Wednesday, August 29, 2012

Lambat

Malam tadi tidur pukul 4 pagi. Itu pun, aku yang tertidur dulu dari
Ariff & Amarr.

Aku tataw lah anak-anak aku ni makan apa sampai terlebih energy. Pukul
4 pagi memasing masih melompat-lompat buat dance lagu BINGO. Pukul
empat pagi ok! Oh ~ stress betul dibuatnya.

Memacam cara aku dah try. Tutup lampu. Tutup semua laptop, pc, no more
games. Toys pun semua aku sorok dalam bilik. Tukar baju memasing ke
baju tidur yang selesa, Itu pun tak jalan jugak. tsk~

Pagi tadi aku terlambat bangun. Kelam kabut mandi capai baju pegi
ofis. Minggu ni aku pakai baju tak bergosok. Tapi tak perasan pun
sebab aku cover dengan vest. Harap wiken ni aku sempat gosok stok baju
untuk sebulan. Haih.

Monday, August 27, 2012

Pagi yang sejuk

Hari first keje selepas 10 hari bercuti.

Rasa fresh?

Nan hado. Rasa tak cukup cuti ado lah. Haih. Nih la realiti hidup
wahai anak-anak. Kena kerja kuat cari rezeki untuk keselesaan hidup
dan masa depan. Suka tak suka, nak tak nak, kena bangun pagi pergi
kerja.

Pagi ni senang betul nak kejut Ariff & Amarr. Mood dedua sangattt
baik. Bagus anak-anak mummy. Senang sikit hati ni nak pergi keje.

Ok. Nak fokus hati & minda untuk bekerja. Minggu ni keje sampai Khamis
sebab Jumaat cuti Merdeka. Tapi aku keje straight sampai wiken sebab
penuh dengan job Makeupfreak Bridal.. la~la~la.. (pengsan)

Haih.

Demi masa depan, yang kita impikan~

Friday, August 17, 2012

Dah start cuti arinih

Yay, cuti arinih.

Subuh tadi sabur dengan Amarr. Anak-anak aku memang camni. Asal aku bangun sahur, derang pun bangun sekali. Suruh aku buatkan susu lah, suruh aku cari toys derang lah, suruh aku layan kartun dengan derang la, memacam. Walhal, aku kejar masa nak sahur ni (sebab selalu bangun memang last minit). Sahur aku memang selalu kelam kabut. Tapi takper, aku suka. At least ada peneman ye tak?

Ok lah. nak habiskan menjahit sampin Ariff & Amarr. Jahit sekadar nak attachkan sampin dengan seluar baju melayu. Yelah, bebudak kecik mana suka pakai sampin kan. Pakai sekejap pastu dah tertanggal. Sebab tu lah aku jahitkan sekali. So, takdelah tertanggal. Derang pun akan ingat sampin tu sebahagian dari seluar.. hik.

Mesin basuh dah berhenti. Nak sidai sarung kusyen jap. Haih, pasnih aku nak beli sofa leather je. Senang tayah cuci sarung dia.

Malam ni, insyaAllah balik Melaka. 

Buat korang-korang yang selalu jenguk sini, Selamat Hari Raya ya. Aku takde gambar la nak letak untuk wish raya. Tapi aku rasa tulis lebih ikhlas dari letak gambar.. hihihi

Aku minta maaf kalau terkasar tulis ke haper. Esp bab aku tak reply komen tu (hahahahahaha). Sory geng, aku try ubah habit ni ya.

Semoga raya korang semua best-best belaka! Apa pun, utamakan keselamatan ok. 

Buat mereka yang bersedih sebab kehilangan orang yang tersayang, tak berkemampuan, teraniaya, ditimpa musibah, ada masalah keluarga, etc, tabahkan hati korang. Aku tau, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. InsyaAllah, ada hikmah disebalik perancangan Tuhan. Banyakkan bersabar dan redha dengan semua yang jadi.

Semoga Tuhan melindungi kita semua. Amin.

 

Wednesday, August 15, 2012

Potato Gratin

Aku penah upload gambar & resepi ni kat Facebook. Lupa pulak nak letak sini sekali. Lama dah aku buat potato gratin nih. Teringin nak buat untuk sahur ni, tapi.. stok cheese dah abis.. tsk.

