KENGKAWAN

Monday, July 16, 2012

Home rest: Day 1

Serba salah antara nak hantar putera-putera comel ke rumah baby sitter atau just biarkan derang duduk dengan aku kat rumah. 


Mamoru pesan, suruh hantar derang ke rumah babysitter sebab aku belum sihat sepenuhnya. Tapi ntah laa. Aku tak sampai hati kot nak bagi orang jaga anak aku taim aku ada kat rumah ni.


Takperlah. Well see how it goes today. Kalau aku tak boleh handle, esok aku hantar ke rumah babysitter.


Plan hari ni, nak mengemas rumah. Nak sambut puasa, biar macam nak sambut raya - rumah biar bersih. Senang nak beribadah.


Dan insyaAllah, kalau ada masa (read as: kalau larat berjalan), aku nak singgah ke Genius Aulad kat depan rumah nih. Nak dapatkan detail tentang program yang derang offer.


Dengar cerita, registration untuk Genius Aulad untuk 2013 dah dibuka. Aku nak masukkan Ariff kat situ. Next year, usia Ariff 4 tahun. Just nice la kut kalau nak start pre-school.


Boleh tahan jugak registration fees untuk pre-school. Aku kira-kira malam tadi, lebih jugak lah RM1000++. Tu belum masuk monthly fees RM200++ lagik. Fuuhhh.. camne nak beranak bebanyak ni?     Yuran pre-school untuk sorang anak je dah riban-riban.

Genius Aulad Registration Fees

  • Registration RM100
  • Admission Fee RM220 
  • ICT Fee RM50
  • Material Fee (1st Term) RM198
  • Material Fee (2nd Term) RM220
  • Uniform RM 38 per pcs (at least kena beli 2 helai)
  • Mothly Fee RM 238

Total Fees RM1,064




Haih. Anak punya pasal, sila lah kerja dengan kuat pasnih yer mak bapak sekalian..









1 comment:

mrs puex said...

mmg pon fees utk pre-school sgt mahal dr nak masuk darjah 1 tau..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...