KENGKAWAN

Monday, June 25, 2012

Take 5 :)

Dah lama tak interframe di blog sendiri. Aritu nak reduce memory phone yang makin penuh, terjumpa lak gambar-gambar syok sendiri ni.. hihi. 

Layankan je lah muka mak anak dua ni yang bakal mencecah usia 33 tahun dalam masa beberapa hari lagi (nak juga kasi tau besday tuuu..)











Bawa Ariff & Amarr Naik train


Ariff request nak naik tren. So, malam semalam mummy & daddy dah tunaikan. We'ols naik dua jenis tren (Putra & Star). Nasib baik tak ramai sangat orang. Ariff sangat teruja. Amarr pulak biasa-biasa je. 

 Mummy, Amarr & Ariff. Daddy tukang amik gambar. Adalah sangat susah nak amik gambar sama-sama dalam train yang bergerak :(


Duduk depan sekali dalam Putra. Ariff takut tengok train ni laju sangat.. hihi

Monday, June 18, 2012

22 tahun lagi..

Bangun pagi ni, aku realized yang aku ada 22 tahun lagi untuk bersara
dari kompeni ni. Oh, please take note ya, umur besara kompeni ini
adalah 55 tahun. Bukan 60++ tahun (keje gomen). Kang ada yang ingat
umur aku dah 40 tahun pulak.. tssk. Aku belum se-tua ittew :p~

Berapa exactly umur bersara gomen ek? 65 tahun? 68 tahun? Lama gila.
Jap, aku tengah membayangkan nenek-nenek naik lrt keluar bekerja.
Gasak ler nak keje sampai tetua camtu kan. Kang kalau benti awal, tak
dapat pencen pulak kan.

Aku yang nak mengejarkan umur 55 tahun dah teraza hazabb. Rasa
teringin nak resign sekarang jugak. Teringin nak duduk rumah, jaga
anak, layan hubby, goyang kaki. Atau tak pun just kosentret kat
bisness Makeupfreak taim weekend sahaja.

Dah. Dah. Dah. Kalau takde juta-juta dalam saving or EPF or ASB, etc,
etc, toksah lah verangannnsss nak berhenti ok aD.

Sila bersyukur dengan apa yang ada.

Thursday, June 14, 2012

Demam pun nak hiking

Banyak isu keje yang aku teringin sangat nak share kat sini. Tapi bila
fikirkan balik, buat apa nak semakkan kepala. Letak tepi je lah. Cakap
banyak tambah dosa buat apa.

Esok cuti. Bagus. Since badan dah rasa sihat sikit ni, boleh lah
kosentret mengemas rumah.

Tengah malam esok nak buat keje gila - memanjat Broga untuk kali ke
berapa ntah. Haih. Walau pun aku tak lalu nak hiking ke sana, namun,
ku gagahkan jua (cehh :p~). Dah geng-geng lain asyik organize trip
lenggang mak limah, terpaksa lah join je. Nak ikut trip terminator,
tak kena dengan jadual. Nak organize sendiri.. mimpi ler. Tak menang
tangan sekarang ni.

p/s: Badan tak sihat, nakkkk jugak pegi hiking. Dasarrr degil.

Wednesday, June 13, 2012

Demam ler

Semalam, balik ke keje, aku dah terlantar hina atas sofa. Serious tak
larat. Dengan selsema non-stop. Pening. Sakit tekak. Urat saraf pulak
rasa lenguh sangat bila nak bergerak/bangun.

Dalam demam tu, aku gagahkan juga melayan Ariff & Amarr makan. Makan
roti je malam tadi. Ariff pulak, macam biasa memang tak minat makan
nasi. Hehari nak makan buah-buahan je. So, aku potongkan mangga water
lily 2 biji untuk dia sorang. Amarr just makan twiggies. Itu pun,
makannya sikit je. Lebih tu dia hancurkan dan tabur satu rumah. Aku
hanya mampu pandang dengan sayu je lah. Nak vacum / lap ke haper
memang tak larat dah.

Melayan putera-putera comel dalam keadaan demam adalah satu perkara
yang agak mencabar. Baru nak duduk rehat dah kena bangun balik.
Kekejap nak susu, kekejap nak basuh tangan, kekejap nak itu, ini.
Takpaaa, pahala semua ni.

Tapi dekat nak pukul 10 malam memang aku tak mempu nak bangun dah.
Silap aku juga makan ubat awal sangat. Kesan ubat plus condition badan
buat aku drowsy & tak ingat aper dah. Sempat jugak lah aku minta
tolong kat adik lelaki no.7 suruh tengokkan Ariff & Amarr. Pastu aku
terus tertidur atas sofa.

Pukul 1 pagi baru aku terjaga. Tu pun sebab Ariff kejut minta susu.
Amarr dah tidur dah taim tu.