Makanan ala omputeh yang sangat simple. Lelap mata pun boleh buat :)

Resepi Protato Gratin

Bebahan:
Kentang
Blackpepper 
Bawang putih
Daun parsley
Cheese mozarella
Thick cream

Cecara buat:
Kentang, sliced nipis (rendam dalam air garam) pastu toskan dan susun dalam loyang pembakar selapis demi selapis. Setiap lapisan ditabur dengan blackpepper, daun parsley dan minced garlic. Tuang thick cream menutupi semia lapisan kentang tadi dan taburkan mozarella cheese menutupi loyang dan bakar dalam suhu 180'c selama 40 minit. Senang kan :)


Lapisan kentang
Lapisan kentang yang dah ditutup dengan thick cream & mozarella
Dah siap. Sedap dimakan pepanas. ~ohh sedepppp~~


Saberr

Esok last.

Esok last.

Esok last.

Esok last.

Esok last.

Esok last DAY.

Sila bermotivasi sikit untuk pegi keje aD.

Tinggal esok je. Esok last.

Haih.



Tuesday, August 14, 2012

Busy

Overloaded with work.

%$#@*

Saberrr.. wak saberr..

2 more days to go.

Monday, August 13, 2012

Hello Monday

Masuk ofis pagi ni aku nampak Senior Colleague dah tersenyum-senyum
dari jauh. Tak sempat aku duduk lagi dia dah suruh aku buka email -
suruh baca email dari HOD. Tak sempat lagi aku nak on pc baca email,
dia dengan exitednya bagi tau aku apa isi email tu.. (punya lah dia
hepi on my behalf)

Senior Colleague: "Boss complimented you, D. Read your email!"
Aku: "Tentang apa?"
Senior Colleague: "Your new task ni lah. Well done! Suka lah tu.. "

Aku senyum je lah. At least its a good start for my not-so-slow Monday morning.

Cheer up people. Few more days left before raya. I'll be on 10 long
days leave starting this Friday (keje lah cuti. Blog tetap akak hapdet
dik non). Jangan jeles.

Thursday, August 09, 2012

Sorang satu laptop

Kepala pening. Menguap dekat pat ratus kali tapi bukan sebab
mengantuk. Maybe penat sikit kut.

Malam tadi tidur pukul 4.30 pagi. Menunggu Ariff & Amarr tidur sampai
hilang rasa mengantuk. Bayangkan lah pukul 2.00 pagi dedua adik &
abang still aktif main lompat-lompat dari atas sofa. Hampir je mummy
derang nak jadi tarzan bertempik tetengah malam buta tau. Bebudak
zaman sekarang susah betul nak suruh masuk tidur.

Jadual derang lepas balik dari rumah babysitter:-

6.30-8.00 malam : Dinner sambil main
8.00-10.00 malam : Menghadap laptop - self study (Numbers, letters,
Songs, Cartoons)
10.00 malam : Stop kejap minum susu
11.00 malam ke atas : Main toys sambil kekejap layan laptop.

Sekarang, Ariff & Amarr dah ada sorang satu laptop. Sebelum ni, Ariff
sorang je ada laptop. Tapi since Amarr dah pandai demand nak tengok
his own choices of movie/video. Dan disebabkan memasing duk berebut
laptop, Mamoru willing to sacrifice his own laptop kasi Amarr pakai
(nasib baik kompeni Mamoru provide another laptop for him dan Mummy
pulak will have to make do dengan desktop lama sahajor).

