KENGKAWAN

Thursday, July 12, 2012

Pengalaman buat CT Scan

First time buat CT Scan. Perasaan? Scary lah jugak. Esp bila nampak mesin gelung besar tu depan mata. Tetiba boleh fefeeling berlakon jadi patient Dr House (kes banyak tengok movie).


Ingatkan scan yang ni lebih kurang macam x-tray. Rupanya jauhh berbeza. X-tray just tanggal baju dan scan. Yang ini, siap ada insert air melalui spiral tube ke dalam saluran darah aku. Dua kali ok kena mender tu.


Nurse dah warning, insertion ni memang sakit. Insertion kedua lebih sakit sebab cecair tu akan di masukkan secara laju ke dalam badan . Dan I will feel a burning sensation all over my body.


Nurse suruh Aku baring. Dedua tangan atas kepala sebab nak check lung. Masa mesin tu start bergerak masuk dalam mesin bulat besar, Aku ok lagi Cool. Rilek .


First injection. Sakit. Terasa laju Gila cecair tu masuk melalui tangan. Tapi still boleh cover .


Second injection... ya Tuhan.. sakitnyaaa. Lama lak tu. Bila cecair tu dah masuk sepenuhnya, badan rasa panas. Rasa macam kena bakar dari dalam. Tetiba je rasa hausss sangatt. Air mata pun tak boleh nak keluar sebab rasa terlalu panas dan kering. MasyaAllah. Ni baru siksaan dunia. Akhirat nanti macam mana ya .


Anw , jangan predict bebukan. Jangan ditakutkan orang yang sedia takut (haha). Kita tunggu sesama komen doctor petang ni. Hopefully good news, insyaAllah .


Lunch dah lama sampai. Sapedek dulu .


p /s: teringat putera-putera comel dirumah. Apa khabar anakanda disana. Bonda dalam kerinduan .

3 comments:

Diana AR said...

Semoga dipermudahkan semuanya..dan moga cepat sembuh..jaga diri ye

Atia Adina said...

ooo....cm tu untuk prang dewasa....anak saya masa dia 5 bulan dulu kene buat ct scan gak....sebab dia kecik lagi.....doktor bagi dia ubat tido....

aD said...

Tq uols. Yep, harap tak perlu nak masuk dlm mesin tu lagi. Cukuplah sekali...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...