KENGKAWAN

Wednesday, October 31, 2012

Hilangkan ngantuk

Layan lagu Britney Spears kat youtube.. haha. Terasa gedik-muda-remaja.

"I'm not a girl, nor yet a woman" - Now tajuk dia dah tak applicable
kat aku coz now, I'm not just a woman, but a mummy, kakak, aunty, mak
long (belah aku), mak uda (belah Mamoru) segala. Title 'nenek' je
belum lagi.. huhuhu

Jom layan lagu fav kat youtube sambil buat keje.

What? Ofis block youtube? Henfon kan ada..

Pasang earphone, goyang kaki, feelin ~

Jangan dengar kekuat, nanti orang tegur tak perasan.. huhu.

Monday, October 29, 2012

Layan gambar

Additional gambar masa kat gunung Batu Puteh yang aku dapat hasil dari tag di FB. Thanks kengkawan! 

Dalam gua Batu Azan. Sessi beramas-mesra.

Lunch dalam sungai. Lepas makan terus menyelam kekdahnya. Romentik betul moment ni kan Mamoru?

Kampung orang asli

Gambar reramai kat starting point

Gambar reramai kat puncak


Sunday, October 28, 2012

Baru balik

Baru sampai dari Kuala Selangor. Kelam kabut balik KL sebab technician unifi nak datang tukar modem. Patutlah connection unifi problem aritu. Rupanya modem overheated. Sampai cair jadinya. Nasib baik adik aku perasan. Kalau tak, boleh terbakar rumah ni tau. Bahaya betul.

Dan nasib baik modem unifi tu ada lifetime warranty. So, tukar modem baru. 

Lesson learnt, setiap kali tinggalkan rumah, walaupun untuk sehari dua, semua plug kena off kan (fridge? hmm.. ada exception kut). 

Nak keluar berjalan petang ni. Tapi terbantut sekejap. Tadi masa on the way balik dari kampung, Amarr buat projek kat seat belakang kereta. Dia pegi tabur hampir setengah tin susu tepung sampai habis penuh seat belakang Alza tu. Jadi satu keje pulak Mamoru nak kena bawak pegi cuci & vacum.

Haih. Sabauu je daddy dia. 

*************************

Aku dah tukar henfon line dari Celcom ke Digi. Tapi nombor still sama. Reason tukar? Maybe sebab aku frust sebab sepanjang trip ke gunung Batu Puteh aritu line Celcom takde kot.. haha.



Wednesday, October 24, 2012

Realiti oh realiti

Tak suka lah bila orang yang tau umur aku pastu panggil aku as
"Kakak". Terasa tua pulak.. haha. Tapi, realiti oh realiti. Thats the
fact, I am getting old. Rasanya, aku dah kena start biasakan diri
dengan panggilan "Kakak". Guess, when I'm turning 40++ nanti aku kena
biasakan diri dengan panggilan "Makcik pulak.. *oh, dem*.. hahahaha
(gelak nervous)

But thats ok. Itu hanya berlaku bila orang tau umur aku. Mereka yang
tatau still ingat aku budak sekolah lagik.. *yess*...

Semalam, turun dari LRT aku amik cab kat Cheras macam biasa. Pakcik
cab tu terlebih ramah pulak. Dalam berborak-borak tu dia tanya tentang
rumah yang aku duduk sekarang ni:

Pakcik cab: Berapa kamu bayar sewa rumah sebulan?
Aku: RM800
Pakcik cab: Boleh tahan ya. Berapa ramai duduk kat rumah tu?
Aku: 4 orang
Pakcik cab: Ooo.. sebulan sorang RM200 la ya?
Aku: (blur sotong jap) Tak lah pakcik. Saya duduk dengan suami dengan
anak-anak je.
Pakcik cab: (toleh belakang tengok aku atas bawah) Laaa.. pakcik ingat
kamu baru abis sekolah.

Hinss.. hinss.. *kembanggg dua tiga mangkuk*

Lusa sambut AidilAdha.

Esok aku cuti.

Nak borong barang dapur.
Nak masak rendang & nasi impit sesiap.
Nak masak kek Pecan Butterscootch.
Nak packing baju balik kampung Mamoru.

Selamat hari raya kengkawan bloggers dan uols yang sudi baca hasil
rapuan aku kat sini.

p/s: Jarang online minggu ni sebab Unifi problem dah seminggu. Esok
technician Unifi janji nak datang cek kat umah. So, thats why. Nih
online guna henfon je. Itupun just glance thru memana penting. Nak
mengupdate selalu agak payah ler. Halus bebenor skrin nya.