Haih. Nasib baik adik aku stay dengan aku. Kalau tak, aku kemana,
anak-anak kemana.. tsskk.

Kalau Mamoru ada taim-taim aku sakit camni, dia memang tak kasi aku
buat keje apa-apa pun. Ariff & Amarr pun dia jaga sendiri. Dia akan
suruh aku masuk bilik dan rehat sampai esoknya. Rindu kat Mamoru.

Mamoru ada cakap nak balik KL lepas habis keje. Sanggup dia nak
berulang pegi keje. Dia risau la tu. Aku je yang tak kasi. Biarlah dia
keje dengan tenang kat sana tu. Bukan dekat nak berulang-alik
KL-Melaka. Tak koser aku nak menambahkan sesak kat kepala ni
mengenangkan dia drive jejauh atas highway dalam keadaan penat, tak
cukup rehat, etc. Lagipun, aku just demam je kot. Sehari dua nanti
sembuh lah.

Pagi ni, alhamdulillah, boleh bangun gi keje walaupun badan still rasa
tak sihat lagi. Aku malas nak MC. Lagipun Jumaat ni aku dah apply
cuti. Ada job Makeupfreak. Keje banyak lah. Nak cuti lelama pun tak
sedap.

Selagi belum tutup mata, keje keje keje... haih.

Monday, June 11, 2012

Mendung je..

Sore throat.

Amarr bangun awal pagi ni. Mood dia tak berapa nak ok. Maybe sebab tak
cukup tidur (semalam seronok sangat berlari kat kampung atuknya). So,
pagi ni asyik laa nak berkepit. Sampaikan aku nak mandi pun dia tak
kasi tutup pintu bilik air. Harap dia tak ingat laa apa yang dia
nampak.. ahaha. Aku dah laa tak suka mandi berkemban (rasa macam air
tak sampai ke badan).

Wiken ni adik-adik aku pergi mencandat sotong. Aku tak ikut la sebab
derang plan pun dah last minit. Aku punya jadual dah fully book arr.
Takper, next time k.

Wiken ni juga, Chua ajak hiking Broga. Haih. Broga lagik. Stress aku.
Tertunggu-tunggu gak kekalau dia buat hiking kat port lain (gunung
Bunga Buah, etc). Next month dah masuk bulan puasa, nan-ado laa
jawapnya. Takper, takper.. aku sabau. Tak lari gunung di kejar. Aku
aim, sebelum hujung tahun ni, aku kena conquer satu atau dua gunung
yang aku belum jejak lagi.

Oh, lupa nak jot down tentang TV Samsung plasma 43 inch yang sudah
pecah untuk kesekian kalinya. Tsskkk. Baru dua bulan lepas kot aku
dengan Mamoru hantar tv tu ke Samsung service centre untuk ganti
skrin. Terbang RM600++. Sekalik, last week aku tengok dah ada dua
'star' crack pulak kat skrin tv tu. Aduss. Masuk kali nih dah 3 kali
tv flat skrin aku rosak dalam tempoh setengah tahun. 3 kali ok. Haih.
Orang kaya pun boleh papa camnih. Hai la anak-anak mummy. Sabauuu je
lah.

Friday, June 08, 2012

Stranger

Pagi tadi macam biasa tunggu cab untuk ke LRT-Star. Belakang aku ada
sorang budak lelaki (lebih muda dari aku) tengah tunggu cab juga.
Tengah leka menunggu ada sorang lelaki datang kat aku. Kalau tengok
dari segi pakaian smart kasual biasa je. Kulit cerah, kepala botak,
muka kategori ok la juga. Saiz badan lebih kurang macam member aku
Chua.

Takde apa yang weird atau menakutkan tentang lelaki ni. Cuma gaya dia
macam orang baru lepas berlari. Part yang buat aku rasa lain, bila dia
asyik cakap:

"Saya dapat arahan dari pihak polis untuk keluar dari rumah dan saya
bertindak mengikut arahan"

Aku cakap 'ok'. Aku tunggu lagi apa yang dia cuba sampaikan. Pastu dia
ulang balik dua tiga kali ayat yang lebih kurang sama. Muka dia agak
cemas jugak lah. Aku dah start rasa pelik. Pepelan aku langkah setapak
demi setapak kebelakang pegi berdiri sebelah budak muda yang tunggu
cab tadi. Dalam kepala ligat duk fikir nak lari ke arah guard house
depan apartment aku je kalau lelaki tadi cuba buat yang bebukan.

Lelaki tu bila dah tengok aku cuba menyorok sebelah budak muda ni, dia
still cuba approach aku juga. Aku tak berapa dengar sangat apa dia
cakap. Aku rasa macam merapu-meraban dah. Cab yang lalu pun aku nak
sempat nak tahan sebab duk fikir macam mana nak jauhkan diri dari
lelaki ni.

