KENGKAWAN

Thursday, September 27, 2012

Kudrat mummy

Ariff & Amarr tak berapa sihat. Start dari hari Isnin lagi. Dah
beberapa hari dah diaorang asyik baruk-batuk. . Aku pun dah berjangkit
sekali.

Haih. Macam mana nak pergi Salomon Race Ahad ni?

*******************************************************************

Just nak jot down few perkara sweet:

Malam tadi sekali lagi Amarr tidur atas badan aku. Suka sangat dia
tidur sambil aku peluk macam tu. Manja betul si kecil ni. Tidur
sebelah tak mahu. Nak tidur atas mummy dia jugak. Badan aku ni lebih
lembut dari tilam agaknya.

Tak apa lah. Selagi badan dia muat nak baring atas mummy dia, aku
layan kan aje. Esok lusa, dah besar macam abang Ariff, dah tak muat
dah nak buat badan aku ni jadi tilam.

Ariff sekarang makin tinggi ok. Dah hampir cecah paras dada aku. Usia
baru 3 tahun. Tinggi macam budak umur 5 / 6 tahun.

Semalam, lepas habis training (turun-naik tangga), aku pergi ambil
Ariff & Amarr. Dua-dua mengamuk, mengangis minta aku dukung. Aduhai.
Tak sampai hati pulak nak hampakan anak-anak. Aku cuba juga angkat
dedua sekali. Nasib baik kudrat aku kuat (baru turun gunung aritu
kan..). Sorang aku dukung sebelah kiri, sorang lagi sebelah kanan.
Belakang aku ada 2 bag pack (beg kerja + beg baju anak-anak). Dan
nasib baik juga, rumah babysitter sama satu apartment dengan rumah
aku. Turun lift je dah sampai. Kalau tak, pancit aku kat situ.

Note: Berat Ariff 16kg + Amarr 12kg = 28kg. Berat aku 40kg. Total
berat diaorang je dah lebih separuh dari berat aku. Kagum ok dengan
kudrat sendiri - kudrat seorang mummy.

Monday, September 24, 2012

Amarr

Geremm dengan ini budak kecil. Dah pandai marah orang guna bahasa Jerman. Dah pandai mengarah. Dah pandai buli abang Ariff. Pandai sepahkan barang, conteng dinding, conteng muka??


Tapi mummy tetap kalah dan tak mampu nak marah bila tengok muka ini

Dan ini juga.. ~oh anak mummy! xoxo

Dah collect!

Thanks to Aisya & Yanti cos tolong collectkan baju ni untuk aku & Mamoru!

Tak sabar nak tunggu Ahad ni. Go runners!

Dalam bebanyak race, aku paling suka Solomon punya sebab organizer bagi T-shirt. Kalau race yang lelain semua bagi singlet je.. huhu

Mine punya no 1717. My fav no ok!. Ramai yang jeles ai dapat no ni.. hihi. Mamoru punya no pun not bad, 0550. Senang nak ingat.

Friday, September 21, 2012

Next race

Ok. Next race, Solomon X-trail run.

Oraganizer dah hantar email suruh collect race-pack.

Rasanya hari ni dah boleh start training. Cukup lah 4 hari cuti
exercise since balik dari gunung Batu Puteh aritu.

Fyi, aku punya training just naik turun tangga dari tingkat 1 sampai
tingkat 12 je. huhu. Nak pegi jogging atau gym, memang takde masa. So
itu je cara untuk aku maintain fitness. Dan aku rasa cara ni sangat
berkesan dan terbukti berkesan masa xpdc aritu.

Rindu nak pregnant lagi

Ariff sekarang sangat sweet dan prihatin.

Setiapkali aku masuk lif, aku akan make sure Ariff & Amarr masuk dulu
sementara aku berdiri kat tetengah pintu lif (tahan pintu in case
tertutup). Tapi sekarang, Ariff akan tarik tangan aku sambil masuk
lift sebab dia tersangat takut kalau pintu lif tu sepit aku.

"Mummy hurry up! Nanti sakit"

Pastu bila nampak aku sakit atau ada luka kat badan aku dia akan
cecepat cakap, "Mummy makan ubat". Sampai luka bekas kena gigit pacat
kat kaki aku pun dia beriya ambilk kain balutkan.