Thursday, October 18, 2012

Gambar lama Ariff & Amarr

Masa birthday Ayuni. Ariff tak suka makan kek rupanya. Dia luahkan kek yang baru masuk dalam mulut.

Kat Melaka. Tunggu mummy habis job

Dengan 5D daddy.

Amarr belum pandai jalan lagi masa ni

Muka yang suci.. hihi

Taim bercuti ke Janda Baik

Ariff yang jarang nak bagi senyuman

Dari umur setahun sampai sekarang, laptop ni dia yang conquer

Masa pegi Zoo KL

Dengan rambut pacak

Amarr genap setahun masa ni

Ariff denga pre-celebration birthday dia yang ke 3 tahun

Kek ni bukan untuk dimakan. Sampai habis cair lilin tu asyik dinyalakan api dan ditiup. Suka sangat dia meniup lilin kek.

Tak kira pagi petang siang malam. Dedua menghadap laptop sekarang. Tak boleh share. Nanti perang.

Layan laptop sambil duduk


Penat duduk, baring pulak


Wajah hero mummy

Kena dajal dengan mummy letak towel kat kepala

Ariff masa kat Zoo.

Choc chip cookies

Pukul 2.30 pagi membakar cookies. Gigih kan? Gigih lah sangattt. Ekceli menunggu putera-putera comel tu tidur dulu. Kalau tak, confirm tak aman aku nak bancuh tepung segala. Kang derang ingat tepung tu bedak pegi tabur satu rumah pulak. Haih.

Takde special occasion pun. Saja untuk snek Ariff & Amarr. Buat pun tak banyak. Dapat lah dua tulang tray kecik. Jadi lah.

Ekceli, aku nak buat kek pecan butterscooth. Tapi cream cheese nan-ado. So, next time.


Bebahan nak buat pun simple. Memang dah sedia ada dalam fridge. Lebih beli dari bulan puasa aritu:
1 cawan tepung gandum
Garam secubit
Tepung baking soda setengah sudu kecik
Marjerin setengah cawan
esen vanila sesudu kecik
Gula perang setengah cawan
Gula kastor (gula pasir halus) 2 sudu besar

Cecara buat: Mix kan marjerin + esen vanila + gula perang + gula halus. Kacau sampai sebati. Pastu masukkan tepung gandum  + baking soda + garam. Bila adunan dah tak melekat pada mangkuk bancuhan, masukkan choc chip + badam. Dalam gambar nih aku asingkan adunan yang ada badam & choc chip sahaja. Amarr kan alergik kacang. Kena lah asingkan.

Siap untuk dibakar. Bakar dalam oven 180'C selama 15 minit. Jenguk selalu, jangan sampai hangus pulak. Kalau terlebih masak cookies jadi terlalu keras & tak sedap.

Wednesday, October 17, 2012

Hantu Buku

Spend cuti berhari-hari duduk rumah doing nothing adalah BOSAN. Naik pening kepala ni asyik makan -tido, makan-tido. Cant imagine kalau aku jadi fulltime housewife. Adakah akan bosan camni? Esp bila the kids dah semakin besar, pandai bawa diri. 

No, no, no, no, no. Aku takkan biarkan kebosanan melanda diri ini. I'm full of live, remember? Lepas kaki ni sembuh sepenuhnya, aku still nak gi mendaki gunung lagi hihihi..

Aku dah berjaya habiskan 3 malay novel yang baru aku beli kat MPH aritu:

1. Awak Suka Saya Tak by Melur Jelita
2. Adam & Hawa by Anis Ayuni
3. Bayangan Rindu by Aisya Sofea


Aku baca semua novel ni dalam masa kurang 48 jam.. hahaha. Baca setiap pages ok. Takde langkau-langkau. Buku no. 1 tu aku amik masa lebih sehari sebab 1000++ pages. Yang no.2&3 aku amik masa 4 jam setiap buku. Yer, kalau nak tau, begini lah cara 'hantu buku' membaca. 

Komen? Sory lah, aku rasa aku terpaksa reserve komen aku sebab semua buku ni banyak peminat fanatik. Kang kalau aku silap komen, confirm banyakkkkk anonymous maki kat blog ni.. huhuhu. Cukup lah kalau aku cakap, buku-buku ni belum sampai tahap macam koleksi buku aku yang lain, yang mampu buat aku ulang baca sampai berkali-kali.

