Friday, March 09, 2012

Karangan pendek di hari Jumaat

Jumaat. Hari yang dinanti-nanti bagi long distance wife macam aku.

Malam tadi sampai ke Subuh aku mengemas rumah. Nak sambut incik hubby
punya pasal. Ekceli bab mengemas tu sekejap je. Yang lamanya bila
tengah sidai selai baju, Ariff terjerit-jerit panggil aku duduk
sebelah dia layan ABC atau apa-apa lagu yang dia rasa nak nyanyi.
Pastu nak sidai lagi sehelai, kena panggil lagi nyanyi sama-sama.
Haih. Penat, tapi layankan aje sebab dia sangat enthusiastic untuk
belajar.

Ariff sekarang dah rajin menulis. Dia suka kalau aku duduk sebelah dia
pastu ajar dia tulis huruf / nombor. Pasni kena remind Mamoru belikan
buku latihan menulis ABC untuk Ariff sebab aku dah penat nak buat
garisan dot-dot-dot bentuk huruf untuk Ariff sambungkan.. huhuhu.

Amarr? Senang sangat nak jaga dia sekarang ni. Tak banyak ragam. Masih
tak pandai bercakap tapi dah faham apa yang orang cakap pada dia.
Setakat ni, alhamdullilah, dia tak kena food alergi macam dulu. Of cos
aku amik pre-caution dengan jauhkan segala makanan yang berbahaya
untuk dia (e.g., peanut). Tapi yang lelain, aku bagi juga dalam
kuantiti yang seminimum yang boleh. So, far tak ada lah dia collapse
macam dulu. Kulit dia pun tak ada rashes bila consume makanan yang ada
dalam senarai alergy list. Dia pun dah boleh share susu yang sama
dengan Ariff (Enfagrow). Aku harap sangat allergy dia hilang bila usia
dia semakin meningkat. Kesian lah kan kalau itu tak boleh makan, ini
tak boleh maka. Bila usia dia masuk 2 tahun dalam bulan Nov nanti, aku
nak bawa jumpa Paed. Buat blood test lagi.

Oh, aku pun nak buat personal appointment dengan doktor juga. Nak
check pasal lump kat bawah underarm sebelah kanan. Kecik je dalam
0.5mm saiz dia. Dah lama dah mender tu ada kat situ. Rasanya lebih 10
tahun. Aku tak rasa mender lah tu bahaya (minta dijauhkan Allah). Tak
sakit pun. Tapi, no harm kan untuk aku check dan buat minor surgery
untuk buang. Lagipun, kompeni provide unlimited medical benefit pegi
untuk memana hospital yang aku suka. So, better guna dengan sebaiknya.

No comments: