KENGKAWAN

Friday, September 07, 2012

Medical check-up lagi

Pagi tadi sekerat hari spend masa kat Hospital Pantai, Bangsar. Result
check-up tak begitu memberansangkan. Keputusan dia rendah sikit dari
last check-up. Dua kali aku buat lung test tadi. Siap buat reversible
lagik. But not much improvement. Doc cakap, maybe ni kesan akibat aku
ambil sambil lewa dan tak treat my asthma prob bebetul dari kecik
dulu.

Yer, masa kekecik dulu, aku ada asthma yang teruk. Family history aku
memang hampir semua ada penyakit ni. Even aku ada cousin yang dah
meninggal dunia akibat asthma (dia meninggal atas motor masa tunang
dia bawa dia ke klinik - sedih kan?). Dulu kitaorang mana ada
knowledge tentang asthma. So, bila kena attack tu, aku mostly lebih
suka baring dalam bilik - rehat sampai sembuh (biasanya amik masa
seminggu - dua minggu baru baik). Penah beberapa kali jugak lah doktor
nak admit aku masuk hospital, tapi aku tanakkkk. Naik ambulance pun
aku dah merasa tau. Tapi bila sampai hospital, aku duk merayu kat
doktor tanak masuk wad.. *sigh*

Letih woo kalau kena attack asthma ni. Nafas jadi pendek. Pastu tiap
kali tarik nafas, ada bunyi yang merimaskan. Jalan pun tak berapa
betul sebab sakit tu buat badan aku tak boleh berdiri straight.
Terpaksa bongkok sikit.

Bila dah terlalu lama menghidap asthma, tu yang jadi satu parut kekal
dalam peparu aku (bronciectasis). Meaning to say, bronchiectasis nih
bukan lah mender baru. Dia dah ada dalam peparu aku dah lama. Cuma
mungkin demam aku hari tu trigger dia jadi lebih teruk.

Masa aku kekecik dulu kan, doktor selalu pesan jangan terlalu aktif,
nanti asthma aku menyerang. Sedih aku tau. Disebabkan asthma, aku
dikecualikan dari semua xtvt sukan dari sekolah rendah sampai
menengah. Teringat dulu ada sorang cikgu ni reject nama aku dari list
pemain netball sebab aku ada asthma. Aku teringin gila nak join group
netball taim tu tapi apakan daya. Aku merayu pun cikgu tak kasi.
Muktamad katanya.. tsk. So, jadi lah aku student yang pasif. Yang
setia jadi penunggu tepi padang setiap kali ada sukan atau pendidikan
jasmani.. hukhuk.

Satu hari tu, masa sekolah menengah, aku ada tengok movie omputeh
(based on true story), tentang sorang budak penghidap asthma yang
teruk. Budak ni datang dari family miskin so family dia takder duit
nak support dia pegi belajar tetinggi. Salah satu cara untuk dia
dapatkan duit untuk belajar adalah dengan dapatkan biasiswa. Dia dapat
tahu ada sekolah yang offer biasiswa untuk student yang menyerlah
dalam sukan. Dari situ dia start praktik masuk sukan lumba lari.
Memula tu memang hazabb la kan. Just imagine, pesakit asthma nak masuk
lumba lari. Tapi lepas dia usaha sesungguh, dia berjaya. Malah, sukan
lumba lari juga buat dia sembuh sepenuhnya dari penyakit asthma.

Based on that, baru aku tau re-rupanya, penghidap asthma boleh aktif
(mungkin bukan semua lah). Tapi why la semua doktor yang aku jumpa
masa kekecik dulu avoid aku dari aktif kan?

Since that day, jiwa aku memberontak (cewah). Setiap kali ada sukan,
aku akan join lari sama dengan bebudak lain atas trek (walaupun cikgu
larang). Bila sekolah ada buat marathon, aku join senyap-senyap
(yelah, dalam gegamai tu, bukan orang perasan aku lari sekali kan?).
Terkejut cikgu kelas aku bila aku dapat nombor 8 dari beratus-ratus
student yang join marathon tu tau. Tapi bukan medal yang aku cari.
Yang penting, perasaan bila jantung aku berdegup laju bila tengah
aktif tu adalah sangatttt selesa. Paling buat aku kagum, breathing aku
clear. Sangat clear. Secara tak langsung, mender ni semua mematikan
teori doktor yang pesakit asthma/lelah tak boleh aktif.

Ok, back to the stori.

Lepas buat dedua lung test kat hospital tadi, doktor cakap asthma aku
jenis reversible. Meaning, it will always there disebabkan history aku
dulu. Theres nothing I can do about it. Dan doktor suggest aku pegi
check-up every 4 months untuk make sure prestasi lung aku tak semakin
menurun. January ni doktor dah setkan appointment untuk aku buat
x-tray, amik darah & lung test lagi.. *haih*

Masa nak balik, aku tanya doktor sama ada aku boleh terus mendaki atau
tak. Aku bajet doktor mesti suruh aku rest dan lupakan hasrat nak
aktif. Instead doktor cakap:

"Of cos you can stay active. In fact, you MUST always active."

Yessss. Gunung Batu Puteh, here I come.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...