Dan setiap kali Ariff terlanggar Amarr atau buat aku marah, dia akan
cecepat cakap "Sorry"..

Awww..

Amarr pulak sangat manja. Suka buli abang Ariff.

Tapi protective macam abang dia juga. Sangat risau kalau apa-apa jadi
kat mummy dia.

Amarr tak pandai bercakap lagi. Antara word yang dia tahu, "mummy,
daddy, nak, nasi, aiskim, takut, ABC sampai Z, 123 sampai 10.

Sejuk perut tengok anak-anak membesar. InsyaAllah, kalau ada rezeki,
aku teringin nak tambah sorang lagi dalam tempoh setahun dua nih :)

Thursday, September 20, 2012

My little heroes

Sepanjang aku & Mamoru masuk hutan aritu, Ariff & Amarr dijaga dengan baik oleh uncles & auntiesnya. Sakan berjalan derang berdua nih. Piknik kat tasik Putrajaya lah. Piknik kat sungai Congkak lah. Pegi playground lah. Terima kasih bebanyak kat adik-adik aku. Korang memang best!

Nih gambar aku copy dari FB adik-adik aku. Sangat comel tengok hero-hero kecil ni :)


Amarr & Ariff berhimpit naik kete kecik sambil pakai safety cap. Comel je. Abaikan view rumah yang macam tongkang pecah. Lantak ler. Janji anak-anak aku sihat & ceria sepanjang ketiadaan mummy & daddy dia.

Kat playground pakai baju boria. Silap pandang macam kembar. 

Day 3 : XPDC Gunung Batu Puteh

Hari ketiga dalam hutan

Cuaca terbaik. Lepas packing semua, pukul 10 pagi kami tinggalkan gua Azan. Kemain bersemangat lagi memasing.

Pose depan batu besar yang kami jadikan kemsait

Ladies memanaskan badan depan unggun api. Aku tukar baju trekking baru. Koser la nak pakai baju trekking yang basah sebab aku bawak berendam kat waterpoint kemsait ni. Lupa ambik gambar waterpoint yang sangat cantik. Overall, view sepanjang gunung nih adalah sangat cantik. Macam taman larangan.

Ready nak balik

Last pose sebelum gerak

Take 5 kat kemsait balak

Geng yang muda belia. 

Kalau 2 hari sebelum tu aku laju dan sangat bertenaga. Taim nak turun balik hari ketiga ni agak slow sebab jari kami aku dah start blister. Bila jari dah sakit of coz mental dah ke laut. Pewai. Maintain jalan slow. Tapi nasib baik Mamoru ada. 

Pukul 2 lebih kami sampai semula ke perkampungan orang asli. Tamat lah hazabbb dengan jari kaki penuh blister.

See,  siap bertongkat

Thanks team. Jumpa lagi kat puncak yang lain! Taim ni team trekker Cina dah gerak balik. Team Nenek Kebayan tak keluar lagi. Sham cakap maybe derang sampai luar taim malam.

Day 2 : XPDC Gunung Batu Puteh

Hari kedua pendakian.

Kak Syida dan makcik dapur yang lain dah siap bekalkan nasik berlauk untuk dibawa sebagai lunch-pack. Sebelum bertolak, memasing dah sarapan meehoon sedap.

Tepat pukul 8.00 hujan turun lebat gila. Serrjukkkk. 8.30 pagi kami start mendaki.

Bergambar sebelum mulakan pendakian ke puncak. Hujan lebat gila taim ni. Tapi memasing tetap bersemangat. Nasib baik lepas setengah jam, hujan reda dan renyai je. So, pakat redah aje lah.
45 minit mendaki kami sampai ke puncak view ni. Lupa lah apa nama puncak gunung yang Mamoru tunjuk tu.

Bergambar kat puncak view. Nampak gunung ganang kat belakang tu? Itu la trek yang kena kami tempuh.

Mamoru berlatarbelakangkan gunung Kak. Teringin nak panjat gunung ni tapi peralatan tak cukup. Batu kat puncak dia tegak dan curam, kata Sham. Takper, next time k.

