KENGKAWAN

Thursday, September 27, 2012

Kudrat mummy

Ariff & Amarr tak berapa sihat. Start dari hari Isnin lagi. Dah
beberapa hari dah diaorang asyik baruk-batuk. . Aku pun dah berjangkit
sekali.

Haih. Macam mana nak pergi Salomon Race Ahad ni?

*******************************************************************

Just nak jot down few perkara sweet:

Malam tadi sekali lagi Amarr tidur atas badan aku. Suka sangat dia
tidur sambil aku peluk macam tu. Manja betul si kecil ni. Tidur
sebelah tak mahu. Nak tidur atas mummy dia jugak. Badan aku ni lebih
lembut dari tilam agaknya.

Tak apa lah. Selagi badan dia muat nak baring atas mummy dia, aku
layan kan aje. Esok lusa, dah besar macam abang Ariff, dah tak muat
dah nak buat badan aku ni jadi tilam.

Ariff sekarang makin tinggi ok. Dah hampir cecah paras dada aku. Usia
baru 3 tahun. Tinggi macam budak umur 5 / 6 tahun.

Semalam, lepas habis training (turun-naik tangga), aku pergi ambil
Ariff & Amarr. Dua-dua mengamuk, mengangis minta aku dukung. Aduhai.
Tak sampai hati pulak nak hampakan anak-anak. Aku cuba juga angkat
dedua sekali. Nasib baik kudrat aku kuat (baru turun gunung aritu
kan..). Sorang aku dukung sebelah kiri, sorang lagi sebelah kanan.
Belakang aku ada 2 bag pack (beg kerja + beg baju anak-anak). Dan
nasib baik juga, rumah babysitter sama satu apartment dengan rumah
aku. Turun lift je dah sampai. Kalau tak, pancit aku kat situ.

Note: Berat Ariff 16kg + Amarr 12kg = 28kg. Berat aku 40kg. Total
berat diaorang je dah lebih separuh dari berat aku. Kagum ok dengan
kudrat sendiri - kudrat seorang mummy.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...