KENGKAWAN

Wednesday, March 07, 2012

Nak beli beg baru


Mamoru dah registerkan nama aku untuk Energizer Night-Race 2012. Tapi yang sedihnya, derang letak nama kami under waiting list. Dah penuh uols. Fun Race 5.5km dah penuh, Race untuk 15.5km pun dah penuh. Kalau ada kosong pun, untuk Race 42km. Untuk beginner macam aku, takde maknanya lah kan nak lari sampai 42km dalam masa 6 jam. Mau tercabut segala tulang sendi aku nanti. Kalau nak paksa aku masuk 42km tu jugak, memang boleh, tapi mungkin aku ambil masa 12 jam nak complete semua.. huhuhuhu.

So, now kena tunggu je lah. Kalau ada kosong, dapatlah we ols join. Kalau takde pun takpe, still banyak night-race lain yang boleh dijoin.

Tengahari tadi, aku hampir kebuluran gara-gara nak beli beg punya pasal sampai tak sempat nak makan taim lunch hour.

Plan asal, nak cari sling bag yang lebih kurang serupa dengan beg aku kat Sogo. Tapi takde yang berkenan. Semua design beg macam saja nak memudahkan keje peragut merembat beg kat tepi jalan. Aku tak faham apa fungsi handbag / clutch cecantik yang nampak comel sangkut / kepit kat bahu tapi tak begitu selamat untuk dibawak berjalan. Berlambak lak design camtu kat market. Cuba lah buat design yang un-raguttable or anti-peragut (bahasa apakah?).

Disebabkan tak jumpa beg yang dicari, aku keluar dari Sogo lintas jalan ke Pertama. Nasib baik aku jalan sengsorang. Kalau bawak member ofis tadi, memang tersangkut kat Sogo jelah. Ada sales pulak tuu. Pheww.. nasib baik.

Kat Pertama, aku pegi kedai yang jual rucksack/haversack. Belek punya belek, aku terbekenan pulak kat Deuter small bagpack. Nampak comellll je pada pandangan mata aku. Kira boleh lah kalau aku nak guna bawak gi ofis hehari. Boleh ganti sling bag aku yang dah hazabbb tu.

Akan tetapiiii... gua tak bawak duit beb! Ada sepuluh ringgit je dalam poket. Debit kad takde, ATM kad takde, IC pun takde. Yer.. aku kalau berjalan taim lunch memang bawak seploh inggit je. Dah terbiasa. Sebab kalau bawak lebih, memang belanja pun lebih la kan.

So, esok kena repeat semula ke Pertama Kompleks beli beg tu. Tapi esok maybe aku tak pegi sorang. Member ofis aku awal-awal dah sound nak ikut.

Nana: Tadi hang pi mana?
Aku: Cari beg kat Sogo. Beg sekarang ni dah hazabb sangat rupanya.
Nana: Ha'ah lah. Dari aritu lagi saya nak tegoq. Beg hang burukkkk. Nama je keje bank, bawak beg buruk.
Aku: Huk aloh. Straight to the point betul la hang ni.. hahaha.
Nana: Dah beli ka?
Aku: Belum, tadi lupa bawak duit. Esok pegi beli kut
Nana: Nak ikottttt.

Sengal lah opismate aku ni. Mulut takde insurans.. hahaha.

Takper, layankan aje. Lagipun, statement dia adalah sangattt jujur.

Aku suka orang macam ni :)

Nih la beg sling yang dah 3 tahun jadi peneman setia setiap kali aku ke opis.


Kesan koyak dan gelembung yang makin ketara.


Beg yang aku nak beli.. hihihi Deuter EXP 6 (SL). Agak-agak sesuai tak kalau nak bawa ke ofis? Mau meroyan Kakak A tengok aku angkut beg ni masuk ofis kan? Dia tu polis fashion ok.. *letak dedua tangan atas bahu, mata pandang atas sambil buka mulut sikit*

1 comment:

D said...

Ahahaha.. dah bole bole tukar da tu Ad.. bag smpi da gelembung2 okey..
Aku setuju je ko bli Bag Deuter tuh.. Sesuai pun sesuai.. selamat pun selamat.. heheh..cantek pun cantek..
Pegi lantak la ngan 'polis fashion' kat opis ko tu.. Janji ko yang selesa nak bawak bag tu kannn...

Eh, sogo tengah sale eh skg? smpi bile eh? hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...