Mana nak cari novel melayu yang bebtul best ek? Yang 'REAL'. Yang boleh meruntun hati dan perasaan. Yang boleh buat tangan aku tak lepas dari memegang dan mata aku tak lari dari membaca. 

Novel yang ada, baik dari zaman aku kenal buku sampailah sekarang agak 'fairy-tales'. Macam cerita drama kat tv. Kalau bercerita tu, watak hero/heroin hensome atau jelita mengalahkan malaikat. Ok, part tu boleh dimaafkan lah. Kang kalau cerita pasal hero/heroin hodoh/tak cantik, siapa pulak nak baca kan? 

Yang tak best tu, bila memasing dah hensem/cantik semua, perangai tak boleh blah. Pasal mender kecik nak merajuk bagai. Ok, fine, bab-bab jelous tu memang perlu. Tapi takkan lah dari page 1 sampai page 1000 nak berita pasal cemburu. Ohh please lah.

Itu tak termasuk pengarang yang suka tukar nama watak. Hero/heroin yang sama duk tukar-tukar nama lain. Kalau pertukaran tu ada bagi impak, takperlah. Ini.. nan hado. Buat aku pening ada lah. Adoyai.

Tapi, tak semua pengarang melayu syok sendiri macam tu. No offense ok.

Dulu masa kekecik, aku ada baca satu novel ni. Tajuk tak ingat, tapi sangatttttttt menyentuh hati & perasaan sampai aku boleh menangis sambil membaca. 

Cerita dia tentang satu family yang miskin ada 5 orang anak. Dalam 5 orang tu ada 2 kembar lelaki. Mak  kepada kembar ni jenis pilih kasih. Dia lebihkan kembar A dari kembar B. Kembar B memang dia layan teruk macam anak tiri sebab masa kembar ni baby, bidan cakap kembar B ni bawak sial. Ayah kepada kembar ni sayang semua anak-anak dia dan dia faham sangat perasaan kembar B.

Ada part yang aku nangis tu bila kembar B kena belasah dengan mak dia pastu ayah kembar ni pujuk bawak dia jenjalan kat pasar malam. Kembar B teringin nak makan buah epal. Ayah dia keluarkan duit dari poket just ada syiling seposen-seposen je. Dia kira-kira, cukup lah untuk beli sebiji epal. Kembar B cerita, memula dia tak faham situasi tu. Bila dia besar sikit baru dia tahu, ayah dia takde duit sebenarnya nak belikan dia epal. Sedih ok. Nangis aku. Memacam penderaan fizikal & mental yang kembar B terpaksa hadapi. Plus bapak dia meninggal masa dia sangat memerlukannya. Kesian dia.

Aku tak ingat sangat jalan cerita dia. Aku baca novel ni masa sekoleh rendah kot. Tebal buku novel ni. Yang aku ingat, ada peritiwa hitam yang buat mak dia halau kembar B keluar dari rumah. Bertahun-tahun derang hilang contact dengan kembar B. Masa kembar B hilang, pengarang fokus cerita ni pada adik beradik yang lain pula. Ada cerita cinta juga. Best jalan percintaan dia. Berkali-kali aku baca. Takdelah melalut dan terlebih over macam novel lain.

Satu hari tu, mak kembar ni insaf dengan apa yang dia buat pada kembar B dan teringin nak jumpa anak dia semula (banyak lah jalan cerita dia sebelum insaf ni). Part yang best, tang ending; derang adik beradik dan mak kembar tu tengok berita kat tv pastu derang terkejut tengok kembar B ditemuramah dalam tv. Rupanya kembar B dah jadi orang yang berjaya. lebih berjaya dari kembar A. Dia jadi arkitek, kalau tak silap aku. 

Kalau ada sesiapa tahu tentang tajuk novel ni, sila lah inform aku. Dari dulu aku cari buku ni. One of the best! Serious ok. Aku sangat-sangat nak cari buku novel ni






Monday, October 15, 2012

Hairline fracture

On MC for 4 days starting today.

Haih. Selalu dapat cuti yang tak dijangka dan tak best.

Semalam playing with Ariff & Amarr. Biasalah, boys kan memang ganas sikit (even derang kecik lagi). Memang derang punya nature untuk kasar & ganas walau pun dalam keadaan bergurau. Aku je yang tak kuat kot.

Tengah leka bergurau, tetiba kapal terbang mainan yang Ariff pegang jatuh tepat atas kaki aku. Kapal terbang plastik je pun. Tapi besar lah. 