Tengah-tengah kalut tu, bas RapidKL sampai. Aku main redah je naik.
Padahal aku tak penah naik bas RapidKL pegi LRT. At least dalam bas tu
ramai orang aku rasa macam selamat sikit. Budak muda yang tunggu cab
dengan aku pun follow aku naik bas. Budak tu sempat cakap dengan aku,
dia pun pelik tengok lelaki tu.

Dari dalam bas aku tengok lelaki tadi still berdiri kat situ. Macam
blur tengok aku naik bas.

Aku tak tahu apa motif lelaki tu approach aku. Aku bukan orang kaya.
Nak kata aku pakai seksi? Aku pakai baju kurung kot. Siap tudung lagi.

Entah lah. Lelaki tu nampak macam orang baik jer. Tapi bila
mengenangkan kat KL ni apa pun boleh jadi, aku memang tak berani nak
berdiri lelama dengan stranger. Takut beb. Sekarang kan dah banyak kes
kidnap, rogol & samun. Ngeri ok. Harap tu first & last aku jumpa dia.

Pasni maybe aku kena consider:
Drive kereta dan park kat kawasan LRT taim pegi/balik keje, atau;
Bawak motor Mamoru park kat kawasan LRT (aku tak rasa Mamoru allow
yang ni), atau;
Naik cab macam biasa (sebab so far teksi driver kat area sini semuanya
orang tua) dan amik precaution e.g., bawak mender tajam (pen, pembuka
surat), pepper spray (leceh nak guna), bawak kayu besbol/payung tajam,
etc.

Haih.

Wednesday, June 06, 2012

Down on bended knees

I cried so bad after reading her email this morning.

Girl, from the very beginning I have the feeling that he's all wrong
for u. And now, time has proved that my instinct were right. Be strong
as I know you will always be. This is not the end. My friend once told
me this:

"Bila sayang orang / benda / perkara, jgn lupa pencipta. Nanti sang
pencipta cemburu - lalu dibadaikan hati sampai kita teringat Dia
semula. Baru tenang datang. Menangislah sbb kita akui, kita terlupa
Dia. Jangan menangis sebab org buat perlekeh hati kita. Mungkin Dia
sengaja adakan orang perlekeh hati kita utk buat kita ingat semula
pada-Nya?

Doa lah. Doa tu selemah-lemah usaha. Hati ni milik Tuhan. Minta pada
Dia, pelihara hati dari rasa duka dan cinta yg menyeksa"

Girl, I will always be here for you. No matter what.

Kuatkan hati. Fikir positif. Yakin pada Tuhan, insyaAllah, ada hikmah
disebalik semua ini.

Ariff genap 3 tahun hari ini

6.6.09 -- 6.6.12

Putera sulung mummy genap 3 tahun hari ni.

Ariff adalah hadiah dari Tuhan untuk mummy. Alhamdulillah. Mummy sentiasa bersyukur dan berterima kasih atas anugerah yang tak ternilai ini. Dan mummy sentiasa berdoa semoga Ariff dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dilindungi dari sebarang bencana dan dilimpahi kasih sayang yang tak terhingga dari semua yang mengenali Ariff.

Harapan mummy, semoga Ariff membesar menjadi anak yang soleh, sentiasa menjaga solat, pintar, pandai menilai buruk baik sesuatu, jaga tingkah laku, tutur kata dan menghormati wanita dan orang tua.

Maaf sayang, tak ada birthday cake untuk Ariff hari ini selain ucapan dan ciuman kasih sayang dari mummy. Daddy kerja jauh. InsyaAllah, bila daddy balik hujung minggu ni, kita sambut sama-sama ya.

Selamat hari lahir yang ke-3 buat putera mummy. Doa mummy sentiasa menemani Ariff sepanjang masa.

xo
Daddy, Mummy & adik Amarr




Tuesday, June 05, 2012

Pelamin fresh flower dari Makeupfreak's Bridal

Last weekend, memang busy. Ada 6 job makeup (di Bangi, Seremban & Sg
Buloh) + 1 job pelamin + sewa baju nikah, sanding, berinai, etc. Dua
malam berturut-turut tak tidur. Tak terasa penat pun sebab sangat
teruja pasang pelamin dan gubah fresh flower.

Bawah ni gambar pelamin fresh flower (tema purple tapi dalam gambar
cam maroon pulak - kualiti gambar yilek maklum lah snap guna henfon
pukul 5 pagi lak tu hihihi). Terima kasih kat Mamoru, adik-adik & ipar
tersayang sebab tolong pasangkan pelamin ni :).

Anw, pada yang berminat untuk mendapatkan sentuhan makeup airbrush
yang terbaikkk dari Makeupfreak dan pakej perkahwinan ekslusif dari
Makeupfreak Bridal Services, klik kat sini ya www.makeupfreak.net atau
search Makeupfreak di Facebook.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...