tapi buli secara mental. Punyalah ganas
geng ABC ni sampai Boss pun derang tak hormat. Sekarang apa sudah
jadi? Aku dengar aritu, A kutuk B; B mengata pasal C; C bergaduh
dengan B; B duk salah kah A.

Haishh, memacam lah. Derang ni lupa, life bukan selalunya kat atas.
Now, bila memasing tersepit kat bawah, baru nak insaf. Tapi dah
terlambat la kan. Mungkin orang boleh maafkan apa yang derang buat.
Tapi, untuk melupakan?? Susah beb.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...