KENGKAWAN

Wednesday, August 01, 2012

Ntahapehape

Sejujurnya cakap, hati aku tak tenang sekarang ni.

Dalam dua tiga hari ni asyik fikir tentang mender yang tak berkaitan
dengan aku. Tataw lah sebab PMS atau apa. Tapi aku asyik fikir tentang
nasib orang miskin, orang dhaif, orang takda mak bapak, orang tak
berkemampuan, etc, etc. Hari ni je sekerat hari aku duk fikir macam
mana nak tolong orang miskin untuk ubah life derang (esp sedara-mara
sendiri). Mengalahkan PM je bunyinya.

Aku tau, memang takde salah kalau sekali sekala nak bermuhasabah diri
dengan ingatkan diri dengan golongan serba kekurangan ni. At least
boleh buat aku insaf dan bersyukur dengan apa yang aku ada.

Tapi makin lama aku fikir, makin aku terbawak-bawak rasa sedih sampai
aku rasa macam tak best. Sampai aku rasa nak buat apa pun tak
bersemangat. Contoh, macam nak raya nih. Aku rasa tak seronok dan tak
sampai hati nak berhepi-hepi sebab asyik fikir pasal mereka yang tak
mampu ni. Rasa macam segan, rasa bersalah pun ada bila nak hepi-hepi
tentang raya. Sampaikan nak masak lauk sedap-sedap untuk berbuka pun
aku rasa bersalah.

Apekah? Normal ke rasa macam ni?

Ok. Ok. Dah. Stop. Jangan dilayan. Ntahapehape aku ni.

Tukar topik.

Nak pegi klinik kat tingkat 30 ofis ni jap. Nak ambik ubat sapu. Kesan
gigitan pacat kat gunung Korbu-Gayong dari tahun lepas still tak baik
lagi. Habis kokak bukulali aku. Haih.

1 comment:

yaNa said...

biler pikir nasib mereka yg kurang bernasib baik nie,hati jadi sayu kan..berharap kita punye harta yg banyak tuk bantu ubah nasib mereka..
apa yg termampu,doakan kebahagian mereka dan niat kita utk membantu itu pon Allah swt beri ganjaran pahala.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...