KENGKAWAN

Thursday, August 09, 2012

Sorang satu laptop

Kepala pening. Menguap dekat pat ratus kali tapi bukan sebab
mengantuk. Maybe penat sikit kut.

Malam tadi tidur pukul 4.30 pagi. Menunggu Ariff & Amarr tidur sampai
hilang rasa mengantuk. Bayangkan lah pukul 2.00 pagi dedua adik &
abang still aktif main lompat-lompat dari atas sofa. Hampir je mummy
derang nak jadi tarzan bertempik tetengah malam buta tau. Bebudak
zaman sekarang susah betul nak suruh masuk tidur.

Jadual derang lepas balik dari rumah babysitter:-

6.30-8.00 malam : Dinner sambil main
8.00-10.00 malam : Menghadap laptop - self study (Numbers, letters,
Songs, Cartoons)
10.00 malam : Stop kejap minum susu
11.00 malam ke atas : Main toys sambil kekejap layan laptop.

Sekarang, Ariff & Amarr dah ada sorang satu laptop. Sebelum ni, Ariff
sorang je ada laptop. Tapi since Amarr dah pandai demand nak tengok
his own choices of movie/video. Dan disebabkan memasing duk berebut
laptop, Mamoru willing to sacrifice his own laptop kasi Amarr pakai
(nasib baik kompeni Mamoru provide another laptop for him dan Mummy
pulak will have to make do dengan desktop lama sahajor).

Amarr suka belajar ABC, 123, Shapes, Colors, etc. Pendek kata semua
todler punya learning basic. Ariff pulak dah advance bab huruf dan
nombor. Sebab tu dia tak boleh cope dengan Amarr punya learning
choices. Counting pun Ariff dah expert kira dari nombor 1 hingga 20
(in English). Tak lama lagi dia boleh hafal nombor 20 hingga 50 in
english pula (he's been practising it for almost a week now). Basic
math so far Ariff just tau kira tambah je. Tolak tataw lagi :)

Walaupun Ariff & Amarr berbeza preference bab learning video, derang
still share minat tengok cartoons yang sama. Cartoons fav derang
sekarang ni: Bus Tayo, Cars, Madagascar, Pocoyo :)

Kat rumah kami takde Ipad or Tab. Aku ada juga terfikir nak belikan
Ariff satu Samsung Tab, tapi aku takut Ariff lebih terarah untuk main
games je nanti. Kalau guna laptop, games adalah limited. Aku tanak
galakkan Ariff & Amarr main games sangat. Bukan ada faedah pun.

Kenkadang, bila berkumpul gegamai, Aku perasan Ariff suka pinjam
Samsung tab Pak Ngah dia semata nak main games. Setakat nak main
sekejap-sekejap, aku tak kisah sangat lah. Janji jangan menghadap 24
jam.

Aritu aku update Mamoru tentang games favourite Ariff (since Mamoru
jauh dan tak dapat tengok Ariff hari-hari):

Aku: B tau tak apa games favourite Ariff?
Mamoru: Angry bird?
Aku: Salah. Teka lagi.
Mamoru: Fruit ninja?
Aku: Nope. Ariff dah tak minat sangat games camtu. Teka lagi.
bla ~bla ~bla~
Mamoru: Ok, giveup. Cakaplah Ariff suka games apa.
Aku & SIL Ida (cakap serentak): Ariff suka main Chess!

Serious ok. My 3 years old son memang suka main chess! Aku tataw lah
macam mana dia boleh minat kat chess. Walhal games tu agak boring
untuk kekanak seusia dia. Selain Chess, Ariff suka games memasak Dora.
Dalam games tu, Ariff akan pilih resepi masakan yang dia suka dan cari
bahan-bahan untuk dimasak based on resepi. Games yang ni aku approve
jugak lah sebab at least Ariff belajar kenal: Onion, pepper, salt,
flour, garlic, etc.

Aku pernah jot down kat sini tak yang Ariff dah lebih setengah tahun
diapers free. Even sebelum usia dia genap 3 tahun lagi. Sejujurnya,
aku jarang ada masa nak toilet-train Ariff (my babysitter helps a lot,
I guess).

Semuanya start masa Ariff buka pampers dan seluar dia sebab nak
wee-wee kat toilet. Masa tu dah tengah malam. Lepas keluar dari
toilet, Ariff refused pakai pampers. So aku pakaikan seluar jelah. Aku
bajet sebelum dia tidur nanti aku pakaikan pampers. Pastu aku tertidur
dulu sebelum Ariff, terus lupa nak pakaikan dia pampers. Gelabah aku
bangun subuh tu raba seluar Ariff. Risau kalau dia tidur dalam keadaan
basah. To my suprise, seluar Ariff kering. Tilam pun kering!

Start dari malam tu sampailah hari ni Ariff tak pakai pampers lagi.
Paling buat aku impress, Ariff TAK pernah sekalipun ter wee-wee atas
tilam. Kalau dia terjaga tetengah malam nak wee-wee atau poo-poo,
Ariff akan bangun buka seluar sendiri pastu gi toilet (ambil kerusi
untuk panjat buka lampu toilet) dan balik semula ke tempat tidur
(WITHOUT my help). Cuma pagi tu aku akan notis dia tidur tanpa seluar
lah. Maybe dia too sleepy nak pakai seluar semula. Sangat berdikari
tau. Mummy proud of you, Ariff!

Tak lama lagi, turn Amarr pulak.

Haih. Kejap je dah besar anak-anak aku. Cepatnya masa berlalu!

2 comments:

Intan meow said...

K ad. mintak email. Nak kasi
special info.

aD said...

hi intan,
adlyana79@gmail.com :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...