Friday, June 08, 2012

Stranger

Pagi tadi macam biasa tunggu cab untuk ke LRT-Star. Belakang aku ada
sorang budak lelaki (lebih muda dari aku) tengah tunggu cab juga.
Tengah leka menunggu ada sorang lelaki datang kat aku. Kalau tengok
dari segi pakaian smart kasual biasa je. Kulit cerah, kepala botak,
muka kategori ok la juga. Saiz badan lebih kurang macam member aku
Chua.

Takde apa yang weird atau menakutkan tentang lelaki ni. Cuma gaya dia
macam orang baru lepas berlari. Part yang buat aku rasa lain, bila dia
asyik cakap:

"Saya dapat arahan dari pihak polis untuk keluar dari rumah dan saya
bertindak mengikut arahan"

Aku cakap 'ok'. Aku tunggu lagi apa yang dia cuba sampaikan. Pastu dia
ulang balik dua tiga kali ayat yang lebih kurang sama. Muka dia agak
cemas jugak lah. Aku dah start rasa pelik. Pepelan aku langkah setapak
demi setapak kebelakang pegi berdiri sebelah budak muda yang tunggu
cab tadi. Dalam kepala ligat duk fikir nak lari ke arah guard house
depan apartment aku je kalau lelaki tadi cuba buat yang bebukan.

Lelaki tu bila dah tengok aku cuba menyorok sebelah budak muda ni, dia
still cuba approach aku juga. Aku tak berapa dengar sangat apa dia
cakap. Aku rasa macam merapu-meraban dah. Cab yang lalu pun aku nak
sempat nak tahan sebab duk fikir macam mana nak jauhkan diri dari
lelaki ni.

Tengah-tengah kalut tu, bas RapidKL sampai. Aku main redah je naik.
Padahal aku tak penah naik bas RapidKL pegi LRT. At least dalam bas tu
ramai orang aku rasa macam selamat sikit. Budak muda yang tunggu cab
dengan aku pun follow aku naik bas. Budak tu sempat cakap dengan aku,
dia pun pelik tengok lelaki tu.

Dari dalam bas aku tengok lelaki tadi still berdiri kat situ. Macam
blur tengok aku naik bas.

Aku tak tahu apa motif lelaki tu approach aku. Aku bukan orang kaya.
Nak kata aku pakai seksi? Aku pakai baju kurung kot. Siap tudung lagi.

Entah lah. Lelaki tu nampak macam orang baik jer. Tapi bila
mengenangkan kat KL ni apa pun boleh jadi, aku memang tak berani nak
berdiri lelama dengan stranger. Takut beb. Sekarang kan dah banyak kes
kidnap, rogol & samun. Ngeri ok. Harap tu first & last aku jumpa dia.

Pasni maybe aku kena consider:
Drive kereta dan park kat kawasan LRT taim pegi/balik keje, atau;
Bawak motor Mamoru park kat kawasan LRT (aku tak rasa Mamoru allow
yang ni), atau;
Naik cab macam biasa (sebab so far teksi driver kat area sini semuanya
orang tua) dan amik precaution e.g., bawak mender tajam (pen, pembuka
surat), pepper spray (leceh nak guna), bawak kayu besbol/payung tajam,
etc.

Haih.

1 comment:

Biqque said...

if could, don't make it as a habit/routine, so that orang tak aim u, okeh?

and don't reveal too much details/info such as hubby takde, umah kat mana, apa2 la yg personal..

take care tau! takut plak i baca...