KENGKAWAN

Monday, May 21, 2012

Kelas Makeup 2012

Teringin nak belajar Makeup untuk diri sendiri atau secara pro? Jom join kelas yang dianjurkan oleh Makeupfreak - Professional Make up Artist


Kelas Makeupfreak's 'Basic to Advance Makeup' RM350 sahaja! Tempat TERHAD! First come first serve basis.

14 / 15 July 2012 di Melaka
@
28 / 29 July 2012 di Kuala Lumpur
@
4 / 5 Ogos 2012 di Kuala Selangor

Pilih sessi tarikh dan lokasi yang berdekatan dengan tempat anda dan hubungi info@makeupfreak / sms ke 019-200.6402 untuk pendaftaran!

Antara makeup course yang akan dipelajari adalah:
# Pengenalan jenis makeup dan penggunaan
# Penenalan jenis berus, sponge dan penggunaan
# Teknik solekan 'day makeup'
# Teknik solekan 'night makeup'
# Tips dan teknik asas dandanan rambut
# Tips dan teknik penggayaan tudung
# Perkongsian tips solekan trend terkini dan pemilihan warna yang tepat.

Bonus: Demo airbrush makeup by Makeupfreak!

Kelas ini terbuka kepada beginner / intermediate.
Sijil 'Certificate of Attendance' akan diberi kepada yang hadir.
Sila bawa alat solek sendiri ya. Bagaimanapun, pihak Makeupfreak akan menyediakan peralatan asas makeup untuk pelajar.
Tempat adalah sangat TERHAD. First come first serve.

xo
Makeupfreak - Professional Makeup Artist

Visit FB Makeupfreak di http://www.facebook.com/pages/makeupfreak/232781733909
Visit website Makeupfreak di www.makeupfreak.net
Email: info@makeupfreak.net
SMS: 019.200.6402

Sesi luahan perasaan

Ok, aku admit. Bukan senang jadi weekend wife ni. Apa lagi bila ada dua putera kecil yang perlukan perhatian sepanjang masa. Kalau aku duduk dengan keluarga mentua atau family sendiri, mungkin takde hal sangat. Tapi kat KLni siapa lah yang boleh harapkan. Cuma lega sikit lah sebab adik-adik aku tinggal berdekatan. Kalau ada emergency, boleh minta tolong.

Rutin aku hehari;

Bangun sesubuh gaban, prepare beg baju Ariff & Amarr. 
Mandi dan bersiap ke ofis
Hantar Ariff & Amarr pergi rumah babysitter
Gerak pegi ofis
Balik keje hehari lambat. (oh, nak kena ingat bayar babysitter extra bulan ni)
Sampai rumah selalunya taim orang azan Maghrib
Ambil Ariff & Amarr
Sampai rumah, mengemas dulu apa patut, basuh baju, etc
Bagi Ariff & Amarr makan
Tidurkan Amarr. Ariff pulak, takkan tidur selagi aku tak tidur
Cek email Makeupfreak, cek FB Makeupfreak. Reply apa patut.
Sesambil tu layan Ariff menyanyi, menari, study, etc
Agak-agak badan dah penat, tutup lampu - tido.
Sabtu & Ahad pulak ada job makeup, pasang pelamin, etc

Nampak macam biasa je kan. Mereka yang ada anak kecil je tahu macam mana rasa kalau kena jaga anak sengsorang. Kalau anak-anak sihat, memang tak risau sangat. Tapi kalau salah sorang sakit (yang bisanya akan menyebabkan sorang lagi pun sakit)...haih, memang rasa nak mengalir air mata ni. 

Aku dah merasa dah beb bila kena jaga dedua anak aku kat hospital sengsorang kat hospital. Mental + fizikal kena kuat.

Ariff, dah hampir 3 tahun usia dia dan alhamdullilah boleh harap sesikit. Jarang nak kacau Amarr. Aku buat keje (masak, menghadap pc, membasuh, etc) pun dia tak kacau. 

