KENGKAWAN

Monday, April 23, 2012

Makeupfreak : Professional makeup artist

Remember last week aku cakap tentang satu gajet yang aku nak beli. I
got it already... hihi. Apakah? Airbrush makeup uols! *berpeluh keluar
duit*

Ladies and gentleman,

Makeupfreak kini melebarkan sayapnya dengan megah. We are moving from
using traditional makeup application (by using brush) to Airbrush
makeup! *wink wink*

I also change my Makeupfreak tagline to : "Flawless & Fabulous!"

But... of coz our pricing will be different (but still affordable -
kalau tak caya sila request for quotation dan compare dengan pricing
makeup artist lain). Makeupfreak offer hasil makeup yang setanding
dengan makeup artist popular yang lain dengan harga yang lebih
mampu-milik (affordable).

Dan pada uols yang mementingkan budget not too worry, we still offer
our traditional ways of doing makeup (with excellent result) with the
same price.

Lawati website akak at www.makeupfreak.net atau search Makeupfreak
page kat Facebook (kat sidebar blog nih pun ada link ke Makeupfreak
Facebook ok). Makeupfreak fans dah hampir mencecah 15,000 orang. Jom
meramai-tamaikan lagi!

Next: Atas desakan dari Makeupfreak fans, Makeupfreak akan officially
mengadakan Makeup class for beginner / intermediate / advance makeup
artist course untuk student yang berminat! *coming soon*. Sila
bersabar. Kepada yang berminat, sila email detail (nama, umur, contact
no, address dan jenis kelas yang ingin uols attend)

p/s: Eh jap, jap. Tahu ke apa itu airbrush makeup? Tataw? *matilah* ..
(sila google ya, koser akak pum pang, pum pang kalau korang tatau)

Wednesday, April 18, 2012

Adidas King Of The Road 2012

Mamoru dah registerkan nama kami berdua untuk larian Adidas King of
The Road 2012 untuk kategori 10km.

Tarikh lambat lagi. Tapi tak kisah lah sebab kami lari just for fun.
Takde lah nak aim hadiah bagai. Sekadar nak mempelbagaikan aktiviti
bersama. Kata love kan.. hihi.

Kalau boleh aku nak buat memacam mender baru dengan Mamoru. Antara
yang masih dalam planning, ballroom dance, mendaki gunung.. huhuhu.

Kalau nak ikutkan, jadual kami sangat padat sampai tak ada masa nak
buat xtvt baru. Tapi kalau asyik nak fikir takde masa, sampai bebila
pun takkan ada masa kan. Jadi, jangan biarkan diri dibuli oleh masa.

Ya, renung-renungkan dan selamat beramal (huahuahua)

Nak beli itu

Sekejap je dah Rabu. Hebat. Ini lah yang bestnya bila semalam baru
masuk keje selepas lebih seminggu bercuti.

Mood dalam minggu ni adalah sangat best!

Oh, pagi ni ada berita yang buat aku tatau sama ada nak react hepi
atau sedih. Aku baru dapat tau yang Kakak A mungkin akan dibuang keje.
Reason being: masalah attitude yang teruk plus some other reasons yang
memang dah semua orang kat sini tau.

Aku rasa aku patut rasa hepi dengan berita ni. Tapi, ntah. Instead aku
sedih pulak. Tetiba timbul rasa kesian. Haih.

Guess, Kakak A dah dapat pembalasan yang setimpal. Harap dia sedar dan
muhasabah diri. Semoga dia berubah menjadi Muslim yang lebih baik.

Alright, enough tentang Kakak A.

Aku sebenarnya tak sabar nak tunggu hujung minggu ni. Nak beli satu
barang yang sangat menjadi idaman kalbu. Oh~~ tak sabarnyaaa.

Apakah mender itu? Biar lah rahsia.. hihihi (sakit ati kan?)

Ok lah aku kasi clue.

Clue 1: Mender itu bukan lah emas permata atau gajet-gajet IT yang
canggih-manggih.

