KENGKAWAN

Wednesday, June 06, 2012

Ariff genap 3 tahun hari ini

6.6.09 -- 6.6.12

Putera sulung mummy genap 3 tahun hari ni.

Ariff adalah hadiah dari Tuhan untuk mummy. Alhamdulillah. Mummy sentiasa bersyukur dan berterima kasih atas anugerah yang tak ternilai ini. Dan mummy sentiasa berdoa semoga Ariff dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dilindungi dari sebarang bencana dan dilimpahi kasih sayang yang tak terhingga dari semua yang mengenali Ariff.

Harapan mummy, semoga Ariff membesar menjadi anak yang soleh, sentiasa menjaga solat, pintar, pandai menilai buruk baik sesuatu, jaga tingkah laku, tutur kata dan menghormati wanita dan orang tua.

Maaf sayang, tak ada birthday cake untuk Ariff hari ini selain ucapan dan ciuman kasih sayang dari mummy. Daddy kerja jauh. InsyaAllah, bila daddy balik hujung minggu ni, kita sambut sama-sama ya.

Selamat hari lahir yang ke-3 buat putera mummy. Doa mummy sentiasa menemani Ariff sepanjang masa.

xo
Daddy, Mummy & adik Amarr




4 comments:

Atia Adina said...

happy birthday to you ariff

Biqque said...

happy bday ariff :)

atty's said...

selamat harijadi ariff,semoga menjadi anak yg soleh..berjaya dunia dan akhirat,amin

mrs puex said...

dear ariff,
selamat ulangtahun yang ke-3..ingat tau pesan mummy..:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...