Amarr suka belajar ABC, 123, Shapes, Colors, etc. Pendek kata semua
todler punya learning basic. Ariff pulak dah advance bab huruf dan
nombor. Sebab tu dia tak boleh cope dengan Amarr punya learning
choices. Counting pun Ariff dah expert kira dari nombor 1 hingga 20
(in English). Tak lama lagi dia boleh hafal nombor 20 hingga 50 in
english pula (he's been practising it for almost a week now). Basic
math so far Ariff just tau kira tambah je. Tolak tataw lagi :)

Walaupun Ariff & Amarr berbeza preference bab learning video, derang
still share minat tengok cartoons yang sama. Cartoons fav derang
sekarang ni: Bus Tayo, Cars, Madagascar, Pocoyo :)

Kat rumah kami takde Ipad or Tab. Aku ada juga terfikir nak belikan
Ariff satu Samsung Tab, tapi aku takut Ariff lebih terarah untuk main
games je nanti. Kalau guna laptop, games adalah limited. Aku tanak
galakkan Ariff & Amarr main games sangat. Bukan ada faedah pun.

Kenkadang, bila berkumpul gegamai, Aku perasan Ariff suka pinjam
Samsung tab Pak Ngah dia semata nak main games. Setakat nak main
sekejap-sekejap, aku tak kisah sangat lah. Janji jangan menghadap 24
jam.

Aritu aku update Mamoru tentang games favourite Ariff (since Mamoru
jauh dan tak dapat tengok Ariff hari-hari):

Aku: B tau tak apa games favourite Ariff?
Mamoru: Angry bird?
Aku: Salah. Teka lagi.
Mamoru: Fruit ninja?
Aku: Nope. Ariff dah tak minat sangat games camtu. Teka lagi.
bla ~bla ~bla~
Mamoru: Ok, giveup. Cakaplah Ariff suka games apa.
Aku & SIL Ida (cakap serentak): Ariff suka main Chess!

Serious ok. My 3 years old son memang suka main chess! Aku tataw lah
macam mana dia boleh minat kat chess. Walhal games tu agak boring
untuk kekanak seusia dia. Selain Chess, Ariff suka games memasak Dora.
Dalam games tu, Ariff akan pilih resepi masakan yang dia suka dan cari
bahan-bahan untuk dimasak based on resepi. Games yang ni aku approve
jugak lah sebab at least Ariff belajar kenal: Onion, pepper, salt,
flour, garlic, etc.

Aku pernah jot down kat sini tak yang Ariff dah lebih setengah tahun
diapers free. Even sebelum usia dia genap 3 tahun lagi. Sejujurnya,
aku jarang ada masa nak toilet-train Ariff (my babysitter helps a lot,
I guess).

Semuanya start masa Ariff buka pampers dan seluar dia sebab nak
wee-wee kat toilet. Masa tu dah tengah malam. Lepas keluar dari
toilet, Ariff refused pakai pampers. So aku pakaikan seluar jelah. Aku
bajet sebelum dia tidur nanti aku pakaikan pampers. Pastu aku tertidur
dulu sebelum Ariff, terus lupa nak pakaikan dia pampers. Gelabah aku
bangun subuh tu raba seluar Ariff. Risau kalau dia tidur dalam keadaan
basah. To my suprise, seluar Ariff kering. Tilam pun kering!

Start dari malam tu sampailah hari ni Ariff tak pakai pampers lagi.
Paling buat aku impress, Ariff TAK pernah sekalipun ter wee-wee atas
tilam. Kalau dia terjaga tetengah malam nak wee-wee atau poo-poo,
Ariff akan bangun buka seluar sendiri pastu gi toilet (ambil kerusi
untuk panjat buka lampu toilet) dan balik semula ke tempat tidur
(WITHOUT my help). Cuma pagi tu aku akan notis dia tidur tanpa seluar
lah. Maybe dia too sleepy nak pakai seluar semula. Sangat berdikari
tau. Mummy proud of you, Ariff!

Tak lama lagi, turn Amarr pulak.

Haih. Kejap je dah besar anak-anak aku. Cepatnya masa berlalu!

Wednesday, August 08, 2012

Baru boleh bernapas

Baru hari ni dapat curi masa masa nak jot down something kat sini. Dua
hari sebelum ni duk berpeluh mengerah kepala belajar benda baru kat
ofis. Bukan berpeluh sebab panas. Tapi peluh sejuk yang sangat stress.

Hari pertama dan kedua memang sangat challenging. Agak terkapai-kapai
jugak lah bila kena buat business decision sendiri. Itu kena fikir,
ini kena consider, sana kena justify. Haih. Masuk hari ketiga baru
konfiden tu datang sikit. Tapi sikit je lah. Masih banyak benda yang
kena belajar. Takper, I'll survive. Eventually.