Clue 2: Dengan adanya mender ini, ia akan menambahkan kehebatan hasil
makeup aku (ecewahhh)

Tak boleh cerita lelebih. Once aku berjaya mendapatkan mender ini
nanti, baru boleh buat entry panjanggggg.

Monday, April 16, 2012

He made my day!

Celik mata pagi ni, Mamoru cakap, "Rambut sayang cantik".

Terangkat kening aku sekejap. Aku baru bangun tidur kot. Malu aku ok.. hahaha

Tapi aku hepi. He just made my day! xo!

Mamoru cuti hari ni. Sempena Melaka Bandaraya Bersejarah. Esok baru dia balik Melaka. So, aku ada extra satu hari lagi untuk bercanda dengan dia.. hik.

*oh, aku pun cuti hari ni walaupun KL tak cuti*

Ok uols. Selamat bekerja di hari Isnin ni. Permisi ya, aku nak pegi dating.. lalalala~



Friday, April 13, 2012

Sent him flower and choc

Aku copy paste gambar ni dari FB Mamoru. Tu je lah yang termampu aku kasi bila duduk jejauh ni. Thanks to Alice Florist di Melaka tolong hantarkan custom-made order yang aku pilih (coz kat website dia tak banyak pilihan sangat).

Aku hantar satu bouquet pink + red gerberas dengan satu box forrero roche. Nampak cantik je bouquet yang Alice gubah. Next time boleh order lagi :)


"Happy birthday b. You're the world greatest husband! xo. Malam ni balik KL kan? Kita sambut proper sikit ya (tho dah belated tssskk"


Nota kaki:
Bagi bunga kat ofis hubby/wife/pakwe/makwe/tunang ada double meaning tau. Satu, untuk menunjukkan yang kita sayang pada dia dan yang kedua untuk memberitahu orang kat tempat keje dia yang dia adalah milik kita. So, jangan berani kacau eaahh.. hihihi.



Thursday, April 12, 2012

Happy Birthday Mamoru!

Dear Hubby,

Happy Birthday! Wish you all the love and happiness in the world. Love you so much!

xoxo
aD



CĂ©line Dion - The Power of Love

I hold on to your body
And feel each move you make
Your voice is warm and tender
A love that I could not forsake

Cause I'm your lady
And you are my man
Whenever you reach for me
I'll do all that I can

Even though there may be times
It seems I'm far away
Never wonder where I am
Cause I am always by your side

Cause I'm your lady
And you are my man
Whenever you reach for me
I'll do all that I can

We're heading for something
Somewhere I've never been
Sometimes I am frightened
But I'm ready to learn
Of the power of love

The sound of your heart beating
Made it clear
Suddenly the feeling that I can't go on
Is light years away

Cause I'm your lady And you are my man
Whenever you reach for me
I'll do all that I can

We're heading for something
Somewhere I've never been
Sometimes I am frightened
But I'm ready to learn
Of the power of love

Wednesday, April 11, 2012

Jumlah TAK perlu bayar RM6,771.10


Nih la kelebihan bila bekerja dengan company yang ada medical benefit.

Masa memuda dulu, aku tak heran sangat bab medical-medical ni. Asal keje dapat gaji, cukoppp. Tapi bila dah start ada family, dah ada anak, hah taim tu aku meroyan sekejap. Yelah, takde pengalaman jaga baby. So, bila baby sakit sikit je, mula lah panik. Nak bawak baby ke hospital gomen, kena beratur panjanggggg. Nak bawak klinik / hospital swasta pulakkkk, duit keluar macam airrrr. Taim tu baru lah duk fikir nak cari kompani yang offer medical bagai.

Bill Amarr RM3,649.85 (sebab Amarr admitted lebih awal dari Ariff). Bill Ariff RM3,121.25.

Total kos perubatan untuk Ariff dan Amarr selama 5 hari 5 malam kat Hospital Pantai Bangsar adalah RM6,771.10. Kompeni yang aku keje ni offer unlimited cover untuk kos perubatan family. Jadi tak perlu bayar walau sesen pun. Alhamdulilah, sejak aku keje sini 3 tahun lepas, aku tak perlu risau pasal duit nak pergi klinik / hospital. Semua adalah FREE.