Take 5 kat last water point sebelum puncak. Sham cakap view kat last water point cantik. Tapi takdenya aku nak turun ke bawah sinun. Kalau 7 tahun dulu, maybe lah kan. Masa darah tengah muda. Eager nak explore sini sana. Bila dah umur dah camni, sampai puncak tu pun dah cukup baik.

Tepat pukul 12 tengahari sampai Puncak gunung Batu Puteh. Aku orang yang ke empat sampai puncak selepas Sham, Sorang trekkers Cina (team lain) & Mamoru

Me & Sham. Tak sangka dah 7 tahun aku kenal mamat ni. Dia lah yang kenalkan aku dengan dunia pendakian sampai aku tak boleh stop sekarang ni.


Kawasan puncak gunung yang sanggattt luas. Team nenek kebayan tidur puncak masa hari ke dua. Kami just lepak gua Azan je dengan satu lagi team Cina

Dengan kekasih hati beta

Me pakai baju hujan kat puncak nak cover serjukkkk

Lepak + minum + menyengal

Dengan bendera sempena hari Malaysia pada hari ini

Pose lagik dengan cik Abe

Cinta membawa kami ke sini :)

Ni part yang best malam tu. Sesi suai kenal sambil membahan orang. Sangat enjoy dan seronok. Team yang happening. Aku sampai boleh hafal nama semua 30 orang yang pegi ni tau.

Wednesday, September 19, 2012

Day 1: XPDC Gunung Batu Puteh

Organizer: Nature Explorer (FB)
Guide: Sham Castello (full time guide)
Line-up: 30pax

Agak ramai line-up team ni. Pastu bertembung pulak dengan team Nenek Kebayan (17pax) & team hikers Cina (10 pax). Sesak kemsait. 

Start trekking dekat nak pukul 10.30 pagi. Arrived kemsait gua azan pukul 5 petang (timing aku) Last person arrived at 7.00++ sebab injured.

Hari first, alhamdullilah. badan fit. Tak rasa pewai pun. Berkat training turun naik tangga 12 tingkat hehari huhuuhuhu

Bergambar sebelum start mendaki

Awal-awal dah cross sungai. Basah sampai spender..

Kontrolll

Tunggu semua tem sampai

Lalu kat tebing air terjun kecik

Laluan berbatu tepi tebing yg agak licin

Layan hutan buluh.. berapa jam ntah. Banyak nau buluhnya

Take 5. Jumpa geng-geng (cik Leey & the gang) lama atas trek. Derang ikut team lain.. meriah!

Kemsait balak. Besau tempat ni. Rata, luas & lapang.

Sajer test skill yang nan-hado

Gua Batu Azan yang bapakkkk besau

Beginilah keadaan bawah batu besau ni. Bukan gua sangat lah. Tapi ,uat lah almost 60 orang kat sini

Interpremm itu harusss

Aku yang tak makan brocoli pun boleh telan sampai licin sebab lapauuu

Love - always will!

Tuesday, September 18, 2012

Gunung Batu Puteh ditawan

Mission accomplished. Satu lagi gunung berjaya ditawan.

Trip berakhir dengan jayanya semalam!

Tahniah buat team xpdc gunung Batu Puteh yang seramai 30 orang!
Tahniah juga buat team hikers Cina dan team Nenek Kebayan. Sesak
kemsait dibuatnya.

Overall, trip ni antara trip yang happening. Mengimbau kenangan lama sungguh.

Thanks Sham & team xpdc. InsyaAllah, kalau ada peluang nanti, kita
jumpa kat puncak gunung lain pulak.

Friday, September 14, 2012

Malam ni bertolak

Malam ni, aku & Mamoru bertolak ke Kuala Woh (dekat dengan Tapah,
Perak) untuk xpdc mendaki gunung Batu Puteh selama 3 hari 2 malam.

Ada 2 orang yang akan car pool dengan kami. Ok lah tu. Kalau tak, sure
kesian Mamoru kena drive sengsorang sebab aku confirm bantai membuta
(sebab penat malam tadi tak tido & emo sedikit bila terpaksa berpisah
dengan Ariff & Amarr.

Apa pun, harap kami semua selamat pergi dan balik, insyaAllah.