Bulan depan ada trip ke Gunung Batu Puteh (finally, a gateway!). Boleh
release stress kat sinun. Tenkiu Sham Castello for organizing this.
Baru je minggu lepas aku suarakan hasrat nak ke gunung Batu Puteh, tup
tup, dia up satu trip ke sana (untuk kengkawan yang join trip via
Ferrata dengan aku nanti, agak-agak rasa nak exercise, jom join lah
sekali. Confirm korang naik turun Kinabalu sambil berlari.. huhu)

Ok. tak boleh berlama-lama disini, walaupun ada terlalu banyak benda
yang nak di share together-gether. Tengok lah malam ni, kalau sempat,
boleh lah aku sambung update entry sambil bake cookies (Oh yes, I'm
baking cookies tau. Buat sorang-sorang ditengah malam yang sunyi
sambil study Credit paper). See how occupied jadual aku. Tu belum
masuk part part time business or part berkungtau dengan putera-putera
comel (sangat berbangga sebab I'm doing this all by myself tanpa
bantuan maid).

Saturday, August 04, 2012

New job scope - new responsibility

Sepatutnya, tepat pukul 4.45pm setiap hari Jumaat aku dah angkat beg melangkah keluar ofis. Tapi semalam, tengah rushing nak hantar satu urgent email, boss panggil ajak masuk bilik HOD. Ada meeting tentang MORE. 

Ikutkan, aku tak payah join. Sebab aku takde kaitan secara langsung tentang apa yang derang discuss. Lagipun memang takde kaitan dengan aku. Derang buat meeting tu pun sebab kes staff-perasan-hebat-buat-keje-berkira-tapi-result-hampeh yang aku penah cerita sebelum ni. 

Tak faham aku tau bila bekerja dengan orang yang suka berkira dan suka pretend konon keje overloaded. Ada sekali tu masa minta dia tolong keje yang overloaded, dia boleh cakap, 

"I dont want to know. Not my problem maa. You settle with your department la". 

Terlopong aku dengan senior ofismate aku dengar jawapan dia. Department mana yang dia maksudkan ni? Bukan dia dengan aku satu department ke? Helo kawan, kita share KPI yang sama. kalau department nih terlungkup, KPI aku dengan kau pun terlungkup sama. 

Pastu ada sekali tu dia menunjukkan tahap kebodohan yang menyerlah bila sorang senior ofismate forward satu email kat dia, minta tolong hantar ke branch since dia sorang je tau email orang kat branch. Being a pemalas dan busuk hati, dia boleh reply email senior ofismate tu dan bagi email address branch dengan mesej; 

"Forwarding this email to branch is not my job scope".

Memang saja cari pasal lah kan. Pada aku, dari ko reply balik senior ofismate tu punya email,  baik kau forward ke email tu ke branch. Pastu apalagi, mendapat laaa. Senior ofismate tu reply siap cc ke semua boss yang ada;

"Audrey (bukan nama sebenar),
Helping our branch people by forwarding this email may not be your job scope. I'm only ask for your help since you are the only one in our Department who knows the person in charge in that branch. Thanks anyway for your kind assistance."

Fuhh. Amik. Kalau aku jadi dia, aku hantar surat resign dah. Malu beb.

Sambung balik pasal meeting hari Jumaat aritu. 

Kesimpulannya, disebabkan semua boss pun dah tau perangai dia yang suka berkira buat keje, HOD suggest aku tambah satu task baru dalam job scope aku. Tergamam dibuatnya bila dia suruh aku belajar mender baru dan start handle task tu next Monday. 

Keluar dari bilik HOD, jam dah pukul 6.30pm. Semangat berkobar-kobar nak balik awal tadi dah hilang. Aku sambung balik taip email yang aku nak hantar sambil serabut fikirkan task baru ni. Gerun ok bila nak main dengan amount juta-juta. Kalau silap, tak ke aku yang naya?