Conversation aku dengan agen Insuran ING kat lobby Hospital Pantai semalam:

Agen Insuran: Hello, my name is xxxx from ING. Would you like me to brief you a bit about our insuran product for you children?
Aku: No, its okay. Thanks. They are all covered by my company.
Agen Insuran: Wow, really? Thats very good.

Pastu dia macam teragak-agak nak bercakap atau approach aku dengan insurans product. Tapi nak jaga hati punya pasal, aku saja ambil brochure yang dia pegang. Konon nak bebuat baca..

Buat adik-adik yang asyik duk ber-internet 24jam kat umah tu, sila lah belajar rerajin dan aimed untuk bekerja dengan kompeni-kompeni yang offer memacam benefit untuk staff. Baru cerah dan mewah masa depan korang.



Tuesday, April 10, 2012

Hari ke-5 di hospital Pantai Bangsar

Good news!

Ariff dan Amarr dah sihat dan dah boleh check out hari ni. Syukur alhamdullilah. Thanks to Dr Azam, nurses at ward C5 and everyone else yang tak jemu-jemu melayan kami! We enjoyed our stay in here. Kalau tak disebabkan sini adalah hospital, sure kami willing nak extend lebih lama.. haha. Keep up the good service!

Alright, got a lotsa stuff to pack! Better do it fast sementara Ariff dan Amarr tengah lena diulit intan :)

xoxo

Monday, April 09, 2012

Ariff dan Amarr kena warded

Quick update secara LIVE dari Hospital Pantai Bangsar:

Dedua putera-putera comel aku kena warded since hari Jumaat. Memula, Amarr kena admitted sebab Asthma. Tak sampai 24 jam pastu, Ariff pulak masuk sebab suspect Bronchitis. Now dah hari ke-4 aku bertapa kat hospital ni.

Takdelah nak risau ke haper, sebab dedua anak aku ada depan mata kan. Dedua pun alhamdullilah dah sihat, cuma masih batuk-batuk. Aku tak kisah Dr Azam nak tahan kami berapa lama pun. Janji anak-anak aku sihat sepenuhnya bila discharge nanti.

Ni kali ke-2 aku berkampung kat hospital ni dalam tempoh 4 bulan (first dulu, masa Nov tahun lepas dengan Amarr).

Ariff & Amarr tengah tidur masa aku taip ni. Penat sangat buat physio tadi kut. Penat menangis pun iya. Apa pun, aku nak bersyukur sangat pada Tuhan atas nikmat yang dia bagi pada aku dan family. Esp taim anak-anak aku sakit ni. Aku tak perlu keluar duit walau sesen untuk bawa anak-anak aku dapatkan rawatan yang terbaik, di mana-mana hospital terbaik yang aku pilih. Syukur sangat-sangat. Alhamdulilah. Aku je yang selalu lupa ingat tentang-Nya. Mungkin sebab tu dia pilih untuk sedarkan aku dengan ujian yang masih mampu untuk aku pikul.

Ada banyak lagi nikmat yang Tuhan bagi kat aku dalam Tahun ni. Yang akan datang pun aku dah tahu banyaknya.

Bulan ni, dapat salary adjustment 14%. Bukan increment tau, ni 'adjustment'. Annual increment bulan July ni baru dapat. Sampai ke telinga staff kat kompeni aku senyum dalam minggu ni tau.

Kebetulan pulak kompeni Mamoru pun buat salary adjustment. Baru 2 bulan masuk kompeni baru dah dapat salary adjustment. Alhamdulilah, murah rezeki keluarga kami. Hujung bulan ni baru tau berapa percent gaji dia naik. Dengar rumours macam menarik.

Haih.

Cuba kira berapa banyaknya Nikmat yang Tuhan bagi lagi. Itu yang nampak, yang tak nampak? Kalau aku tak sedar diri dan tak bersyukur tak tahulah nak kata apa.. *pakai telekung jap*



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...