Monday, May 21, 2012

Sesi luahan perasaan

Ok, aku admit. Bukan senang jadi weekend wife ni. Apa lagi bila ada dua putera kecil yang perlukan perhatian sepanjang masa. Kalau aku duduk dengan keluarga mentua atau family sendiri, mungkin takde hal sangat. Tapi kat KLni siapa lah yang boleh harapkan. Cuma lega sikit lah sebab adik-adik aku tinggal berdekatan. Kalau ada emergency, boleh minta tolong.

Rutin aku hehari;

Bangun sesubuh gaban, prepare beg baju Ariff & Amarr. 
Mandi dan bersiap ke ofis
Hantar Ariff & Amarr pergi rumah babysitter
Gerak pegi ofis
Balik keje hehari lambat. (oh, nak kena ingat bayar babysitter extra bulan ni)
Sampai rumah selalunya taim orang azan Maghrib
Ambil Ariff & Amarr
Sampai rumah, mengemas dulu apa patut, basuh baju, etc
Bagi Ariff & Amarr makan
Tidurkan Amarr. Ariff pulak, takkan tidur selagi aku tak tidur
Cek email Makeupfreak, cek FB Makeupfreak. Reply apa patut.
Sesambil tu layan Ariff menyanyi, menari, study, etc
Agak-agak badan dah penat, tutup lampu - tido.
Sabtu & Ahad pulak ada job makeup, pasang pelamin, etc

Nampak macam biasa je kan. Mereka yang ada anak kecil je tahu macam mana rasa kalau kena jaga anak sengsorang. Kalau anak-anak sihat, memang tak risau sangat. Tapi kalau salah sorang sakit (yang bisanya akan menyebabkan sorang lagi pun sakit)...haih, memang rasa nak mengalir air mata ni. 

Aku dah merasa dah beb bila kena jaga dedua anak aku kat hospital sengsorang kat hospital. Mental + fizikal kena kuat.

Ariff, dah hampir 3 tahun usia dia dan alhamdullilah boleh harap sesikit. Jarang nak kacau Amarr. Aku buat keje (masak, menghadap pc, membasuh, etc) pun dia tak kacau. 

Amar, baru nak masuk 1 tahun setengah. Memang selalu buat aku berkungtau. Suka menyakat Ariff sampai terjerit-jerit abang dia. Suka ikut montot aku. Kalau aku ke dapur kang, dia sibuk mengemas bebarang dalam fridge, punggah barang kat rak pinggan, terbalikkan tong sampah, etc. Ohh.. sangat menguji kesabaran mummy dia. Pastu, kalau menangis, ya Allah, macam kena dera dan boleh sambung menangis + menjerit selama lebih satu jam tanpa ada masalah pitching atau hilang suara. Haih.

Setakat ni, alhamdullilah, aku masih boleh bertahan. Ada juga terfikir nak minta transfer Melaka atau nak berhenti kerja dan concerntrate pada business Makeupfreak. Tapi sayang la nak berhenti. Keje dah best. Gaji pun alhamdullilah. Benefit lagi. Haih. Susah lah nak buat keputusan.

Buat masa ni, aku nak penuhkan ilmu didada sebelum minta transfer ke Melaka. Aku dalam proses nak enroll CCP (Certified Credit Professional) dari Institut Bank Bank Malaysia. Ada 3 paper penting yang aku kena lulus.

Paling awal aku plan nak minta transfer ke Melaka, mungkin hujung tahun depan. Lepas aku lulus 3 paper penting dalam CCP. Kena pulak tahun depan rumah baru aku siap. Best la kan. 

Paling lewat? Maybe dalam tempoh 5 tahun.. hahah. Gila lama.

Aku ada cakap dengan Mamoru, once Ariff dan Amarr start sekolah, aku nak berhenti keje. Aku nak jadi surirumah sepenuh masa. Nak hantar dan amik anak-anak pegi balik sekolah, nak masak hehari untuk Mamoru dan nak fully concentrate pada Makeupfreak business.

Mamoru cakap dia ok je. 

So, now aku bagi tempoh 5 tahun kat diri sendiri untuk teruskan keje makan gaji!

4 comments:

lydia said...

biselah tu kak Ad..saya pun same...
husband selalu gile outstation. kengkadang sampai sebulan! anak sakit sengorang kena jaga..anak kalau dah pandai jalan tak pe..huhuhu..pahala-pahala... =)

Atia Adina said...

siannya....mesti sangat penat kan?saya ni yang jaga 2 org anak dengan bantuan suami pun dah penat....inikan sorang2 plak tu....bdk2 plak jenis kejap nak itu....kejap nak ini....time dia tdo jer lah kita leh nak rehat.....

aJa said...

Good Luck...

u boleh aD...supermak....mesti boleh!!!

Diana AR said...

uih bestnya dah plan nak berhenti makan gaji lagi 5 tahun..cam saya ni samapai ke tua la makan gaji nampaknya..heheh