Tuesday, July 31, 2012

Rumah baru dah 95% siap

Living area
Dining Area 1
Porch & main entrance. Sebelah kiri tu master bedroom.
Kitchen area
Last wiken masa kat Melaka, sempat pegi jenguk rumah baru.

Rumah dah 95% siap dan dah cantik. Tinggal nak pasang sinki, plug
point, paip air.

Aku suka style tingkap rumah ni. Moden dan penuh dengan cermin. Cuma
kena tinted gelap sikit lah. Kalau tak, see through segala-galanya..
haha.

Sekarang, developer tengah buat saluran perparitan kat depan rumah.
Maybe next, derang akan start buat jalan.

Since, next year baru dapat kunci rumah, aku ada masa setahun lagi
untuk prepare duit untuk:-

1. Payment untuk tukar master title (Wajib)
2. Deposit Air (Wajib)
3. Deposit Electrik (Wajib)
4. Beli plug point, lampu, kipas, kepala paip (Wajib)
5. Pasang grill - aku dah pilih design grill yang aku suka (Wajib)
6. Renovate dapur - open kitchen with island (Harus)
7. Renovate bilik air - my wish, simple bath tub dgn glass wall (Harus)
8. Renovate siling - nak masukkan element kayu (Harus)
9. Beli gazebo (Ngengada)

Eksaited betul nak deco first house ni. Tapi yang sadis tu, tataw bila
nak duduk sana.. huhuhu. After retirement, maybe? Now tengah menjengah
peluang beli rumah kedua kat area KL atau Selangor. InsyaAllah.

Sebenarnya kan, nak beli rumah lebih dari satu bukannya susah sangat.
Antara tips (untuk husband and wife) kena ingat, bila beli rumah :-

Tak kira lah rumah first tu atas nama suami atau isteri atau kedua-dua
nama sekali, kalau korang perlu keluarkan EPF (Acct II) untuk bayar
downpayment atau SPA, etc., make sure korang hanya keluarkan EPF salah
seorang sahaja (esp untuk rumah atas dua nama).

Contoh:
Let say, korang beli rumah bersama (2 nama - husband & wife).
Downpayment rumah RM30,000
EPF Acct II wife ada RM31,000
EPF Acct II husband ada RM20,000
Kalau tak silap, EPF boleh luluskan 17% (dari harga rumah) untuk
pengeluaran Acct II untuk kedua-dua husband & wife ni
So derang akan dapat cash RM31,000 + 20,000 = RM51,000
Kayo la sekejap kan. Lebih dari cukup untuk bayar downpayment rumah
RM30,000 + SPA segala.

Tapi nasihat aku, jangan lah keluarkan sampai dedua account sekaligus.
Sorang je buat pengeluaran di EPF dah memadai. So, lain kali, kalau
korang nak beli rumah lain, korang masih ada saving Acct II kat EPF
pasangan yang sorang lagi untuk buat downpayment. Dengan cara simple
camni je korang dah boleh beli 2 biji rumah sekaligus. Senang kan?

Kalau nak beli rumah ke-3 atau ke-4 pulak, pun senang. Esp kalau
korang ada buat ASB Loan. Taim memuda, ni buat je lah ASB Loan (amik
ASB Islamic Loan, kalau tanak was-was). Buat lah RM100k atau kalau
mampu, buat maksimum RM200k. Setiap tahun korang dapat dividen average
7.5%.

Contoh:
Kalau buat ASB Loan RM100,000 (max 25 yrs)
Monthly payment RM568
Average dividen yang korang akan dapat : 7% x RM100,000 = RM7,000
yearly (estimate)

So, kalau korang jenis pandai menyimpan, dalam tempoh tiga pat tahun,
korang dah boleh buat downpayment rumah ke-3 (contoh ni untuk harga
rumah lingkungan RM300k) Kalau nak rumah yang lagi grand, buat la
saving banyak sikit.

Ada banyak cara nak generate duit untuk downpayment rumah. Kat atas ni
antara contoh yang aku rasa paling mudah (tanpa bantuan kewangan dari
mak-bapak). Yang penting, korang kena kreatif dalam bab menyimpan duit
ni. Bukan kreatif menghabiskan duit.

Satu lagi info penting yang korang kena ingat: credit card is bad for
your financial health same goes to pembelian barang secara hutang
(e.g., Seng Q, etc). Sebab kalau sekali korang terlepas buat bayaran
bulanan, satu 'tanda' akan muncul dalam record CCRIS korang.
SERIOUSLY. Mender ni lah yang akan menyebabkan korang punya potential
housing loan, car loan kena reject.

3 comments:

GREENJADE said...

bagus tips ni..kasi jalan pd pasangan baru kawin yg nk beli rumah.. :)

Eliss said...

patut senang nak buat pinjaman eh sebab x der kad kredit. saya pangkah kad kredit.hehehe

tips berguna ad. tq

bluelight08 said...

wah..terima kasih..info yg berguna