********************************

Dan harap Ariff & Amarr juga selamat dan baik-baik je dalam jagaan
uncle Ujay, Uncle Sham & Untie Ida. Semoga anak-anak mummy sentiasa
berada dibawah lindungan-Nya.

Kita jumpa selepas 3 hari ya sayang. Take care & jangan notti-notti
ya. Mummy heart u so much. Red heart tau, not blue like the Eliphant
one.

xoxo


p/s: Start missing both of u already. How???!

Thursday, September 13, 2012

Kejap dah kamis

Dah 3 hari server down kat ofis. Banyak keje delay. Banyak backlog.
Stress. Tadi department ada buat open house raya. Itu pun aku just
amik makanan je dan duduk menghadap pc. Tak dapat nak beramah-tamah
dengan staff dept lain. Tak dapat nak bergedik-gedik snap gambar.
Haih.

Baru aku teringat malam ni kena pegi collect rations kat Tesco Ampang
untuk trip gunung Batu Puteh. Adoiyai. Malam esok ke bertolak? Apesal
kejap sangat masa ni berjalan ek?

p/s: See u later tonight Chua. Tengs sebab sanggup teman amik rations.
Nak harap aD gi sengsorang, idak ler. Malu ah (alasan~)

After 7 years

Yesterday was weird.

Chua asked me unexpected question. It took me all night to think and answer it. Hope he satisfied and drop the issue (alright, friend?)

And another thing;

Received a message from Hata yesterday. Never thought that 'he' would contact me after what.. 7 years since we break-off? I dont know how to react. Dia tanya sama ada aku kenal dia lagi. Aku almost nak bagi sarcasm reply. ~Oh c'mon, takkanlah aku boleh lupa. Almost all of my entry in 2005-2006 tentang dia. Tapi, let gone be by gones ok, aD? I already forgive 'him'.

But still.. weird, isnt it?


Tuesday, September 11, 2012

Call Tree

Gelabah aku sekejap tadi bila dapat call dari Boss. Tak sempat nak jawab beb, sebab mencari hanphone tak jumpa. Ariff sorok bawah bantal rupanya. Biasalah, kalau taim memalam ni, handphone aku akan bertukar hakmilik mutlak kepada anak-anak aku.

Bila cek hanphone, ada sms dari Boss. Baru aku teringat hari ni ada Call Tree Testing ~matilaaa. 

Aku tengok jarak masa sms yang Boss hantar dengan timing sekarang. Ok, rilek aD.. rilekkk. Baru 15 minit gap. 

Cecepat aku reply mesage dia dengan password yang dibagi. Pastu forward sms beserta password pada staff yang lain.

Tak sampai sesaat pastu Boss aku sms lagi, "Have all your staff confirmed back?"

Ok, aku dah rasa nak pengsan. Aku call semua staff bawah aku. Tak ramai pun. Ada 3 orang je. Bagus derang nih. Semua alert dan memang tengah tunggu message dari aku. Aku je yang boleh lupa tahap gaban. Adoiyaii.

Lepas make sure staff semua dapat dan reply message aku, baru aku dengan leganyaa sms boss, "Task successfully completed with correct password"

Haih. Apa pun, aku memang bernasib baik malam ni. Dapat complete task dalam jangkamasa yang ditetapkan. Kalau tak, sure esok aku jadi bahan sebab menyebabkan the whole department fail Call Tree ni.

Mender la yang aku fikir sampai boleh lupa camni :(


Late birthday gift

Birthday gift yang lambat 2 bulan from my friend.

Better late than never katanya.

Thanks.. Eniey :)

Monday, September 10, 2012

Panas, hujan, jerebu, etc.

Cuaca tak begitu best sekarang ni. Asyik hujan je. Confirm aku kena
trekking dalam keadaan basah lencun hunjung minggu ni.

Tapi bukan tu yang aku risaukan.

Cuaca macam ni buat kesihatan Ariff & Amarr terganggu. Dah dua tiga
kali suhu badan Amarr kejap naik, kejap turun. Ariff pulak dah start
batuk & selsema. Haih. Risau lah nak tinggalkan derang semata untuk
masuk hutan weekend ni.