Boss aku macam faham je aku rasa. Dia datang kat meja aku bagi kata-kata semangat. Siap buat lawak, 

"You boleh buat, jangan risau. You balik, study kes-kes yang dulu. Kalau you boleh buat task ni, senang lah I nak bagi KPI you exceeded"

Senior ofismate aku pun ada cakap, 

"Take the challenge. Bila you dah start buat ni, you are indispensable. You will have an added value. You can survive anywhere you go."

Ok, thats one thing. Tapi once aku terikat dengan task ni, aku terpaksa keluar dari aku punya comfort zone beb. Ready ke aku?

Aku punya concern adalah, sejak aku keje kat sini, aku jenis keje sekadar nak keje. Sebab aku lebih suka kosentret kat Makeupfreak business. Aku takde nak letak vision/mission nak jadi 'somebody' kat kompeni ni. Tapi, bila peluang datang bergolek camni aku jadi berbelah bagi. Haih... Haihhhhhhh.....

Note: KPI exceeded means kau akan dapat bonus lebih daripada staff lain. Contoh, kalau staff lain just dapat bonus 4 bulan gaji. Kau akan dapat lebih 6 bulan @ 7 bulan gaji.




 


Friday, August 03, 2012

Bermesra dengan "Teman-tapi-Mesra" esok!!

Tak bersemangat langsung hari ni. Dari subuh tadi asyik fikir nak amik
cuti untuk hari ni. Tapi, disebabkan nak save cuti untuk trip masuk
hutan, maka, terpaksalah heret kaki pegi ofis.

Dah lah mood berapa nak best, kena pulak berdepan dengan staff
perasan-bagus-cakap-besar-buat-keje-berkira-tapi-result-macam-hampeh.
Haih. Tolong la wei. Tolong jangan kurangkan pahala puasa aku. Bukan
aku saja-saja suruh kau buat keje beb. Instruction dari management.
Aku jalankan tugas je.

Err.. macam aku puasa arinih kan? Huhu. InsyaAllah, esok aku start
puasa balik. Cuti dah habis.

Esok ada majlis berbuka kat rumah Zam, kalau tak silap lah (kalau
betul, gua nak mintak ampun geng, tak dapat datang). Sebab esok ada
majlis berbuka kat kampung Mamoru. Dia ajak 'teman tapi mesra' dia
spend satu hari untuk bersahur, berpuasa & berbuka ikut style kampung.
Tataw lah berapa ramai yang join. So far yang confirm ada lah dekat 10
orang.

Antara xtvt yang derang dah arrange untuk esok (Sabtu):-

Pagi : Arrival of 'teman-teman tapi mesra' kat rumah nenek Mamoru di
Kuala Selangor. Sessi beramas mesra.

Tengahari: Jenjalan Kuala Selangor; Naik tren ke Bukit Melawati
(lepak dengan monyet kat atas tu hahaha), Kalau sempat, singgah pantai
kejap. Pastu pegi pasar Pasir Penambang (beli seafood untuk BBQ) dan
lauk untuk dimasak.

Petang: Sessi memasak & BBQ secara berjemaah. Sesambil tu duk
mengemas rumah nenek (vacumm, pasang langsir, pasang lampu lip-lap,
prepare pelita untuk malamnya)

Maghrib: Bebuka beramai-ramai. Solat berjemaah. Pastu pasang pelita,
main bunga api.

Malam: Pegi tengok kelip-kelip naik sampan. Satu sampan muat 4 orang
je. Sewa lah tiga empat sampan. Pastu balik rumah 'open balang' makan
kuih famous Makde (Red Pearl & Sakura - requested by Chua) + pillow
talk, katanya.

Subuh: Sahur beramai-ramai dan solat berjemaah.

Pagi Ahad: Free xtvt or bersurai.


Yang aku klakar tu, siap buat theme "Kain Batik, Kain pelikat" untuk
hari Sabtu ni. Aku idak ler nak pakai kain batik. Mau tertanggal nak
mengejar Ariff & Amarr. Kalau terpaksa pakai jugak, memang konpem aku
pakai belt sekali. Lantak la derang nak buat theme apa pun, ikut suka
lah. Layankan aje.. huhuhu.

