KENGKAWAN

Tuesday, July 31, 2012

PMS

Whoa.

Cantik cahaya matahari keluar dari celah awan hitam. Pagi tadi
punyalah lebat hujan. Basah sekerat kain baju kurung aku.

Bercakap pasal baju. Tahun ni persiapan semua sederhana. Nak bermewah
pun rasa bersalah sebab terlalu ramai orang keliling aku yang hidup
susah. Nak bantu semua sekali, tak mampu. Sedih la tengok orang susah
ni. Sungguh aku tak sampai hati. Semoga Tuhan murahkan rezeki mereka
semua.

Aritu, keluarkan songkok lama Ariff & Amarr. Suruh Amarr pakai satu.
Asal pakai je Amarr terus 'sujud' macam orang sembahyang. Comel tengok
budak kecik usia setahun lebih dah pandai tiru pergerakkan dalam
solat. Maybe dia ingat pakai songkok kena sembahyang kut. Bagus Amarr.
Sejuk perut mummy tengok Amarr camni. Jadi anak yang soleh ya bila
besar nanti.

Haih.

Mood tengah swing. Blame it to the PMS. Tak suka keadaan macam ni. Bab
period setiap bulan, takde masalah. Tapi bab emo terlebih masa PMS,
serius aku tak faham. Kenapa perempuan kena emo terlebih taim ni?
Paling tak boleh diterima akal, bila emo over small or stupid things.
Urgh.

??

2 comments:

sikelu said...

isk agak2 pasaipa aaa..?

sikelu said...

jangn2...???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...