KENGKAWAN

Monday, July 09, 2012

MC hari ini dan esok

Penangan demam. Satu family down with fever. Amarr dengan aku paling worst - siap kena asthma bagai. Tadi dedua pi amik nebulizer.


Semalam, satu hari aku terlantar hina. Nasib baik Mamoru ada. Dia take over jadi suri rumah sepenuh masa. Dari membasuh, mengemas, memasak, jaga putera-putera comel, semuanyaaalah dia buat. Walhal, dia pun tak berapa sihat jugak tu.


Malam tadi, semua tak cukup tidur. Amarr asyik menangis + vomit. Mamoru paling kesian. Langsung tak dapat tidur sebab jaga Amarr. Takperlah, sekali sekala dia berdepan dengan situasi macam ni. Selalu tu, aku sorang je handle babies taim sakit demam camni.


Pagi tadi, aku plan nak masuk ofis sekejap sebelum apply MC. Ada keje sikit nak buat. Lagipun hari ni first day new HOD report duty. So, aku kena ada kat ofis. Tapi bila tengok condition Amarr yang teruk, kansel terus plan. Antara keje dengan anak, aku pilih anak, beb. Lantak lah lah kalau Presiden ke, Najib ke nak datang ofis. Anak lagi penting.


As expected, berpuluh miscalls kat hp aku hari nih. Tak perasan sebab aku tertinggal henfon dalam kete masa bawak Ariff & Amarr gi klinik tadi.


Haih. 


Nak curi masa tido sekejap sementara Ariff & Amarr tengah tidur ni.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...