Amar, baru nak masuk 1 tahun setengah. Memang selalu buat aku berkungtau. Suka menyakat Ariff sampai terjerit-jerit abang dia. Suka ikut montot aku. Kalau aku ke dapur kang, dia sibuk mengemas bebarang dalam fridge, punggah barang kat rak pinggan, terbalikkan tong sampah, etc. Ohh.. sangat menguji kesabaran mummy dia. Pastu, kalau menangis, ya Allah, macam kena dera dan boleh sambung menangis + menjerit selama lebih satu jam tanpa ada masalah pitching atau hilang suara. Haih.

Setakat ni, alhamdullilah, aku masih boleh bertahan. Ada juga terfikir nak minta transfer Melaka atau nak berhenti kerja dan concerntrate pada business Makeupfreak. Tapi sayang la nak berhenti. Keje dah best. Gaji pun alhamdullilah. Benefit lagi. Haih. Susah lah nak buat keputusan.

Buat masa ni, aku nak penuhkan ilmu didada sebelum minta transfer ke Melaka. Aku dalam proses nak enroll CCP (Certified Credit Professional) dari Institut Bank Bank Malaysia. Ada 3 paper penting yang aku kena lulus.

Paling awal aku plan nak minta transfer ke Melaka, mungkin hujung tahun depan. Lepas aku lulus 3 paper penting dalam CCP. Kena pulak tahun depan rumah baru aku siap. Best la kan. 

Paling lewat? Maybe dalam tempoh 5 tahun.. hahah. Gila lama.

Aku ada cakap dengan Mamoru, once Ariff dan Amarr start sekolah, aku nak berhenti keje. Aku nak jadi surirumah sepenuh masa. Nak hantar dan amik anak-anak pegi balik sekolah, nak masak hehari untuk Mamoru dan nak fully concentrate pada Makeupfreak business.

Mamoru cakap dia ok je. 

So, now aku bagi tempoh 5 tahun kat diri sendiri untuk teruskan keje makan gaji!

Friday, May 18, 2012

Ariff building his own airport

Layan Ariff yang sibuk buat watch tower dan airport runway dari buku-buku daddy, bantal, lori, jug air, etc. 


"Mummy, tengok ni"
"Taddaaaa"

Lepas tu, suruh mummy dia gerakkan aeroplane atas landasan pastu terbangkan (macam yang dia tengok kat airport). Mummy layakan je hihi

In few weeks time, usia Ariff genap 3 tahun! Nak tempah 'kek kapal terbang' lah. Siapa boleh buat ek?

p/s: Multiply user yang tak dapat tengok video atas ni klik sini ya http://www.youtube.com/watch?v=Z6-7A9EcTL8&feature=youtu.be

Monday, May 14, 2012

Flowers from my Heroes on Mothers Day

Received a bouquet of pink Carnation and a cute panda card just now.
Its from my heroes (Hubby, Ariff & Amarr)

Thanks so much sayang-sayang semua! Big mummy kisss and hugssss for
the 3 of you!! xo

To all mothers out there, You're amazing! Thanks for filling this
world with love and happiness!

Happy Mothers Day!

My Airbrush Makeup

Presenting, new makeup revolution from Makeupfreak : Flawless & Fabulous!
we have more than 15,000 fans!
or visit www.makeupfreak.net


Ok, intro nak grand aje kan.. haha.
But seriously, I think, all ladies out there should try this new revolution of makeup. Flawless but yet soooo natural. Its very light but concentrating. Korang takkan terasa macam pakai makeup ok. 

Oh, I'm so in loveeeeee with airbrush makeup - I love my freelance job as a Makeup Artiste (MUA)!!

Bawah nih few photos of my clients yang guna Airbrush Makeup dari Makeupfreak. Nak tengok more photos, just klik kat link FB Makeupfreak kat atas ya.




Friday, May 04, 2012

KL hari ni dan semalam

 Layan 2 gambar berbeza yang aku snap kat ofis siang tadi dan masa hujan lebat semalam.


Nih gambar tengahari tadi. Cuaca superb, alhamdullilah.


Ni pulak cuaca tengahari semalam. Serious takut tengok awan hitam perlahan-lahan selimut seluruh KL. Nih kalau Tuhan nak turunkan bala, sekelip mata je punah KL ni. Ngeri beb. Dalam hati aku doa panjang semoga semua orang-orang yang aku sayang berada di tempat yang selamat dan di lindungi-Nya dalam saat- saat menakutkan macam ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...