Sakit dia Tuhan je yang tau. Terjerit & terduduk aku kat situ. Ariff cuak tengok aku sakit.

Ariff: Sorry mummy...
Aku: Its ok sayang. Mummy ok. Sikit je (aku cuba fake kan senyum. Tahan air mata dari keluar)
Ariff: Mummy sakit? 
Aku: Tak lah, mummy ok. See, dah ok. Mummy can walk. Dont worry ok.

Kesian my little Ariff. Sangat takut tengok aku sakit. Kalau aku menangis tadi sure dia pun ikut nangis sama.. haha. 

Memang sakit gila masa kena tu tau. Berdenyut tapi aku ingat tak lah teruk sangat. So, aku continue buat keje rumah macam biasa. Mengemas, masak, membasuh segala.

Habis semua keje, aku layan baca novel atas sofa. Ariff & Amarr leka layan basikal dalam rumah. Mamoru pulak tengok movie kat desktop pc.

Tengah rehat-rehat tu aku rasa kaki aku makin sakit. Cakap kat Mamoru pasal kaki. Dia ajak pegi klinik. Aku refused memula tu. Bajet takde lah teruk tapi setengah jam lepas tu kaki bertambah sakit. Rasa nak pengsan, rasa nak muntah, sakit gila ok. Nak bergerak pun tak boleh. 

Mamoru dukung aku bawak ke kereta. Suruh adik lelaki aku jaga Ariff & Amarr (nasib baik adik aku ada kat rumah). 

Kak klinik, doktor tak berani nak cek lelebih. Dia takut ada fracture sebab aku langsung tak boleh gerakkan kaki. Nak buat x-tray kena tunggu esoknya (hari Isnin). Mamoru minta surat refer ke hospital. Tak sanggup nak tunggu esok. 

Haih. Rasanya, baru 3 bulan lepas aku kena warded kat Hospital Pantai, Bangsar. Jangan la kena warded lagi. 

Kat hospital, aku tak boleh tahan sakit dah. Lambat jugak doktor bagi painkiller. Mungkin sebab aku punya alergik towards certain painkiller. So, kena cari yang bebtul sesuai untuk aku. Lepas makan ubat, baru lega sikit.

Masa derang bawak aku pegi x-tray kaki. Air mata aku start nak mengalir. Maybe sebab sakit. Maybe sebab malu staff lelaki yang tolong angkat aku. Menggigil aku kat atas katil x-tray tu. Ntahapehape. 

Lepas x-tray, derang tolak wheelchair ke emergency unit. Aku request tanak baring atas katil. Aku nak duduk je dalam wheelchair. Tak suka lah nak gerak bebanyak. Sakit.

Dalam setengah jam pastu, result keluar. Kata doktor, aku ada hairline fracture. Tak teruk. Cuma amik masa sikit untuk kesan retak tu bercantum semula. Retak pun tak besar. Just lebar sehelai rambut. Thats why dia panggil hairline fracture.

Alhamdullilah. Tak perlu warded. Boleh balik... Legaaa.

Lepas balut kaki dan amik ubat segala, kami balik. Mamoru dukung lagi sampai dalam rumah. 


***********************

Mamoru dah balik Melaka subuh tadi. Kesian dia packing dan gosok baju sendiri. 

Haih. Bosan pulak aku duduk rumah sensorang. Ariff & Amarr, adik aku dah hantar ke rumah babysitter.

Nak call Mamoru lah. Suruh dia balik KL malam ni. Nak suruh dia bawak aku & the kids balik Melaka. Spend cuti MC kat sana.

Kat bahagian nilah tulang aku retak

 

Friday, October 12, 2012

Group membaca

I've made new friends! Book lovers (novel especially).

Tadi lunch dengan derang kat starbuck bawah ofis ni.

Sangat interesting tau kenal dengan mereka semua. Suka tengok derang
punya passion dalam membaca dan cara derang bercerita tentang buku
yang derang suka. Sangat kelakar ok tengok mimik muka, gerak badan,
excitement semua. Cara derang bercerita tu buat aku rasa macam, 'dem,
aku kena baca novel ni'.. (kes terpengaruh) hahaha. .

Dan disebabkan derang jugak, aku dah start terjebak baca novel-novel
cinta ni. Seriyes cakap, dulu aku kurang bab membaca. Bukan sebab aku
tak minat. Tapi susah nak cari buku yang best. Penah jugak aku beli
few buku novel. Tapi end-up baca first page je terus campak kat rak
buku (kes pengarang yang membosankan).