......................................................

We'll wait & see. Kalau demam derang still tak ok by Thursday, xpdc
minggu ni terpaksa di batalkan.

Sunday, September 09, 2012

Potato Gratin & open house yang tak berapa nak open lah

Aritu jamu kengkawan datang kerumah ('Aritu' disini bermaksud minggu pertama hari raya aritu. Dah 3 minggu kot entry ni tersimpan dalam draft. Lupa nak publish.. huhu). Aku tak consider ni sebagai open house raya  lah sebab kang ramai yang kecik hati sebab tak dapat jemputan. So, anggap je lah macam dinner antara kita-kita aje. Buat pun taim hari bekerja. Tapi alhamdulilah, semua yang dijemput hadir memeriahkan rumah kecik kami.

Itu pun, tak menang tangan nak layan tetamu. Dah lah rumah kecik, rasa macam kesian tengok tetamu yang terpaksa duduk atas lantai dan take turn bila nak ambil makanan. Rumah apartment. Tau lah hazab dia macam mana kan. Haih, tak sabar tunggu rumah kami siap tahun depan. 

Aku ambil masa 3 jam untuk masak lauk: Siakap goreng berlada, daging salai masak lemak rebung, sambal ayam dan bubur kacang hijau campur durian. 

Pastu, untuk tetamu yang jaga badan, aku masukkan steamboat dalam menu. Steamboat ni menu tambahan yang paling simple dan senang. Tak perlu nak masak bagai. Just prepare bebahan je. Selebihnya, pepandai tetamu lah nak buat macam mana.

Hepi tengok lauk yang dimasak habis licin.

Ekceli petang aku dgn Mamoru agak panik sikit lah sebab sis in-law Sue kena admitted kat hospital. Adik lelaki aku minta aku tolong jagakan 2 orang anak-anak dia sementara dia uruskan hal Sue kat hospital. Merasa aku jadi mummy kepada 4 orang anak hari tu. Rumah memang macam tongkang pecah taim tetamu datang.. haha. Lantak lah.

Tergelak Mamoru bila aku cakap, "Macam ni la agaknya life kita kalau ada 4 anak, kan?".. Buat aku fikir panjang bila nak tambah baby. Maybe tangguh dua tiga tahun lagi kut.. haha. Or maybe kami just satisfied dengan Ariff & Amarr je. Takut tambah bebanyak kang tak terjaga pulak. Kos lagik. Lagipun aku nak make sure by time aku bersara nanti, Ariff & Amarr dah graduate dan start bekerja. Tanak lah jadi macam sesetengah parents yang masih ada anak bersekolah bila dah bersara. Gila beb. Bayangkan lah kalau umur camtu masih terpaksa cari kerja lain semata nak support anak sekolah. Aku nak enjoy hari-hari tua aku & Mamoru dengan tenang - nak fokus pada beribadah, nak gi haji, umrah, melancong (fuhh berangannn) 

Bawah ni just nak share sekali lagi potato gratin yang aku buat. Tapi kali ni aku letak lapisan beef pepperoni & more blackpepper. Pedas sikit tapi syedap. 


Lapisan beef ppeperoni


Bawang putih dah dicincang halus


Aku bubuh dedua nih untuk kepedasan maksimum huhuhu


Kentang dihiris nipis


Lapisan kentang


Selepas ditabur blackpepper, white pepper & rosemery


Lapiskan dengan daging pulak


Curahkan sekotak kecik thick cream & taburkan cheese atas sekali


Dah siap dibakar dalam oven.. antara yang licin malam tu :) One of my guests malam tu cakap, "Ni resepi macam Ratatouile tu ke?".. Ok, I'm flattered.
Gambar guess aku tak amik pun. Lupa. Yang ni pun kebetulan termasuk sekali taim nak snap gambar makanan


Antara laup-pauk malam tu: Siakap goreng berlauk, potato gratin, ayam masak merak, daging salai masak lemak rebung, bubur kacang durian & steamboat. Semua lauk aku masak sendiri kecuali ayang panggang whole chicken tu (yang tu je beli)


Steamboat ala Johnny's :)

Puas hati sebab semua makanan licin malam tu :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...