Nih baru kat kampung Mamoru. Kalau spend kat kampung aku next week,
ada sessi mengacau dodol dalam kawah pulak.. ada bran ke uols nak
join?

Thursday, August 02, 2012

Murah rezeki kami

Setakat ni, ada 3 berita baik yang aku dapat dalam bulan Ramadhan ni:

1. Salary increement. Memang bagus sangat lah sebab aku pun baru je
tambah ASB Loan aritu.. huhu.

2. Registration untuk Ariff masuk Genius Aulad tahun depan dah
diterima. Kena bayar booking fees dalam masa 5 hari untuk secure offer
ni.

3. Yang ketiga ni RAHSIA. Tak boleh kasi tau. Mamoru dah warn,
katanya, "Sayang jangan letak dalam blog tau".. (hihi.. ok, ok :)~

Alhamdullilah. Alhamdullilah. Alhamdullilah. Terima kasih ya Allah.

Semoga dipermudahkan dan dimurahkan lagi rezeki kami, saudara-mara
kami dan semua umat Islam di seluruh dunia ni.

Dan semoga kami dilindungi dari kejahatan bani israel/orang yahudi
(Pelik tentang logo 'dajjal mata satu' yang banyak kat memana. Even
dalam kartun Mickey Mouse Clubhouse yang Ariff selalu tengok tu pun
ada - konspirasi atau provokasi? Should we worry?)

Wednesday, August 01, 2012

Ntahapehape

Sejujurnya cakap, hati aku tak tenang sekarang ni.

Dalam dua tiga hari ni asyik fikir tentang mender yang tak berkaitan
dengan aku. Tataw lah sebab PMS atau apa. Tapi aku asyik fikir tentang
nasib orang miskin, orang dhaif, orang takda mak bapak, orang tak
berkemampuan, etc, etc. Hari ni je sekerat hari aku duk fikir macam
mana nak tolong orang miskin untuk ubah life derang (esp sedara-mara
sendiri). Mengalahkan PM je bunyinya.

Aku tau, memang takde salah kalau sekali sekala nak bermuhasabah diri
dengan ingatkan diri dengan golongan serba kekurangan ni. At least
boleh buat aku insaf dan bersyukur dengan apa yang aku ada.

Tapi makin lama aku fikir, makin aku terbawak-bawak rasa sedih sampai
aku rasa macam tak best. Sampai aku rasa nak buat apa pun tak
bersemangat. Contoh, macam nak raya nih. Aku rasa tak seronok dan tak
sampai hati nak berhepi-hepi sebab asyik fikir pasal mereka yang tak
mampu ni. Rasa macam segan, rasa bersalah pun ada bila nak hepi-hepi
tentang raya. Sampaikan nak masak lauk sedap-sedap untuk berbuka pun
aku rasa bersalah.

Apekah? Normal ke rasa macam ni?

Ok. Ok. Dah. Stop. Jangan dilayan. Ntahapehape aku ni.

Tukar topik.

Nak pegi klinik kat tingkat 30 ofis ni jap. Nak ambik ubat sapu. Kesan
gigitan pacat kat gunung Korbu-Gayong dari tahun lepas still tak baik
lagi. Habis kokak bukulali aku. Haih.

Iftar SOS or GO?

Ingatkan next week wiken last sebelum raya, rerupanya bulan puasa ni ada 5 wikens. So, untuk next week jadual aku still free.

Bebudak outdoor ada buat majlis berbuka puasa Sabtu depan. Tapi macam berbelah bagi nak pegi yang mana. Satu majlis, anjuran SOS (kat Perak). Satu lagi anjuran GO (kat KL). Ikutkan hati, nak pegi yang dedekat je. Tapi bila tengok senarai memember lama yang pegi iftar kat Perak, macam best pulak.

Haih. Sana member, sini kawan. Sesusah sangat, tayah pegi langsung. Nak jumpa sangat, pegi naik gunung je.. huhu.


p/s:
Kalau sesiapa ada buat trip pegi gunung Batu Puteh (dalam bulan September-Disember tahun ni) inform aku kat sini ek. Serius teringin nak pegi trip ni.