Tapi sejak kenal derang ni, semua persepsi aku tentang novel melayu
berubah! Dari derang aku senang dapat info mana novel yang menarik,
ada kualiti, etc. Paling best bila boleh bertukar-tukar buku. Derang
semua ni remid aku tentang group membaca yang selalu ada kat luar
negara. Comel je.

Oh, group membaca yang aku kenal ni bukan terdiri dari gadis remaja
tau. Derang ekceli adalah group wanita berkerjaya, umur 40++ (geng
mak-mak orang).. huhuhu.

Kelakar gila dengar salah sorang dari derang bercerita:

"My husband dulu duk kuruk-kutuk I baca novel Adam & Hawa. Now bila
cerita tu tengah hot kat TV, dia pulak sibuk baca novel tu. Siap
repeat 2 kali ok. Bila I perli dia baca sampai 2 kali, dia cakap aritu
dia baca langkau-langkau. Now dia nak baca detail.. See, now he know.
Sampai camtu sekali penangan baca novel ni.. "

Hahahaha.. memang lawak gila.

Hepi ok!

Semalam dah hampir excited dah bila Muzs confirmkan trip gunung Batu
Bujang. Ekceli Muzs punya janji asal nak buat xpdc gunung Batu Bujang
je. Tapi dia pegi upgrade trip ni jadi trans reverse dua gunung
sekaligus (gunung Batu Bujang & Batu Puteh ).

Muzs.. Muzs.. Haih. Tak berubah langsung. Suka buat aku jantung aku
melompat keluar.. huhu. Tapi takper, aku suka! Dah lama tak pegi trip
rare camnih.

Aku call Mamoru malam tadi. Nak inform pasal trip Trans reverse 2
gunung Batu (bak kata Muzs). Takot ok nak explain kat dia. Sebab, baru
bulan lepas kami pegi mendaki gunung Batu Puteh kot. Takkan nak pegi
memanjat gunung yang sama sekali lagi.

"B, next trip kita ikut Muzs pegi Trans. Trip 4 hari"
"Ok jer. trip Gunung Batu Bujang kan?"
"Ha'ah.. tapi..iskk"
"Kenapa?"
"Err.. err.. trip ni kita kena naik gunung Batu Puteh sekali lagi"
"Ok lah tu. Tak kisah pun. Janji dalam trip ni ada gunung lain yang
kita belum pegi lagi"

WOW!!! Jawapan dia buat aku rasa nak strip kat situ jugak. Nasib baik
dia jauh kat Melaka. Pospon je lah.

Tapi.. tapi.. tapi.. Bila dah confirm segala, aku baru perasan tarikh
tu macam pelik je.

Aku request trip 22 - 25 Dec
Muzs buat trip 22 - 25 Nov

Tak sure sama ada Muzs salah dengar ke apa masa confirm kan tarikh
aritu. Call Muzs. Dia cakap dia buat 2 trip sebenarnya. Satu untuk
Nov. Satu lagi Dec. Tarikh dedua trip memang sama. Ohhhh, okay then.
Trip untuk bulan Dec dia belum upload dalam FB lagi. Fine, tapi aku
stick pada trip Dec je lah since tu je masa yang aku free.

Mood hari nih adalah sangatttt.. indescribable.. beyond words!
Seriously, aku tataw kenapa setiapkali fikir pasal hutan, arrange trip
nak masuk hutan, perasaan tu excited semacam. Tersenyum-senyum
sengsorang. Rasa tak sabar. Rindu. Rasa macam nak pegi dating dengan
kekasih gelap. Sangat teruja. Huahuahua.. description tak agak-agak.
Tapi tu lah kenyataannya.

Nih kalau Muzs silap arrange tarikh pasnih, boleh bergaduh ok. Hang
jangan wat pasai Muzs. aD dah sexcited!

Thursday, October 11, 2012

Cantik II

Dah dua hari ada orang tegur aku nampak seksi. Aku pakai baju kurung
kot sepanjang dua hari ni. Or maybe cutting baju kurung aku agak kecik
so agak menampakkan bentuk badan. Ada kemungkinan disitu.

Ekceli, start dari sebelum raya puasa aritu aku duk punggah balik
semua stok baju kurung yang aku jarang pakai pastu hantar ke tailor
suruh kecilkan bebetul ikut saiz badan aku. Sampai T-shirt pun aku
pegi kecik kan tau.

Aku suka beli baju kurung siap. Disebabkan badan aku kecik, so saiz
yang aku selalu beli "XS" je lah. Ikutkan, saiz "XS" tu pun agak besar
pada aku. Penah sekali aku pakai baju kurung siap saiz "XS" pegi
jenjalan dengan Mamoru kat KLCC, dia boleh tegur cakap penampilan aku
macam "makcik-makcik"...*sentap ok!*.

Itu hari kan aku ada tulis macam mana nak sentiasa kelihatan cantik di
mata Mamoru, maka step yang pertama aku mulakan dengan pakaian. Semua
baju kurung aku dah alter ngam-ngam ikut saiz badan. No more
makcik-makcik dress in my wardrobe.

Raya aritu masa pegi berjalan ke rumah sedara-mara, ramai yang tegur
cakap aku nampak macam anak dara lah, budak sekolah lah, muda remaja
lah bagai.. hihihi ..*I likeeee*..

Ok nexttttttttt, bab kecantikan kulit & muka pulak.

Haih ni satu problem jugak. Aku ada lah sangat lasak & aktif. Part nak
jaga kulit & muka memang aku takde masa.

Ok, aku tau ramai ingat aku pandai makeup sure aku suka bermakeup. Oh,
silap ok. No, no, no. Pandai makeupkan orang tak bermakna rajin nak
makeupkan diri sendiri. Sejak pregnant kan Amarr (2 tahun yang dulu)
sampai sekarang aku adalah jarangggggggg nak tenyeh eye shadow kat
mata ni.

Dan aku jugak, tak pernah ada pencuci muka. Selalu cuci pakai air paip
je. Tapi, perlu ke pencuci muka ni semua ek? Teringin gak nak beli SK
II, Clinique, etc. Berkesan ke produk ni semua? Kalau baca info semua
cerita yang gempak je. Aku malas nak baca testimony bodek-bodek ni.
Haih.

Krim muka yang aku pakai dari aku form 5 sampai sekarang hanyalah Fair
&Lovely. Dah 16 tahun aku tenyeh mender alah ni, tapi kulit still tak
fair-fair jugak. Lovely pun nan-hado. Tapi tak kisah pun. Aku tetap
suka pakai krim ni sebab tekstur dia tak berminyak & cepat kering.

Ada cadangan krim muka apa yang sesuai dan berkesan untuk aku try? Aku
bukan apa, bila umur dah cecah 33 nih, faktor kecantikan menjadi isu
utama. Aku tak takut jadi tua. Tapi kalau boleh, aku tak nak lah
kelihatan tua di Mata Mamoru sebelum masanya.. ngerti? huahuahua.
Mamoru belum penah tegur aku bab kecantikan muka ni. Sebelum dia suruh
aku iron kulit yang berkedut satu hari nanti, better aku cari solution
dari sekarang.. huhuhu..

Aper? Botox? Tanak ler.. nanti muka macam patung Chucky. Takot.

Katil buatan

Jom layan teka teki.

Cer teka Ariff & Amarr duk baring atas apa??

Scrol sampai bawah untuk jawapan :)







 Yesss... derang tidur dalam tudung saji hasil daya kreativiti Ariff yang bijak mempelbagaikan kegunaan bebarang dalam rumah ni.

Sib baik tudung saji nih tahan lasak. So, far masih kukuh bertahan. Sok, lusa tatau lah apa jadinya.

Wednesday, October 10, 2012

Bila tulisan ini dihargai :)

Gila. Tergelak sengsorang baca log gunung dulu-dulu. Rindu!!

Tadi aku google pasal aperntah tetiba terbuka satu website yang tulis
listing gunung kat Malaysia ni. Macam paperwork pun ada. Aku tak tau
lah siapa pengarang site tu. Panjang gila, ada lebih 200 pages yang
dia upload dalam bentuk pdf.

Yang buat aku terkejut tu, bila nama aku dimasukkan dalam ruangan
penghargaan. Dan salah satu log yang aku pernah tulis tentang XPDC
Trans 4 Gunung Bintang kat blog ni ada dimasukkan sekali kat dalam
paperwork tu. Ok, I'm flattered.

Aku suka bila orang appreciate apa yang aku tulis. Lebih bangga bila
dijadikan rujukan. Tapi would appreciate some credit to my blog :)

Nak join baca sekali? Klik sini:
http://www.rempit.net/dagang.asia/ekspedisi/Aktiviti%20Pergunungan%20di%20Malaysia.pdf

Tuesday, October 09, 2012

Kid's first walkathon

Worlds Hunger Relief Walkathon at Putrajaya last Saturday.

My first time join walkathon with the kids. Aku dengan Mamoru walk lah. Tapi the kids especially Amarr, almost all of the time nak berdukung. Maybe dia takut tengok terlalu ramai orang kot.

Ariff pulak sangat eksaited sampai kami terpaksa berkejar-kejar dengan dia. Takut juga kalau dia hilang celah orang ramai. Bukan sikit yang join walkathon ni. Ada 12 ribu peserta ok. 

Sebelum pegi walkathon ni, aku pegi Genius Aulad (Ariff punya pre-school for next year) open house. Bayar registration fees & kenalkan Ariff kat kelas & teacher dia. So far, Ariff nampak excited. January tahun depan baru dia start masuk kelas. Semoga dipermudahkan semuanya!

Selebihnya, layan gambar masa walkathon je lah. Memang sangat happening! Seronok dapat latih anak-anak buat xtvt camnih. Walk for a cause. 

Starting point. Tema purple tahun ni.
Ariff & Amarr yang leka tengok aeroplane
With the girls: Yanti, Aisya & sorang lagi ni serious aku lupa nama (ampunnn uols!)

Guys kat sini just Khai, Mamoru & the kids

Ariff baru bangun tidur. 

Meriah

Lagi

Ariff yang snap pic ni. Dia tak cukup tinggi untuk snap gambar Amarr sekali..

Weols yang eksaited

Taim nak balik

Plan nak tawan gunung lagi

Tadi check jadual aku untuk hujung tahun ni.

Suprisingly, wiken sebelum Krismas ni aku free beb. Kagum. Kagum. Aku
ingat dah full dengan job Makeupfreak. Wahh bolehlah aku amik cuti
direct sampai Krismas. 4 hari tu!!

Ok, now, siapa ada buat wiken trip area Cameron taim Krismas ni? Atau
tak kira lah trip kemana sekalipun, janji ada salah satu gunung kat
bawah ni:-

Gunung Tangga
Gunung Yellow / Pass
Gunung Chabang
Gunung Bah Gading
Gunung Besar Hantu
Gunung Rajah
Gunung Irau / Suku / Brinchang

Aku ada try call few member suruh guide pegi gunung kat atas ni.

Call Pokyie. Dia cakap tak boleh janji. Takut ada hal lain.
Call Beckham, Mat Wei. Tak de ring tone. Aku rasa derang ni dah tukar
no lain. Gila lama juga aku tak contact derang ni ek? Sampai dah tukar
nombor hp pun aku tataw.

Call Muzs. Dia ajak ke Gunung Batu Bujang. Trek baru katanya. Gunung
ni adik beradik dengan gunung Batu Puteh yang aku naik aritu. View
superb katanya. Walaweh. Nih yang buat aku berkobar-kobar nak join.
Ok, aku tunggu Muzs up trip ni kat FB. Kalau dia jadi organize trip
nh, aku nak ikottt.

Friday, October 05, 2012

Esok di Putrajaya

Esok ada running xtvt. Aku takde idea sebenarnya xtvt running apa yang
aku bakal join esok. Mamoru just cakap "Chicken Run" kat Putrajaya.

Note: Ekceli semua running xtvt aku diarrange oleh Mamoru & kengkawan
dia (thanks girls). Aku tukang follow je. Jarang aku nak amik tau xtvt
tu untuk apa, kat mana, etc. Kalau derang pi pedajal daftarkan aku
buat bungee jumping ke, sky diving segala bagai, confirm aku pasrah
menerima. Tapi nasib baik la xtvt extreme camtu sangat limited kat
Melesia. So, agak selamat aku disitu.

Aku try google xtvt untuk esok. Panjang aku punya "oOOooooooo" bila
dapat tau tentang 'World Hunger Relief Walkathon kat Putrajaya'. Aku
join walkathon rupanya. Bagus. Kaki aku ni belum pulih sepenuhnya
untuk berlari. Tapi setakat walkathon, no hal beb. Since route
walkathon ni just 5 km je, aku plan nak bawak Ariff & Amarr join sama.
Sure double seronok kan! Mamoru dah bagi green light. Kena buat
preparation malam ni:

Small back pack (rasanya deuter 6L aku tu muat isi bebarang bawah ni)
Botol susu
Botol air mineral
Ring-sling (untuk carry Amarr kalau dia dah tak larat jalan)
Stroller compact untuk Ariff kalau dia penat (Mamoru carry kat belakang)

Alright! Cant wait for the kid's first walkathon tomorrow!

Thursday, October 04, 2012

Cantik

Tengah berfikir macam mana nak kelihatan cantik dan jelita di mata Mamoru. 

No, dia tak request aku buat apa-apa. Aku je yang terlebih concern. Aku rasa, bila dah ada anak dua ni aku kurang fikirkan bab-bab kecantikan. Bz manjang.

Oh sebut pasal anak, patutlah aku pelik tengok kenapa ruang tamu berjerebu. Ingatkan ada orang sembur asap penghalau nyamuk aedes. Rupanya anak-anak aku tengah perabiskan sebotol bedak.

Okebaii. Kita sambung entry ni lain kali. Aku nak bertempur dengan 2 sojar kecik.


Wednesday, October 03, 2012

Norgesic

Ada satu cerita yang tak berapa kelakar.

Hari Isnin aritu kan aku suffer muscle pain dari bahagian pinggang ke
bawah (kesan dari Salomon x-trail run). Tengahari tu aku pegi klinik
ambil ubat. Kengkang-kengkang aku naik lift pegi klinik. Nasib baik
klinik satu bangunan dengan ofis ni. Just naik lift je dah sampai.
Kalau tak hazabb nak berjalan. Nasib baik jugak Kakak A dah kena
transfer tempat lain. Kalau tak, mau dia bagi sindiran lucah bila
tengok cara aku berjalan.

Doktor bagi aku 3 jenis ubat: Pain killer (Celebrac), Muscle relief
(Norgesic) & krim sapu. Disebabkan aku allergic pada pain killer
(kalau silap makan, muka aku jadi swollen), dan aku tak ingat pain
killer jenis apa yang aku allergic, aku tak berani lah makan pain
killer yang doktor provide. Aku just guna krim sapu dan ambil 2 biji
pil muscle relief (norgesic). Taim aku makan tu baru pukul 2.00
petang.

Pukul 3.00 petang, aku rasa macam nak pitam. Badan rasa macam
melayang-layang. Even nak angkat tangan naik menaip kat keyboard pun
tak boleh. Angkat je tangan terus jatuh balik atas meja. Apehal pulak
ni?

Aku panggil sorang colleague:

"Kak, saya rasa macam nak jatuh. Saya tak boleh kontrol badan saya"
"Eh, you kenapa ni"
"Tak sure. Tadi saya makan ubat...."

Aku tarik drawer ambil ubat yang aku makan tadi. Cuba baca
prescription walaupun mata dah start kabur. Astaga, ubat ni untuk
dimakan taim malam sahaja. Ok, now aku tau kenapa aku boleh jadi
camtu.

"You ni, main makan ubat tak tengok prescription. Bahaya lah. Jom pegi
surau. You rehat kat sana"

Sampai habis ofis hour aku terjelepuk hina dalam surau angkara
Norgesic. Taim nak balik pun still drowsy lagik. Tapi dah kurang sikit
la effect dia. Kalau tak, mau aku tidur kat ofis sampai esok pagi..
huhuhu

~Know your medicine: Norgesic may cause some people to have blurred
vision or to become drowsy, dizzy, light-headed, faint, muscle
weakness or less alert than they are normally~

Monday, October 01, 2012

Gambar Salomon X-trail Race

First time lari kat trail UPM. 10km yang hazabb. Dah la aku dgn Mamoru datang lambat 20 minit. Semua runners dah start lari. Hampir 2km kami lari baru jumpa runners lain. Semput aku mengejar orang depan. Tak sempat nak warm up bagai. Lompat turun keta, terus lari ok! Gilo. Nasib baik tak krem segala.

Layan gambar je lah. Aku tengah melayan sakit kaki nih. Turun gunung aritu pun tak seteruk ni ok. Mengangkang turun LRT pegi ofis. Haih.


Bergambar dengan medal & no fav aku.

Taim baru-baru terserempak dengan orang depan. Yer, kami lari kat kawasan ladang lembu

Aku tamatkan race dalam masa 1 jam setengah. Winners kategori aku menang dengan catatan masa 58 minit. Gila laju. Takper, next year, aku nak make sure aku among top 5.

Layan amoi seksi kat belakang


Bergambar dengan bunting Salomon

Lagik enterprem

Brunch

Last post sebelum pegi shopping bebarang Salomon kat booth derang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...